6 July 2017

Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu 2017

Hari ni pasukan kaunselor dan 18 ahli Kelab Kerjaya dan PRS SMK Cheras, ke SM Teknik KL untuk pertandingan Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu 2017. Tahun ini inisiatif Majlis Guru Kaunseling WPKL mengadakan 4 jenis pertandingan kerjaya iaitu penjelajahan kerjaya, video kreatif, career hunt, rekabentuk grafik kerjaya di peringkat JPN. Bagi peringkat Zon Pudu, majlis guru kaunseling menambah 2 lagi pertandingan iaitu poster kerjaya dan kuiz kerjaya. Format pertandingan adalah baru dgn tajuk Sahsiah Cemerlang Kerjaya Gemilang. Telah lama tiada pertandingan kerjaya peringkat negeri dan hanya di peringkat daerah. Maka semangat untuk menyertai pertandingan tak sepanas dulu huhu..persiapan berbulan bulan. Tahun ni berminggu je nak siapkan bahan.
Yeah...yeah..keputusan penuh Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu 2017 di SM Teknik Kuala Lumpur hari ni memihak kpd kami. Meneruskan kelansungan kecemerlangan jenama PRS dan UBK SMK Cheras dengan :
Johan penjelajahan kerjaya
Naib Johan career hunt
Naib johan video kreatif
Ketiga rekabentuk grafik kerjaya
Walaupun tahun ni dgn format pertandingan yg baru, rezeki masih di pihak kami...tahniah pasukan PRS dan Kelab Kerjaya. Jumpa lagi di pertandingan peringkat negeri pada 26 dan 27 Julai































 

Telegram Channel