4 May 2017

Lawatan Penandaaras dari Majlis Guru Kaunseling PPD Pasir Mas Kelantan

Selamat datang ke SMK Cheras. Wah memandangkan suara saya masih tiada kualiti yg boleh dibanggakan..ahaks..krn masih dlm pakej batuk selsema hingga menjejaskan suara saya, maka saya lebih byk diam dari berkata kata. Tiada tanda akan berkurang batuk saya memandangkan berderet 3 minggu ni outing luar je dan run program ke sana ke mari. 

Terima kasih Rozi mengambilalih presentation slaid saya mengenai pengurusan ubk dan tahniah kerana berani present dihadapan ..huhu akhirnya!! Tahniah juga kpd Kak Raudzah berjaya present mengenai e klien dgn baik di hadapan tetamu. Sebelum ini hanya saya dan Padali yg present sama ada di dalam sekolah dan di luar sekolah. Tetapi tahun ini saya melatih agar dua rakan sekerja saya ini mesra public speaking juga dan dpt atasi stage fright mereka andaikata tetiba saya sakit seperti hari ini, mereka dapat back up presentation. Terima kasih juga kpd our lil brother Cikgu Padali yg telah memulakan perkhidmatan di KPM di Bhgn Psikologi Kaunseling krn sudi dtg balik ke sekolah hari ini untuk bersama sama meraikan tetamu yg hadir. Jadi boleh membantu dlm sesi soal jawab terutama bagi sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan sistem e psikometrik atau dashboard kaunselor sekolah. 

Terima kasih kpd pelawat yg terdiri dari GBK Daerah Pasir Mas yg sudi hadir dari jauh untuk membuat lawatan kerja dan sekiranya perkongsian kami selepas lawatan ini hanya indah khabar dari rupa..sesungguhnya bukanlah kami yg terbaik tetapi populariti yg hebat yg diberikan kpd guru kaunseling sekolah kami diperingkat JPWP dan kebangsaan yg membuatkan kami nampak terbaik. Saya percaya ada byk perkara lagi yg kami perlu belajar juga dari sekolah lain. 

True leaders don't create followers
They create more leaders





























 

Telegram Channel