26 February 2018

Kertas Kerja Intervensi Psikometrik Ting 1 Dan 2








Hari ini program intervensi psikometrik bersambung lagi. Oleh kerana sekolah saya unik sikit ada murid ting 1dan ting 2di sesi pagi dan petang. Maka sebagai guru kaunseling sesi pagi, saya perlu memasukkan juga program ting 1dan ting 2 dalam takwim  UBK untuk intervensi murid sesi pagi menengah bawah. Maka hari ni giliran saya dan Rozi berduet untuk intervensi murid. saya share disini kertas kerja intervensi psikometrik sebagai eviden perancangan intervensi psikometrik untuk penilaian skpmg2.

 Eviden 3.3.6.2 iaitu pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.
Tahap tindakan mengurus perlaksanaan pentaksiran psikometrik dengan merancang pentaksiran
Eviden: Jadual Perancangan Perlaksanaan Psikometrik 2018 
# yang dirangka sepanjang tahun untuk semua psikometrik

Tahap tindakan: melaksanakan pentaksiran
Eviden: Jadual Perlaksanaan Psikometrik IMK dan ITP Murid Ting 1 2018
# jadual yang ditampal di papan atau untuk hebahan semua warga sekolah

Tahap tindakan: menganalisis data dan maklumat
Eviden: Carta Analisis IMK Kelas Ting 1 2018
#Data dalam bentuk graf analisis IMK setiap kelas


 Tahap tindakan mengambil tindakan susulan/ intervensi/ konsultasi. 
Eviden ditulis sebagai Kertas Kerja Intervensi Psikometrik: Visi Kerjaya Berdasarkan Minat Dan Personaliti Tahun 2018. 
# kertas kerja 




Tahap kualiti boleh letak 4 jika anda
 1) menjalankan psikometrik tertentu mengikut kumpulan sasaran iaitu IMK dan ITP untuk murid tingkatan 1. Eviden Jadual Perlaksanaan Psikometrik 2018 yang dikeluarkan KPM  yang menunjukkan Inventori tertentu untuk sasaran tertentu

2) mengikut keperluan murid untuk mengetahui minat dan personalitinya. Eviden senarai nama murid tingkatan 1 dengan trait IMK dan Personaliti Tahun 2018

3) menyeluruh untuk semua murid tingkatan 1. Eviden semua nama murid dah menjawab seperti dalam APDM

4) secara berterusan / berkala iaitu selepas murid menjawab psikometrik terdapat intervensi. Eviden dengan Laporan Dokumentasi Program Intervensi Psikometrik: Visi Kerjaya Murid Tingkatan 1 Dan 2 2018



KERTAS KERJA INTERVENSI PSIKOMETRIK:
VISI KERJAYA BERDASARKAN MINAT DAN PERSONALITI
MURID TINGKATAN SATU DAN DUA 2018

1.0       PENGENALAN
Psikometrik merupakan ujian personaliti dan minat kerjaya yang dijalankan kepada murid tingkatan satu setiap tahun. Ia merupakan satu alat pengukuran yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan dalam mengukur dan mengenalpasti trait minat kerjaya murid dan personaliti diri murid. Melalui ujian psikometrik yang dijalankan oleh murid, guru kaunseling akan menjalankan pentaksiran untuk murid mengenal diri dan potensi diri. Murid juga dibimbing mengenal pasti minat kerjaya pilihan berdasarkan Inventori Minat Kerjaya. Oleh itu, murid dapat mengenalpasti cita –cita mereka dan memilih aliran akademik yang dapat membantu murid mengikuti kursus di peringkat menengah atas yang sesuai untuk membolehkan murid mengikuti kursus –kursus di peringkat institusi pengajian tinggi bagi menceburi alam pekerjaan yang diminatinya. Oleh itu kepuasan kerja akan lebih dinikmati oleh murid kerana memilih aliran mengikut personaliti dan minat kerjayanya yang bersesuaian. Maka motivasi untuk belajar dari menengah rendah lagi, akan lebih bersemangat kerana tahu apa yang ingin mereka capai. Oleh itu guru kaunseling perlu menjalankan intervensi umum dan intervensi khusus untuk membantu murid melalui ceramah, kaunseling dan bimbingan individu, kaunseling dan bimbingan kelompok, penjelajahan kerjaya dan sebagainya.  Melalui program ceramah ini dapat membantu murid memahami minat mereka dalam kerjaya dan mengetahui bidang akademik yang perlu diberi perhatian.

2.0       MATLAMAT
           
Meningkatkan pengetahuan murid berkaitan hubungkait antara akademik, kerjaya dan personaliti mereka berdasarkan ujian psikometrik yang dijalankan.

3.0       TARIKH/MASA/TEMPAT:
                                        TARIKH         : 22 FEB 2018
                                                : 23 FEB 2018
                                                : 26 FEB 2018
                        MASA             : 12.30 – 2.30  dan 2.30 – 5.30 petang ( 22 FEB 2018 )
                                                : 3.30 – 5.30 ( 23 FEB 2018 )
                                                : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ( 26 FEB 2018 )
                        TEMPAT       : Dewan Kris Mas, SMK.Cheras.

