Sila klik link sebelah : pelancaran SUIT
Video di atas mengenai pelancaran program Sahsiah Unggul Individu Terbilang yang telah dilancarkan pada 11 April 2016. Terima kasih kepada semua pelakon sketsa ini yang terdiri dari murid PRS Tingkatan 4 yang dibimbing oleh saya minggu lepas. Dirasmikan oleh PK HEM Pn Chong dan seterusnya majlis penyampaian sijil kepada murid kategori Ant dan Ultimate. Murid kategori Butterfly yang pemalu akan diserahkan dalam satu majlis khas bersama murid kategori SPOT Butterfly.
Di sini saya share petikan juruacara yang mengendalikan sketsa ini
SKRIP SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG
Assalammuaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada
Yang Berusaha Encik Mohamad Jamil B Abdul Samad : PK
Kurikulum
Puan Chong Moi Lan : PK Hal Ehwal Murid
Puan Maznah Musa : PK Kokurikulum
Guru-guru dan murid sekelian.
Pada hari ini akan diadakan pelancaran program Sahsiah
Unggul Individu Terbilang iaitu nama ringkasnya SUIT yang diadakan untuk
meningkatkan sahsiah murid di sekolah.
Bagi melancarkan program ini,
dijemput PK Hal Ehwal Murid iaitu Puan Choong Moi Lan untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya melancarkan program SUIT ini
Terima kasih Puan Choong Moi Lan
_____________________________________________________________________________
Seterusnya dijemput barisan ahli Pembimbing Rakan Sebaya
Tingkatan 4 di bawah bimbingan Puan Nurhaiza Che Mat akan mempersembahkan
sebuah sketsa mengenai program SUIT.
TEKS JURUACARA
|
PERGERAKAN
|
Apakah itu SUIT? SUIT ADALAH SINGKATAN KEPADA
|
|
S ialah Sahsiah
|
1 – Kadboard huruf S dipegang
|
U ialah Unggul
|
1-Kadboard huruf U dipegang
|
I ialah Individu
|
1-Kadboard huruf I dipegang
|
Dan T ialah terbilang
|
1 – Kadboard huruf T dipegang
|
Program SUIT ialah singkatan kepada Sahsiah Unggul Individu Terbilang
di mana program ini menggalakkan sahsiah murid yang terpuji
|
|
Di bawah program SUIT ini, terdapat 3 kategori yang diperkenalkan
untuk mencari murid yang sesuai dengan setiap tahap tersebut
|
|
Kategori pertama iaitu Kategori Ultimate untuk murid yang mempunyai
kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.
|
Pegang board Ultimate
|
Contohnya murid mencapai 8A PT3, aktif dalam kokurikulum dan tiada
masalah disiplin.
|
Seorang murid bawa trofi
Seorang murid pegang sijil
Seorang cemerlang dalam akademik pegang 8A
|
Kategori kedua iaitu Kategori Butterfly untuk mengenalpasti
pelajar yang dapat menunjukkan paling banyak perubahan dari tingkahlaku
negatif kepada tingkahlaku yang positif.
|
Pegang board Butterfly
Dan seekor butterfly muncul
|
Contohnya murid yang ponteng sekolah, ponteng kelas, terlibat dengan
masalah disiplin di sekolah tetapi sudah berubah kea rah yang lebih positif
dengan penurunan kes ponteng sekolah, ponteng kelas, dan masalah disiplin.
|
Murid bergaduh dengan pengawas
|
Kategori ketiga iaitu Kategori ant untuk memberikan penghargaan
kepada murid yang tiada masalah disiplin dan suka membantu guru dan mempunyai
pencapaian akademik yang sederhana
|
Pegang board ant
2 Moskot ant
|
Contohnya murid walau dari mana –mana kelas sekali pun yang suka
membantu guru dengan membawa barang guru, membantu tugasan guru dalam
melicinkan apa sahaja program sekolah.
|
amir dan Aliff berjalan. Fatin
guru jatuh sepahkan buku. Amir dan Aliff tolong
|
Sekian sahaja persembahan dari kami ahli Pembimbing Rakan
Sebaya Sekolah dan dengan ini kami mengajak semua murid agar dapat meningkatkan
sahsiah diri masing – masing. Mempunyai matlamat yang jelas untuk peningkatan
akademik, aktif dengan kokurikulum dan berkata TIDAK kepada perkara-perkara
negatif.
From France with love
Thank you Zahidah
Kategori Ultimate : Ain Zafika |