10 July 2016

Tahun ke 16 Yang Awesome

Genap 16 tahun di SMK Cheras hari ini. 10 July setiap tahun .. tarikh posting yg berlainan dgn rakan satu batch ijazah kaunseling kerana lewat posting hampir seminggu lebih dari jadual asal kerana keengganan diri sendiri menerima tawaran posting ke Sandakan, Sabah atas masalah peribadi.  Nampaknya rezeki mmg di Kuala Lumpur kerana segalanya dipermudahkan oleh Allah hingga mendapat posting di sekolah tempat belajar dahulu.
Guru kaunseling ketika itu Puan Siti Hawa ingin bertukar dan bertugas sbg pensyarah di UiTM. Tetapi pertukarannya diletakkan bersyarat oleh pengetua untuk mempunyai pengganti terlebih dahulu. Puan Siti Hawa menghubungi saya kerana pada tahun 2000 ketika itu..saya kerap ke bilik kaunseling sementara menunggu posting. Membantu Puan Siti Hawa menterjemahkan modul modulnya yg di dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia di bilik kaunseling. Puan Siti Hawa membawa saya berjumpa pengetua Puan Maimunah ketika itu..(yg kini arwah) dan memaklumkan bahawa saya boleh menggantikan tempat Puan Siti Hawa. Pengetua nampak gembira kerana baginya exstudent yg menjadi guru di sini lebih memahami murid di sini. Beliau terus menghubungi JPWPKL dan mendapatkan status pengesahan saya bertukar ke posting  ke WPKL dan meminta agar saya terus diletakkan di SMK Cheras. Walaupun saya meninggalkan sekolah itu pada tahun 1993, tetapi saya masih berulang alik ke sekolah ini untuk tugasan kursus atau aktiviti kesukarelawan menyebabkan pengetua Puan Maimunah mengenali saya. Masih terngiang ngiang sewaktu saya di posting ke sesi petang, dia memperkenalkan saya kepada warga sekolah sesi petang sebagai kakak Nurhaiza instead of Cikgu Nurhaiza☺huhuhu.. dan memberi amaran bahawa saya kenal setiap inci sekolah ini di mana pot budak ponteng atau lolos memandangkan saya ialah bekas pengawas sekolah dulu. Sejak itu saya berazam untuk menjadi guru yg berdedikasi krn anak jati sekolah ini, dan membalas jasa pengetua yg sangat memberikan keyakinan kpd saya. Saya memberikan 5 tahun masa kpd diri sendiri untuk tidak bertukar sekolah bagi komited di sekolah ini....namun kini 16 tahun sudah berlalu dari posting dgn status anak dara hinggalah beranak 3 semuanya product di SMK Cheras.
Motivasi kerja saya masih lagi sentiasa up and up dan tidak pernah bosan dgn bidang tugas walaupun 16 tahun di ofis yg sama. Saya yakin dgn kreativiti dan inovasi yg silih berganti maka kita boleh memperbaharui mood kerja dan persekitaran kerja agar tidak berulang ulang dgn rutin yg sama.

Safely arrived
Kluang- Kajang
 

Telegram Channel