Selamat berpuasa hari ke 6! Hari ini saya akan berkongsikan kertas kerja untuk kolaborasi tahun kedua dengan SMAWPKL antara murid Juara sekolah saya yang beragama Islam dengan murid SMAWPKL. Pada tahun lepas kami menjalinkan kolaborasi selama seminggu dan tahun ini saya bercadang untuk dua minggu murid Juara ini berada di sana.
KERTAS
KERJA
PROGRAM
KOLABORASI
JUARA
PERMATA SMK CHERAS - SMAWP
1.0
PENGENALAN
Projek Kolaborasi Permata merupakan
projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Agama Wilayah
Persekutuan KL bagi melonjakkan kecemerlangan dalam akademik. Projek ini melibatkan
20 orang pelajar Tingkatan Lima SMK Cheras untuk mendapatkan pengalaman dan
menjalinkan kerjasama akademik dengan pelajar SMAWP. Diharapkan pelajar projek permata SMK Cheras
iaitu projek pelajar cemerlang SPM sekolah akan mengambil inisiatif dari
kerjasama yang terjalin dengan mempelajari pengajaran dari guru –guru SMAWP dan
teknik yang digunakan oleh pelajar SMAWP yang terkenal dengan kecemerlangan
akademik mereka. Pentadbiran sekolah
berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi ini melalui peningkatan gred
akademik pelajar yang lebih cemerlang melalui teknik belajar kendiri dan
berkumpulan dan seterusnya dapat membantu pelajar lain di sekolah melalui
pengajaran rakan sebaya dan meningkatkan gred kecemerlangan akademik sekolah.
Melalui pengalaman pembelajaran yang diperolehi, pihak sekolah berharap para
pelajar permata ini dapat memberikan input yang berguna kepada rakan sebaya
mereka di SMK Cheras bagi dijadikan pedoman oleh rakan – rakan yang lain.
2.0 OBJEKTIF
1) Agar
pelajar dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan
sebaya
2) Agar
pelajar dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang
sesuai
3) Agar
pelajar dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata
pelajaran
3.0 TARIKH
18 – 30 Julai 2016
4.0 SASARAN
20 orang pelajar SMK Cheras Ting 5
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi : En Jamil Bin Abdul Samad
Penyelaras : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Perhubungan : En Che Mohamad Padali B Che Mat
AJK Dokumentasi : Pn Rozinani Awang
AJK Kebajikan : Pn Raudah Bt Ab. Rahman
6.0 AKTIVITI PROGRAM
Pelajar akan dibahagikan
kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
mereka. Pelajar akan tinggal
di asrama selama seminggu dan merasai suasana
kehidupan tinggal di
asrama.Pelajar perlu mengikuti aktiviti bersama pelajar di asrama
dan mengikut peraturan
sekolah SMAWP. Pelajar juga akan bergaul
dengan pelajar di
dalam kelas yang ditempatkan dan belajar bersama-sama pelajar
di dalam kelasnya.
Pelajar akan mengikuti semua
aktiviti yang dijalankan untuk pelajar di dalam kelasnya.
7.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sumber
Kewangan
Yuran pelajar
= RM 40 x 20 orang =RM 800
Baitulmal = =RM
2,200
Jumlah RM 3,000
Perbelanjaan
Yuran makan/penginapan = RM 15 x 20 orang x 10 hari =RM
3, 000
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar projek ini mencapai
objektif yang diingini dan projek perintis ini diharapkan berjaya melonjakkan
kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh diteruskan ke
tahun tahun seterusnya.
Disediakan
oleh, Diluluskan
oleh,
( Nurhaiza Bt Che Mat) (
Kamariah Bt Abu)
Guru Kaunseling Pengetua
Salam Ramadhan ke 6
Family bonding without Khaty
Alor Pongsu, Bagan Serai ..