21 February 2017

Jom Ke Sekolah: Projek Zoom In Peningkatan Kehadiran Murid Ke Sekolah




Sekolah kami hanya dapat membuat pelancaran Jom Ke Sekolah dgn tema Zoom In Peningkatan Kehadiran Murid Ke Sekolah pada Isnin lepas memandangkan Pegawai Perhubungan Polis menunaikan umrah dan berkesempatan untuk hadir ke sekolah semalam. 

Klik kertas kerja berikut

untuk melihat formula peningkatan kehadiran murid ke sekolah anjuran UBK dgn program Zoom In ini bermula tahun 2015 yg mewakili WPKL untuk Amalan Terbaik Kaunseling dan menerima pengiktirafan top 5 di peringkat kebangsaan. Setiap tahun ada aktiviti yg ditambahbaik untuk memastikan kehadiran murid sekurang kurangnya di bulan pengajaran dan pembelajaran hadir ke sekolah dgn purata 90 ke atas. Oleh itu tahun ini kami memperkenalkan konsep kategori untuk kelas mencapai KPI 87% , 90% dan 95%
dengan ganjaran berbeza mengikut kelas. Dan anugerah sehingga akhir tahun dinilaikan.

Terima kasih Insp Kassidy selaku Pegawai Perhubungan Sekolah yg merasmikan program ini dan terima kasih kepada Ain selaku ketua pengawas yg dapat menjalankan tugasan dengan lancar. 

Program dijalankan sepenuhnya dengan bantuan ahli PRS. Semoga dapat meningkatkan sahsiah dan disiplin murid di sekolah. 


It's about how you carry that makes you break
Not how many the loading

Ucapan perasmian oleh Insp Pehubungan
Sekolah


Perarakan barisan pengawas
menyerahkan banner pelancaran



Penyerahan watikah banner Zoom In
oleh ketua pengawas kpd Insp


Banner Zoom In

Ikrar diketuai oleh ketua pengawas


Semua murid membaca ikrar
Jom Ke Sekolah dgn diketuai ketua pengawas

Penyerahan peti aduan disiplin 
dari Insp kepada PK HEM

Peti aduan disiplin

Pelancaran sesi petang oleh PK Petang
 

Telegram Channel