9 November 2016

Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Disiplin Peringkat Kebangsaan 2016

Saya kongsikan sinopsis sekolah yg memenangi pengurusan disiplin terbaik di simposium pengurusan hal ehwal murid 2016 di Kedah. Terima kasih kpd En Muhammad Zainuddin guru disiplin SMK Hang Kasturi Melaka yg rajin mengambil gambar. Beliau juga pernah memenangi Naib Johan Amalan Disiplin Terbaik tahun lepas bertajuk Foto Graviti untuk menarik minat murid ke bilik disiplin. Memandangkan saya juga menjaga booth saya sendiri maka hanya sekali sahaja saya sempat ke bilik pameran disiplin untuk mengambil gambar. Dan byk juga yg sy keciciran gambar peserta pengurusan disiplin dan saya menggunakan gambar dari blog bulan marikh terutama gambar penyampaian hadiah iaitu blog yg diusahakan oleh SMK Hang Kasturi yg byk gambar diupload sepanjang simposium oleh Cikgu Muhammad Zainuddin untuk sokongan sinopsis yg sy share disini sebagai panduan guru guru disiplin dlm memantapkan pengurusan disiplin di sekolah. 
Johan
SMK Perimbun
Pembentang Fauzan Arief Jalaludin
4 komponen utama pengurusan disiplin iaitu pemantauan dari segi kehadiran  murid ke sekolah melalui e kehadiran, program Ops Lewat, Smart Rider Club dan perhimpunan.
Bagi elemen pengajaran dan pembelajaran pemantauan melalui buku kawalan kelas, pas keluar kelas, rondaan guru dan sportcheck. Persekitaran sekolah dilengkapi banner, papan kenyataan, dinding luahan rasa dan peti aduan. Elemen personaliti dan kekemasan diri  murid diingatkan melalui banner kekemasan diri, rambut dan pakaian. Menggunakan sepenuhnya SSDM yg melibatkan semua guru.
Naib Johan
SMK Dato'Idris Perak
Program Sinar -Sinar Harapan
Pembentang Latipah Manap
Menangani masalah ponteng sekolah melalui program sinar. Antara pengisian aktiviti ialah Majlis Dialog Prestasi dan Aku Janji Murid Ponteng Sekolah, Gempur Harian, Kami Ambil Peduli Dan Penghargaan serta Pengiktirafan. Peratus kehadiran murid meningkat dan mengurangkan kadar ponteng sekolah.

Ketiga Pengurusan Terbaik Disiplin dan Naib Johan Pameran Terbaik Disiplin
SMK Hang Kasturi Melaka
Pembentang Muhammad Zainuddin
Unit disiplin dan badan pengawas yg mantap bg mengurangkan salah laku dan meningkatkan kehadiran murid

Keempat
SMK Kota Masai 2  Johor
Command and Action Centèr
Pembentang Tan Meng Lee Vincent
Bilik disiplin dianggap command and action center bertanggungjawab mengatasi persepsi negatif terhadap bilik disiplin sbg tpt hukuman dan hanya murud bermasalah sahaja yg hadir. Maklumat lengkap di bilik disiplin dan menghubungkan unit kaunseling, pentadbir dan masyarakat

Kelima
SMK Keladi Kedah
Pembentang Ahmad Azrul Afeze Ahmad Rosdi
Pengurusan disiplin mencakupi pengurusan fail dan pengurusan sahsiah murid yg dinamakan Amalan Murni Atasi Salah Laku Disiplin.

Johan
SK Bota Kiri Perak
Zoom In Gema 8
Pembentang Hishamudin Sharaini
Bagi meningkatkan gred purata mata pelajaran, purata peratusan bulanan kehadiran murid ke sekolah dan kehadiran aktiviti kokurikulum. Antara aktivitinya ialah Gema Kompang, Kelas VLE Frog, Marilah Sayang, Jantung Hatiku, Hubung Kasih, Muridku Anakku, Sambutan Hari Jadi dan Bicara Sahsiah. Impak program ini meningkatkan GPMP min 0.05, purata kehadiran 95% antara Julai hingga Nov dan 90% kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum.

Naib Johan 
SK Teluk Pulai Selangor
Pengurusan Terbaik Disiplin
Pembentang Poobalan Paramasivam
Antara programnya
Program baik.baik sayang untuk meminimumkan salah laku
Program Senyum dan Sapa memaksimumkan budaya santun dalam diri
Jom Ke Sekolah untuk menepati masa ke sekolah
Program Shhh untuk menangani kebisingan


Ketiga
SK Sungai Jerneh Negeri Sembilan
Pembentang Jamaliah Md Nor@Abd Latif
Pihak sekolah mewujudkan klinik bergerak untuk pengurusan disiolin yg sistematik dan terbaik

Keempat
SK Putrajaya Presint 11 (2)
Pembentang Norhasmi Othman
Penggunaan sistem C-RIAS di sek rendah dalam mengurangkan masalah disiplin murid sekolah rendah
Penggunaan Complaint, Record, Investigate, Action dan Support.
Proses.semua aduan akan direkodkan.
Kedua rekod kesalahan lampau murid disemak semula melalui e SSDM dan Buku Rekod Salah Laku bagi memudahkan siasatan. Ketiga, siasatan kesahihan aduan dan mengenal pasti tindakan yg akan diambil jika berlaku salah laku disiplin. Keempat tindakan setiap kesalahan akan mengikut peraturan sek, kesalahan direkod atau dikemaskini dlm fail fisiplin dan eSSDM sbg bukti dan rekod pengurusan disiplin. Akhir sekali support..murid akan dirasionalkan serta terlibat program pemulihan dan pemantauan berterusan.

Kelima
SJKC Chung Hwa Wei Sin
Pembentang Goh Siew Cheng
Pendidikan  berbentuk penyayang tetapi mengamalkan disiplin yg baik
Excellence is not a skill
It is an attitude

















2 comments

tahniah..terbaik... from bulanmarikh

Terima kasih untuk gambar gambar yg jelas untuk sokongan entri blog ini.

 

Telegram Channel