Total Pageviews

2 July 2018

Fasilitator Bengkel Kompetensi Guru Bimbingan Kaunseling KPM 2018





Hujan lebat dan saya terpaksa menangguhkan majlis penyampaian sijil kehadiran penuh dan kehadiran terbaik penggal pertama persekolahan 2018.
Hujan lebat juga menandakan memandu ke KL Sentral dari Cheras bukanlah satu idea yang baik kerana kesesakan lalu lintas yg sedia ada akan lebih teruk lagi.
Mulai hari ini hingga Khamis saya akan bermusafir ke Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah seperti alamat yang tertera pada surat yang diterima.
Menaiki MRT dari hadapan sekolah dan bertukar LRT pula di Pasar Seni pada waktu puncak memang mendebarkan jantung saya. Melihat jam yang semakin menginjak pukul 9.45 iaitu 15 minit sahaja lagi ETS KL Sentral ke Sungai Petani akan tiba. Akhirnya yeahhh...tiba juga pukul 9.55 pagi di ETS KL Sentral. Penat sungguh berlari lari dengan beg travel seperti nak naik gunung huhuhu.
Menaiki ETS selama 4 jam 40 minit adalah menenangkan. Santai dan pemandangan kampung kampung yg menggamit rindu pada kampung halaman terutama apabila melalui Bukit Merah yang berjarak 10 minit sahaja dengan kampung halaman sendiri.
Program Bengkel Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling untuk hampir 85 guru bimbingan dan kaunseling dari Utara iaitu untuk Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara yang diadakan di Institut Latihan Guru Sungai Kerangan diadakan dari 2 Julai hingga 5 Julai 2018.
Berkampung disini untuk 4 hari dengan slot pengisian lonjakan kompetensi
- Menggilap Kredibiliti Melonjak Prestasi Guru Bimbingan Dan Kaunseling
- Teknik Kaunseling Berdasarkan Teori
- Pelaporan Dan Perundangan Dalam Kaunseling
- Impak Perkhidmatan Kaunseling: Apa Dan Kenapa
- Aplikasi Impak Perkhidmatan Kaunseling
- Amalan Terbaik Kaunseling dan Jaringan Strategik Kaunseling
- Psikometrik Dan Kerjaya
- Bijak Kendali Kes Kaunseling
- Pemerkasaan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Kajian Tindakan, ICT dan Penerbitan Kaunseling.
Dilatih oleh fasilitator penggubal modul
seperti lampiran di bawah.

Semoga dipermudahkan urusan kami. 

Salam takziah Kak Mimi
Al fatihah..













Hj Saiful Lizan@Hasnul Hisham Suparman pensyarah IPG Kamlys Temenggong Ibrahim, Johor mengendalikan kompetensi menggilap potensi dan sesi ice breaking





No comments: