17 March 2018

Bengkel Pengkarya Guru Bersama Dr Halis Azhan



Bengkel Pengkarya Guru kali ketiga bersambung hari ni di DBP. Hari ini kami belajar teknik plot dan kekhilafan dalam menulis novel oleh Dr Halis Azhan pensyarah UPM penerima pelbagai anugerah dalam penulisan.  

Teknik- teknik plot:
Pemerian( to show or to tell)
Suspens
Kejutan
Imbas muka
Imbas kembali
Dialog
Monolog
Monolog dalaman

Prolog
Prolog dan epilog
Aliran kesedaran
Konflik

Kekhilafan dalam menulis novel:
1) Tulis ayat dgn bil perkataan sgt byk hingga tiada koma
2) Tulis byk dialog dalam satu perenggan tunggal
3) Byk ayat to tell hingga pembaca tau segala galanya daripada penjelasan penulis sendiri
4) keliru dgn tanda baca
5) Kecenderungan untuk bereksperimen dlm percubaan awal
6) Guna bahasa basahan, dialek atau bahasa asing dlm dialog tanpa tujuan tertentu
7) kurang teliti laras bahasa bagi watak watak dari latar belakang sosial, ekonomi dan pendidikan yg berbeza
8) guna BM standard dlm dialog, yg menyebabkan karya sbg buku latihan tatabahasa ( bukan novel atau buku sastera lagi)
9) amal copy dan paste utk tujuan menyisipkan ilmu dlm karya masih dianggap plagiat
10) kurang teliti dgn perkataan yg memerlukan rujukan glosari seperti istilah perubatan dan sukan
11) guna nama nama watak seakan akan sama seperti razmi/ rizmi/ ramzi utk 3 watak yg bukan kembar
12) tidak semak semula keseluruhan teks apabila membuat perubahan pada sesuatu bab atau insiden
13) kurang arif ttg undang undang dan peraturan yg libatkan subjek dlm novel
14) kurang arif ttg beza istilah
15) kurang arif ttg struktur bahasa pd sesuatu tempat antara masa
16) kurang arif hukum agama yg libatkan subjek dalam novel
17) kurang teliti dgn faktir zaman, apabila subjek tidak dapat dihadirkan dgm citra yg sewajarnya
18) kurang teliti dgn faktor masa dan tempat dlm cerita hingga watak didapati berada di dua tempat berbeza pada masa yg sama
19) terlupa menyelesaikan konflik kecil yg turut mempengaruhi konflik utama dlm cerita
20) tamatkan cerita dgn kematian dgn tanggapan pembaca berpuas hati dgn penyelesaian spt itu


Sekurang kurangnya selepas bengkel ke3 ini saya dah nampak apa yg perlu saya buat satu persatu dgn menyediakan sinopsis cerita terlebih dahulu. Kami dibimbing menyediakan biodata setiap watak, dan diberikan 4 helaian rangka draf utk membantu kami tidak lari dari pengembangan watak tersebut. 

Penerbit karnadya dijemput untuk membentangkan kehendak penerbit. Dalam bengkel ini kami perlu menyiapkan satu manuskrip dalam tahun ini selepas tamat bengkel pada bulan April nanti. Jika novel kami diterima selepas dinilai oleh penilai - penilai, maka bolehla diterbitkan. 

Semoga saya dapat memanfaatkan ilmu ini dan dapat menghasilkan satu manuskrip yg berkualiti. 

Terima kasih anak anak murid
Sumber inspirasiku




Bersama A'zizan Said ilustrator komik


Bersama penerbit karnadya yg membentangkan mengenai permintaan 
Penerbit




Novel terbaru Dr Halis Azhan










 

Telegram Channel