15 March 2018

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2017






Hari penuh debaran untuk semua murid yg mengambil SPM 2017.
Tahniah bagi murid murid yg mendapat keputusan yg diidamkan. Saya sempat menyelit sijil kehadiran penuh murid ke sekolah untuk sesi 2017 memandangkan kehadiran mereka dikira sehingga hari terakhir mereka menduduki SPM. Tahniah bagi 11 murid penerima kehadiran penuh.
Sekolah kami ini merupakan sekolah menengah harian biasa dan keputusan SPM yg ingin mencecah 6 bukanlah sesuatu yg disenangi. Sudah 3 tahun mengalami penurunan demi penurunan keputusan SPM. Dan tahun lepas kami cuba melakukan pelbagai aktiviti.
Akhirnya ada peningkatan dari segi keputusan SPM. Walaupun tak byk melonjak tetap ada peningkatannya.
Saya selaku pengacara majlis dan membuka booth kami untuk penyerahan psikometrik  IKK  pula dan berbincang dgn ibu bapa dan murid. 

Berikut ialah keputusan SPM 2017
1. Peratus layak dapat sijil 79% meningkat 4.13%
2. GPS 5.77 meningkat 0.17
3. 11 subjek meningkat % lulus dan GPMP
4. 6 subjek meningkat % lulus merosot GPMP
5.  Subjek melonjak lulus
Matematik - 19.38%
Bahasa Inggeris- 18.78%
Lukisan Kejuruteraan - 16.19%
Pend Islam- 13.28%

Tahun ni tiada murid straight A. 
Murid yg mencapai 6A ke atas 7 org shj. 
Semoga lebih cemerlang anak anak SPM 2018.

mistake of the day..









































 

Telegram Channel