Total Pageviews

3 July 2018

Impak Perkhidmatan Kaunseling: Apa Dan Kenapa




Selamat pagi Kedah!
Hari ini ada 4 slot kompetensi yang diajar. 
Tetapi saya share dahulu bagaimana impak perkhidmatan kaunseling diukur dan aplikasi impak terhadap keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan. Slot dikendalikan oleh guru dari Johor iaitu Nor Azizah dari SK Bandar Mas yg pernah memenangi Johan Amalan Terbaik Sekolah Rendah Disiplin tahun 2016 dan Gaitri dari SMK Paloh Johan Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah 2015

Jika anda membuat laporan kaunseling semata mata dengan kepelbagaian gambar yang cantik untuk dokumentasi, tetapi anda mengabaikan skop penilaian untuk mengukur keberkesanan program yg dijalankan, bagaimana anda boleh mengatakan program tersebut berkesan?
Bagaimana anda ingin membentangkan kepada orang lain atau kepada pentadbir bahawa program yang dijalankan mempunyai impak yang tinggi dan seterusnya memperolehi keberhasilan yang tinggi.
Aspek penilaian selalu terabai yang menyebakan perkhidmatan anda sukar diukur impaknya.
Contohnya ingin menjalankan intervensi terhadap kes pemulihan. Bagaimana bentuk intervensi yang akan diadakan untuk kes lewat murid antara 50 hingga 100 orang ? Contohnya Bagaimana intervensi antara murid ini berbeza dengan menggunakan soal selidik punca dahulu dan dari analisa kategori masalah lewat kita rancang intervensi. Selepas intervensi satu penilaian keberkesanan program dijalankan melalui borang penilaian. Data sebelum dan selepas program dibentangkan untuk memaklumkan impaknya.
Jika tiada data melalui pengukuran penilaian sebagai eviden anda menganalisa data, bagaimana untuk anda sendiri mengetahui bahawa intervensi berkesan? Berapa banyak yang berubah?
Oleh itu melalui bengkel ini diharapkan peserta dapat:
1.Menyediakan alat ukur yang digunakan bersesuaian dengan objektif perkhidmatan bimbingan dan Kaunseling.
2.Melaksanakan penilaian program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan menggunakan alat ukur penilaian yang bersesuaian.
3.Menyediakan laporan impak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan analisa data yang diperoleh.
Oleh itu anda perlu tahu perancangan pelaksanaan impak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Setelah merancang impak yang diinginkan maka perlu menyediakan alat ukur penilaian impak perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Jangan lupa
melaksanakan penilaian impak selepas program. Dari penilaian itu, kita dapat menganalisis dapatan impak perkhidmatan. Jangan terus simpan dalam almari selepas laporan dibuat tetapi laporkan dapatan impak perkhidmatan. Boleh melapor dalam mesyuarat pengurusan, mesyuarat UBK atau mesyuarat kaunseling.
Melalui  4 BIDANG PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING kepelbagaian alat ukur boleh digunakan mengukur impak:
1Perkembangan dan Pembangunan Sahsiah Murid
2Peningkatan Disiplin Murid
3Pendidikan Kerjaya
4Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Berdasarkan 4 bidang perkhidmatan ini, pilih satu bidang perkhidmatan, dan fokuskan apakah isu utama yang hendak diberi intervensi.
Anda boleh melihat dalam aspek pencegahan atau pemulihan.
Sebagai contoh, isu ponteng (ponteng sekolah).  Berdasarkan data, didapati 20 murid kerap ponteng sekolah.  Sebaik intervensi dibuat dalam jangka masa tertentu (2 bulan), lihat perubahan tingkah laku dan tuliskan dalam bentuk analisis dan laporan akhir.
Contoh lain, dalam skop Perkembangan dan Pembangunan Sahsiah murid, didapati 10 murid tidak mengurus diri dengan baik.  Selepas diberi kursus atau intervensi, hanya 3 orang sahaja yang masih tidak mengurus diri dengan baik.  Seterusnya tuliskan dalam bentuk analisis dan laporan akhir.
Contoh alat ukur yang boleh digunakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
ALAT UKUR
CONTOH
1Protokol Temu bual: Halatuju Kerjaya atau Menghadapi Stres
2Soal-selidik / Penilaianuntuk intervensi Buliatau Kecelaruan gender
3Senarai semak seperti Kenakalan atauPengurusan diri
4Ujian Pra dan Posuntuk Kepimpinan atau kesMerokok
Di akhir bengkel, peserta dibimbing membuat penilaian menggunakan google form .
Jom cuba.

Well done Farhan!
Choral speaking PPD Hulu Langat

























No comments: