Total Pageviews

23 June 2018

Kertas Kerja Ganjaran Kehadiran Penuh Dan Peratus Kehadiran Kelas Terbaik Penggal Pertama 2018





KERTAS KERJA
GANJARAN ZOOM IN MURID DAN ZOOM IN KELAS
PENGGAL PERTAMA KE SEKOLAH 2018


1.0       PENGENALAN
            Program Zoom In Murid diperkenalkan untuk memberikan ganjaran kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah pada penggal pertama persekolahan. Ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk ke sekolah dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah secara individu. Jika setiap murid seronok ke sekolah dan berusaha ke sekolah setiap hari sewaktu hari persekolahan, maka ia dapat menyumbangkan peratus kehadiran sekolah yang tinggi. Oleh itu pada tahun ini, untuk anugerah kehadiran penuh individu akan dijalankan sebanyak dua kali. Satu untuk penggal pertama iaitu murid hadir penuh Januari hingga Mei 2018 dan  satu lagi untuk penggal kedua sahaja iaitu dari bulan Julai hingga November 2018 sahaja yang merupakan bulan terakhir sesi persekolahan untuk tahun semasa. Murid yang hadir penuh dari penggal pertama persekolahan hingga minggu kedua persekolahan bulan November akan diberikan ganjaran lawatan.
            Bagi Zoom In Kelas, untuk tahun 2018 ganjaran lawatan akan diberikan kepada kelas yang tertinggi peratus kehadiran ke sekolah bagi setiap tingkatan pada minggu kedua bulan November 2018. Namun bagi kelas tertinggi pada penggal pertama persekolahan diberikan ganjaran jamuan makan sarapan pagi percuma pada waktu rehat sesi persekolahan.

2.0       MATLAMAT
            Peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah tahun 2018


3.0       TARIKH/ MASA/ TEMPAT
            6 Julai 2018

4.0       SASARAN
·         110 murid kehadiran penuh penggal pertama persekolahan
·         Kelas terbaik peratus kehadiran ke sekolah:
5 Beta, 4 Beta, 3 Imtiyaz, 2 Imtiyaz dan 1 Imtiyaz.

5.0       OBJEKTIF
            Melalui ganjaran dalam program Zoom In :
1)         Murid merasa seronok dan sentiasa bermotivasi untuk bersaing sesama mereka             merebut ganjaran bagi meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.
2)         Murid dihargai dengan penganugerahan sijil penghargaan secara individu untuk          kehadiran penuh manakala sijil penghargaan kelas untuk kelas bersama guru           tingkatan dan mentor guru tingkatan mereka bagi kelas terbaik.
3)         Murid dapat dianugerahkan ganjaran lawatan sebagai penghargaan hadir penuh          ke sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah.

            6.0       KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

Output
100% murid kehadiran penuh menerima sijil penghargaan dan ganjaran dan 100% kelas terbaik kehadiran menerima sijil penghargaan dan ganjaran.
Outcome
Peratus kehadiran murid ke sekolah tahun ini meningkat melebihi 88%



7.0     IMPLIKASI KEWANGAN


SUMBER KEWANGAN
         
BIL
PERKARA
SUMBER
BUTIRAN
1
Alat tulis
Koperasi
RM 330
2
Jamuan makan
Suwa
RM 750


ANGGARAN PERBELANJAAN
         
BIL
PERKARA
SUMBER
BUTIRAN
1
Alat tulis
Koperasi
 110 orang x RM 3 = RM 330
2
Nasi lemak ayam goreng dan air
Suwa
 150 orang x RM 5 = RM 750

8.0       AHLI JAWATANKUASA
            Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
                                 Pengetua

            Naib Pengerusi : Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                           Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

            Setiausaha        : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
            AJK Makanan    : Cik Afiqah Bt Mohd Sidek
                                         : Cik Noraini Bt Jamaluddin
                                         : Puan Hasmazati Bt Hashim
                                         : Ustaz Nasrun Bin Ahmad
                                   

9.0     STRATEGI PERLAKSANAAN


9.1     URUS SETIA/PENCERAMAH


            Unit Bimbingan Dan Kaunseling
           


9.2     JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

            2 Julai 2018
            Tapak perhimpunan untuk anugerah kelas terbaik
           
            2 Julai  2018
            Tapak perhimpunan untuk anugerah murid kehadiran penuh

            6 Julai 2018 :
            10.00 pagi  - 10.30 pagi      : Jamuan makan kehadiran kelas terbaik
           
10.0    PENGURUSAN RISIKO

Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggung
jawab
Jamuan makan bagi kelas terbaik:

Makanan masih berbaki selepas agihan makanan
Ada murid tidak hadir ke sekolah
Memaklumkan kepada pihak kantin seawal pukul 7.45 pagi agar murid yang tidak hadir berpeluang menerima ganjaran makanan pada hari lain.
Guru kelas


11.0    KAEDAH PEMANTAUAN


          a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti


                    1) Borang Penilaian Peserta

                    2) Borang Maklum Balas AJK



          b) Pemantauan Pencapaian Outcome


                    1) Melalui APDM: Peratus kehadiran murid penggal kedua                                          

12.0    PENUTUP
            Diharapkan agar program ganjaran Zoom In ini berjalan dengan lancar dan         mencapai objektif yang diharapkan.

            Ulasan
            ________________________________________________________________            ________________________________________________________________           
           
            Disediakan oleh,     
                                                                       
            (Nurhaiza Bt Che Mat)
            Guru Kaunseling                

            Disemak oleh,

            (Nor Azlinda Bt Hasmunih)
            Penolong Kanan HEM                                                                                          
           
            Diluluskan oleh,

            (Kamariah Bt Abu)
            Pengetua



A night with sis Katy
Desa Tasik, Cheras

No comments: