Hari ini dari rumah ke SMK Cochrane pun dah sejam. Tumpang Pn Kang pulak dari SMK Cochrane sbb nak drive ke INTI Subang pun tak sanggup dah. Hari ni aktiviti berbengkel mengenai pertandingan kerjaya anjuran Majlis Guru Kaunseling WPKL . Kali terahir penganjuran pertandingan kerjaya ialah pada 2012 yg lalu. Maka pada tahun ini kami akan memurnikannya dgn pertandingan baru dgn format yg baru iaitu Pertandingan Rekabentuk Grafik, pertandingan video kreatif, pertandingan pembentangan kerjaya, pertandingan eksplorasi kerjaya untuk sek menengah
manakala sek rendah terdapat mewarna , melukis poster, folio kerjaya, ikon kerjaya untuk sek rendah. Kami memurnikan garis panduan pertandingan dalam kumpulan dan akhirnya menjalankan pembentangan untuk difahami oleh guru kaunseling yg lain yg akan bertindak selaku team hakim pertandingan.
Di part AJK guru kaunseling Pudu, kami dilantik untuk mengelolakan pertandingan reka bentuk grafik kerjaya. Tugasan lepas ini ialah mewar warkan kpd ahli dlm zon masing masing untuk persiapan.
1 Rejab
Team hakim video kreatif
Team hakim sekolah rendah
Team hakim Eksplorace Kerjaya
Team hakim pembentangan kerjaya
Team hakim Rekabentuk Grafik Kerjaya
Team hakim sekolah rendah
Team hakim explorace kerjaya
Padali bentang pertandingan Rekabentuk Grafik Kerjaya
Pembentangan mengenai video kreatif