4.0       SASARAN
Semua pelajar tingkatan 1 dan 2 SMK Cheras.

5.0       OBJEKTIF
5.1  Memberi pentaksiran skor murid berhubung Inventori Minat Kerjaya (IMK) dan Inventori Tret Personaliti (ITP).
5.2  Memberikan maklumat kepada murid tentang kepelbagaian kerjaya pilihan berdasarkan trait Inventori Minat Kerjaya dan kesesuaian personaliti mengikut kerjaya berdasarkan ujian psikometrik yang dijalankan.
5.3  Memastikan  peningkatan pemahaman murid membuat hubungkait antara pemilihan akademik dan kerjaya melalui ujian post intervensi.

6.0       KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)


Output


      100% pelajar tingkatan 1 dan 2  mengenalpasti  kod minat kerjaya dan personaliti mereka.


Outcome

       Murid mempunyai cita –cita yang jelas dan mensasarkan pencapaian akademik target PT3 untuk mengikuti aliran yang sesuai dengan minat dan personaliti mereka.

7.0       JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi                                : Pn. Hajah Kamariah bt. Abu (Pengetua)
TimbalanPengerusi                : Cik Lee Siew Ching
                                                            (Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)
Setiausaha                               : Pn. Fairuz Binti Abdul Rasid
Naib Setiausaha                      : Pn Raudzah bt. A.Rahman 
AJK Modul                             : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
AJK  Penilaian                        : Pn Rozinani Bt Awang

Jawatankuasa Kerja

AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
Setiausaha
Pn. Fairuz Binti Abdul Rasid

·        Mengatur giliran kelas
·        Menyediakan kertas kerja
·        Menaip dokumentasi program
AJK Penilaian Pra Post
Pn. Raudzah bt.A.Rahman
Pn Rozinani Bt Awang

·        Menyediakan penilaian prapost
·        Menganalisis penilaian prapost
AJK Modul

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
·        Menyediakan aturcara program
·        Menyediakan modul intervensi dan merangka nota edaran


8.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

8.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

            2) Pembimbing Rakan Sebaya dan Kelab Kerjaya


8.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

HARI / MASA

KHAMIS
22 Feb 2018

JUMAAT
23 Feb 2018
12.30 – 1.00 Tengahari
( Pembahagian Kumpulan )
(Penilaian Pra Intervensi)
2 Amanah
2 Imtiaz
2 Sapelele
2 Gamelan
2  Angklung

1.00 – 1.45  Tengahari
( Penerangan Pentaksiran  IMK & ITP)
1.45 – 2.30Tengahari
( Akademik VS Kerjaya )
(Penilaian Post Intervensi)
3.00 petang
REHAT
REHAT
3.00 – 3.30Petang
( Pembahagian Kumpulan )
(Penilaian Pra Intervensi)
2 Bestari
2 Gigih
2 Jujur
2 Luhur
2 Makmur
1 Amanah
1 Bestari
1 Gigih
1 Jujur
1 Makmur
3.30 – 4.45Petang
( Penerangan Pentaksiran IMK & ITP)
4.45 – 5.30 Petang
( Akademik VS Kerjaya )
Penilaian Post Intervensi





HARI / MASA
ISNIN
26 Feb 2018
8.00 pagi  – 8.30 pagi
( Pembahagian Kumpulan )
(Penilaian Pra Intravensi)
2 Imtiaz
2 Sapelele
2 Gamelan
2  Angklung
8.30 pagi – 9.30 pagi
( Penerangan Pentaksiran  IMK & ITP)
9.30 – 10.00 pagi
( Visi Kerjaya Dan Sasaran Pencapaian Akademik )
(Penilaian Post Intervensi)
10.00 – 10.30 pagi
REHAT
10.30 – 11.00 pagi
( Pembahagian Kumpulan )
(Penilaian Pra Intervensi)
1 1mtiyaz
1 Gamelan
1 Sapelele
11.00 – 12.00 t/hari
( Penerangan Pentaksiran  IMK & ITP)
12.00 – 12.30 t/hari
( Visi Kerjaya Dan Sasaran Pencapaian Akademik)
( Penilaian Post Intervensi)






9.0       PENGURUSAN RISIKO

Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Penggunaan peralatan elektronik
Tidak dapat berfungsi dengan baik

Menggunakan plan B
(whiteboard, kertas majung dan lain-lain)
Guru Bimbingan dan Kaunseling

10.0     KAEDAH PEMANTAUAN

            a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

                        1) Borang Pra Post Peserta
                        2) Borang Maklum Balas AJK

            b) Pemantauan Pencapaian Outcome

                        1) Rekod Akademik Murid
                       
           

11.0     PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membantu murid untuk memilih bidang akademik yang ingin diceburi berdasarkan minat serta personaliti mereka. Selain itu, ia juga membantu murid dalam memilih kerjaya pada masa hadapan. Program ini juga diharapkan dapat membantu diri murid untuk membentuk jati diri  yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran.


Jika memang rezekiku
Permudahkanlah urusanku
Jika ia bukan terbaik untukku
Aku redha...

















 

Telegram Channel