22 June 2018

Majlis Persaraan Pengarah JPWPKL: Pn Rusni Bt Ab Jalil





Hari ini saya ke JPWPKL mengikuti majlis persaraan puan pengarah Pn Rusni Ab Jalil. 

Menerima jemputan dari pihak JPWPKL sbg wakil dari Majlis Guru Cemerlang WPKL bersama 3 lagi AJK Majlis Guru Cemerlang WPKL.
Memandangkan birthdaynya pada 25 Jun 2018 iaitu pada hari Isnin depan, maka majlis clock diadakan hari ini.
Menyoroti sejarah perkembangan pendidikan perguruan Pn Rusni Bt Ab Jalil dari guru sains, pernah menjadi guru kaunseling, penolong kanan, pengetua, pengarah dari Puterajaya, pengarah Negeri Sembilan dan kembali ke KL sebagai pengarah JPWPKL.
Mengenalinya sewaktu memegang jawatan di Unit HEM JPWPKL seawal penglibatan saya posting di KL sbg guru kaunseling. Seperti mana komen komen orang yg mengenalinya sewaktu tayangan video multimedia, memang benar beliau seorang yg teliti, tegas tetapi selesa bekerja dengannya. Beliau mmg suka bercakap dan ucapannya walau dalam perasmian perlu diberikan slot yg lama kerana beliau akan menyampaikan amanat yg memotivasikan dan meransang audien.
Semoga beliau dikurniakan kesihatan terbaik, dimurahkan rezeki dan diberkatiNya.
The Incredible 2
9.15 - 11.15 pm
Cheras Selatan


















 

Telegram Channel