18 March 2018

Tips Menulis Novel Sayembara Oleh Sri Rahayu Mohd Yusop



Hari ini bersambung dgn slot bersama Sri Rahayu Mohd Yusop seorang guru sekolah juga dan berkongsi tips untuk menyertai pertandingan novel sayembara. Wow banyak betul novel yg dimenanginya kerana dia memang menyasarkan sayembara dan pertandingan. Berkecimpung berbelas tahun dalam penulisan novel ..beliau berkongsi pengalaman untuk panduan


Kenapa menulis untuk sayembara
1. Penulis bebas menulis
2. Tarikh tutup faktor motivasi
3.Promosi percuma
Sayembara terkenal
1.Hadiah Sastera Kump Utusan Bagi Kategori Novel Remaja- 31 Dis
2. Sayembara Menulis Novel Futuristik ( DBP - GAPENA 31 Mac 2019
Langkah
1. Tentukan tarikh tutup
2. Rancang rutin penulisan
3. Sediakan kelengkapan menulis
i) beg mesra penulisan - pen, jurnal, buku berkaitan penulisan sedang musafir
ii) sudut penulisan di rumah
Proses penulisan novel untuk sayembara
Anda hanya perlu 2 unsur penting untuk memulakan karya
1) emosi negatif dlm diri yg anda mahu ketengahkan dlm novel
Apakah emosi negatif yg sedang menggangu hidup anda sekarang?



B)Isu atau topik ilmiah yg anda minati
Warisan bangsa
Isu sainstifik
Isu alam sekitar
Isu sosial
Isu politik
Isu geopolitik
Jika tiada idea, buka TV dan tonton berita jam 8 pagi
2)Bina watak yg ada emosi negatif yg anda pilih
Pilih emosi negatif anda= emosi negatif wira
Anda= wira dlm novel anda
Anda= hero
3)Letakkan wira ini dgn watak yg memperjuangkan isu yg anda pilih
Cth Taufiq ingin melindungi habitat kelip - kelip yg diancam kepupusan.
4)Bentuk watak protagonis
Jasmani: biodata
Sejarah hidup
Tabiat: Positif, negatif dan ganjil
Aspek jiwa: sikap sebenar, emosi gembira, sedih, marah,tangani marah?
5) bentuk dunia protagonis
Isu
Negara
Negeri
Tempat tinggal
Tahun
Tempoh
6) Antagonis susahkan protagonis
Jasmani
Sejarah hidup
Tabiat
Aspek jiwa
7) wujud konflik
Masalah apa
Langkah penyelesaian masalah
Halangan menyelesaikan masalah itu
8) Klimaks
Kemuncak Aksi
Klimaks Aksi
Klimaks emosi
Klimaks terbaik: aksi dan emosi
9) Menulis Resolusi iaitu peristiwa selepas klimaks
Klimaks, watak dan hikmah
10) sunting idea
Mengukuhkan tema: idea yg ingin ditonjol
Tema Negatif vs Tema Positif
11) sudut pandang
Pencerita watak aku - sesuai dibawa oleh watak sidekick
'Dia' - ubah pandangan dan asingkan ikut bab
Pencerita adalah mata yg boleh lihat segala galanya. Awasi telling not showing . Gambaran deria lihat, dengar, bau , rasa dgn tubuh dan jiwa.







MASALAH LAZIM
1. Malas:
Kira hari dan tentukan bil perkataan yg perlu ditulis. Kira bil perkataan/ hari = jumlah perkataan
Luang masa sehari
2. Masalah kesihatan
Makan makanan seimbang dan senam
3. Tekanan kerja
Tahu cara handle stress
4. Tanggungjawab terhadap keluarga
Guna masa menulis masa menunggu anak keluar sekolah, tunggu anak dsb
5. Menjaga ibu bapa yg sakit
Redhalah..
6. Kebuntuan
Pengurusan emosi negatif diri sendiri untuk diluahkan akan melancarkan penulisan
7. Rendah diri
Sayembara tidak memandang pradigma penulis krn manuskrip tidak bernama
8. Takut mulakan projek menulis krn takut cerita tiada penghujung
Buat peta minda dan brain storm atau buay akhir cerita dan bergerak ke belakang.
9. Watak banyak tetapi tergantung
Watak wira tiada masalah dan tidak respon kpd masalah
10. Kematian dlm keluarga
11. Manuskrip tidak siap: Boleh bawa ke tahun depan

Selamat datang bulan Rejab
Semoga diberkatiNya







Koleksi novel yg memenangi pertandingan

1 comments

Assalamualaikum Cik Nurhaiza.

Saya berminat untuk menyertai Sayembara Penulisan Novel Futuristik tetapi masih tercari-cari pautan untuk memuat turun borang penyertaan.

Mohon pencerahan?

Terima kasih.

 

Telegram Channel