9 March 2018

Kertas Kerja Kem Imtiyaz Sahsiah Kelas Aliran Agama


KERTAS KERJA
KEM IMTIYAZ SAHSIAH
KELAB BAHASA ARAB DAN KEMAHIRAN AL-QURAN
SMK CHERAS 2018


Sempena program 3 hari 2 malam membawa anak anak kelas KAA kelas aliran agama menyertai kem sahsiah diri di Jugra, Banting, Selangor petang ni hingga Ahad.  Dari pagi ke UTM selaku penyelaras program dan rushing ke sekolah dah pkl 1.10 tgh hari. Then rushing ke Kajang bila ayahanda mesej nak datang bertandang pukul 2 hari ni. Huhuhu...kepala berat dgn homework bina modul untuk kompetensi guru kaunseling gred 44 dan 48 yg sepatutnya disambung hari ini. Tetapi saya kena ke UTM memandangkan saya penyelaras seminar guru kaunseling WPKL yg akan dijalankan minggu depan. Maka modul kenalah buat juga agar tidak membebankan team. Tup tup..team partner roger maklumkan yg modul boleh disiapkan selepas cuti sekolah kerana ketika itu barulah dibentangkan. Lega satu bab. Bolehla lalalala sikit petang ini ke kem dgn drive kereta sejam perjalanan. Saya share kertas kerja atas permintaan kawan kawan ustazah yg berminat utk membuat kertas kerja perlaksanaan di sekolah masing masing. 

1. 0      PENDAHULUAN

            Visi memacu sistem pendidikan di Malaysia berlandaskan aspirasi terhadap sistem pendidikan dan murid di Malaysia yang merangkumi dua aspek iaitu pertama sistem pendidikan secara keseluruhan dan kedua aspirasi murid secara individu yang perlu digerakkan. Aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Hasrat PPPM untuk mencapai enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional perlu digerakkan oleh guru yang beraspirasi. Oleh kerana itu, program ini dirangka bagi kumpulan sasaran iaitu murid kelas aliran agama yang merupakan kelas kawalan di SMK Cheras. Modul yang digunakan merangkumi enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir melalui penyelesaian masalah, kemahiran memimpin melalui daya jati diri kepimpinan sepanjang kem, kemahiran dwibahasa dengan perbualan Bahasa Arab komunikasi dan Bahasa Malaysia sepanjang kem, memupuk etika dan kerohanian dengan modul pemantapan agama dan solat sunat serta identiti nasional dalam kerja berkumpulan. Penganjur berharap agar program ini merupakan salah satu penggerak bagi mencapai aspirasi tersebut dan seterusnya memacu keberhasilan pendidikan.

2.0       MATLAMAT
            Meningkatkan minat murid menyertai dengan aktif Kelab Bahasa Arab dan Kemahiran Al-Quran

           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT    :           9 – 11 Mac 2018

                                                                       :           Kem Delta, Jugra, 42700 Banting, Jalan Jeti,                                                                                     Kampung Permatang Pasir, Selangor
                                  
           4.0       SASARAN                              :           80 orang murid lelaki dan perempuan Kelab Bahasa                                                                        Arab dan kelas KAA

5.0       OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

           2.1 Membimbing para peserta untuk memupuk kemahiran kepimpinan yang                                           unggul, disiplin diri yang tinggi serta fokus kecemerlangan diri
            2.2 Memupuk nilai  etika dan kerohanian bagi meningkatkan kualiti sahsiah diri yang                                unggul                 
            2.3 Membentuk kerjasama antara sekolah, murid dan guru bagi meneruskan agenda                               kecemerlangan bukan sahaja di peringkat sekolah bahkan di peringkat yang lebih                          tinggi.


6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)


Output

Penglibatan 90 % murid dalam aktiviti yang dirancang
Memberikan pengalaman kepada murid melalui aktiviti yang dirancang
Penerapan nilai –nilai bekerjasama dalam kalangan murid yang terlibat
Penerapan berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan diri secara bertatasusila ketika aktiviti

Outcome
Peningkatan minat murid dalam subjek Bahasa Arab dengan kelulusan 100%
Peningkatan minat murid dengan 90% hadir dan menyertai aktiviti kelab Bahasa Arab Dan KKQ sewaktu perjumpaan kokurikulum.


                                               
           
7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
SUMBER
BUTIRAN
JUMLAH
1
Yuran
Murid
RM 80 x 80 orang
RM 6,400
2
Sumbangan 2 kali sarapan pagi peserta program
Koperasi
RM 12.50 x 80 orang
RM 1,000
3
Pengangkutan bas
Kokurikulum
RM 500 x 2 buah
RM 1,000
4
Bayaran pendahuluan penginapan untuk kem
PIBG
RM 1,000
RM 1,000

RM 9,400


            ANGGARAN PERBELANJAAN
           
BIL
PERKARA
BUTIRAN
JUMLAH
1
Kos pakej
(Makanan, penginapan, konsultan)
RM 105 x 80 orang
RM 8,400
2
Pengangkutan
RM 500 x 2 buah
RM 1,000

RM 9,400





            8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi:
Pn Kamariah Bt Abu (Pengetua )

Naib Pengerusi
Puan Maznah Bt Musa (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)


Setiausaha
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling SMK Cheras


            Penolong Setiausaha
            Pn Hasma Zati Bt Hashim
            Penyelaras Kelas Aliran Agama

                       
          
         Jawatankuasa Kerja               

BIL
AJK
NAMA GURU

BIDANG TUGAS
1
Penyelaras
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
·        Menyediakan kertas kerja
·        Mengatur modul dan kelancaran program
·        Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa

2
AJK Pendaftaran
Pn Haslina Bt Hashim
·        Mengumpulkan borang kebenaran ibu bapa
·        Menaip senarai nama peserta program
·        Mengambil kedatangan murid sewaktu pendaftaran
·        Membuat salinan pendaftaran kepada AJK Sijil dan AJK Dokumentasi
3
AJK Penginapan/ Dokumentasi
Nur Syahira Bt Ismail
Siti Norsyuhada Bt Nik Soh
·        Bertugas sebagai AJK Penginapan
·        Menyediakan dokumentasi setelah program selesai
·        Mengambil gambar yang bersesuaian untuk dokumentasi


4

AJK Buku Program & Penilaian


Puan Nafsah Bt Mohd Shah

·        Menyediakan buku program
·        Menyediakan penilaian program
·        Menyerahkan penilaian program kepada AJK Dokumentasi

5

Pengangkutan


En Mohd Nasrun B Ahmad
Pn Raudzah Bt A.Rahman

·        Menguruskan pengangkutan pelajar pergi dan balik
·        Memastikan murid selamat balik ke rumah

6
AJK Sijil

Puan Hasma Zati Bt Hashim
·        Menyediakan sijil dan cenderahati untuk peserta


9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

            2) Konsultan


9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM


HARI / MASA

HARI  PERTAMA
JUMAAT

9 Mac 2018

HARI KEDUA
SABTU

10 Mac 2018

HARI KETIGA
AHAD

11 Mac 2018
5.30 pagi



6.00 pagi

Solat Subuh/ Kuliah Subuh
Solat Subuh/ Kuliah Subuh
7.00 pagi

Istiadat Pagi
Istiadat Pagi
8.00 pagi

Sarapan Pagi/ Khidmat Diri/ Solat Dhuha
Sarapan Pagi/ Khidmat Diri/ Solat Dhuha
9.00  pagi

LDK 3 : Treasure Hunt Menggunakan Petunjuk Dalam Bahasa Arab
LDK 9:  Simpulan Kasih
10.00 pagi

Rumusan Dan Majlis Penutup
12.30 t/h

 Makan Tengahari / Solat Zohor berjemaah
Bertolak pulang
2.00 petang

LDK 4 : One Happy Family

2.30 petang
Pendaftaran/ Taklimat

3.00 petang
LDK 5 : Irama Alam

4.00 petang
Ketibaan peserta
Taklimat


4.30 petang

Solat Asar

5.00 petang
Solat Asar
LDK 6 : Game Station


5.30 petang
 LDK 1 : Ice Breaking / Pembentukan Kumpulan


6.30 petang
Khidmat Diri / Solat Maghrib / Makan Malam
Makan malam/Khidmat Diri/ Solat Maghrib

8.00 malam
 Dariku Untukmu
LDK 7– Debat Komunikasi Dalam Asas Bahasa Arab


8.30 malam
 Ceramah : Pembentukan Jati Diri Pelajar


10.00 malam
Solat Isyak / Minum Malam
Solat Isyak / Minum Malam

10.30 malam
LDK 2 : Meditasi
LDK 8 ; Kapal Karam

11.30 malam
Night Walk

12.30 pagi
Tidur
Tidur




10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko

Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Kemalangan

Kecuaian
Hantar ke klinik berhampiran
Guru bertugas






11.0     KAEDAH PEMANTAUAN

            a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

                        1) Borang Penilaian Peserta
                        2) Borang Maklum Balas AJK


            b) Pemantauan Pencapaian Outcome

                        1) Rekod Kehadiran Aktiviti Kokurikulum
                        2) Rekod Akademik Bahasa Arab



12.0     PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membentuk sikap positif dalam kalangan murid dan dapat mendorong pelajar untuk lebih bermotivasi dalam mencapai kecemerlangan diri serta membentuk perubahan sahsiah murid ke arah yang lebih baik untuk menjadi insan yang unggul. Program ini juga diharapkan dapat membantu diri murid untuk membentuk jati diri  yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran.


Disediakan oleh :                                                                               
                              
                                                

Puan Nurhaiza Bt Che Mat                                                                                                                                                                                  
Guru Kaunseling                                                                                
SMK Cheras
Tarikh:



Ulasan:


_____________________________________________________________________________                       
                            
                                               
Diluluskan/ Tidak diluluskan,    


Puan Kamariah Bt Abu 
Pengetua
SMK Cheras
Tarikh:


Rushing UtM-Kajang- Jugra
Alhamdulillah Allah ease my plan
Too many things to do..



































 

Telegram Channel