13 July 2018

Kertas Kerja RIMUP Aidilfitri SMK Cheras 2018

Hari ini full swing untuk memastikan program RIMUP Raya berjalan lancar. Mujur juga kem ppsdm dibatalkan kerana KL belum menerima peruntukan kewangan untuk ppsdm ini. Jika tidak, maka 3 hari berderet pula tiada di sekolah. Makin sukar untuk memantau kerja RIMUP yg dijalankan. 
Hari ini saya menggunakan khidmat PRS untuk menganyam ketupat, membuat multimedia, mengemas dewan dengan setting untuk jamuan makan, menyediakan photo booth, menyediakan keceriaan pentas dan mengemas dewan. Raptai dari juruacara rasmi hingga yg tidak rasmi juga saya jalankan. 

Dari masa selepas bacaan yaasin hari Jumaat hinggalah tgh hari lari ke kedai hardware beli plastik hingga ke kedai DIY beli bahan untuk hiasan dewan. Tup tup dah pkl 4 petang. 
Perut pun dah lapar sbb skip lunch huhuhuhu.

Saya kongsikan kertas kerja RIMUP 2018.

Syawal terakhir 2018
Semoga bertemu lagi








KERTAS KERJA
 RIMUP SAMBUTAN HARI RAYA
PERINGKAT SEKOLAH
2018

1.0     PENGENALAN

          Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah. Memandangkan program Hari Terbuka iaitu program perbincangan dengan ibu bapa mengenai pelaporan akademik anak mereka diadakan juga dalam bulan Syawal, maka aktiviti Hari Raya diadakan dengan lebih meriah dengan kehadiran ibu bapa. Sambutan Hari Raya dan program Guru Penyayang yang dijalankan dapat membudayakan sikap kasih sayang di sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama dan meraikan sambutan perayaan murid. Melalui jamuan, kaum lain dapat menikmati keunikan hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum Melayu dan bersama –sama menimati juadah Hari Raya. Aktiviti kebudayaan pelbagai kaum juga diadakan seperti persembahan muzik Melayu, Cina dan India dari wakil badan beruniform sebagai persembahan selingan. Oleh itu semangat muhibah dalam sebuah masyarakat majmuk perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat.

2.0     Matlamat
           
            Meningkatkan semangat perpaduan antara kaum melalui aktiviti

            badan beruniform menganjurkan jamuan Hari Raya di tapak masing – masing.

3.0     TARIKH/ MASA/ TEMPAT  : 14 Julai 2018 di  Kantin sekolah/ Dewan Sekolah/
                                                                                                                    
                                            

4.0       SASARAN

            Semua warga sekolah




5.0       Objektif

            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

6.0       KPI

Output
Terdapat kerjasama antara kaum dalam badan beruniform sewaktu persembahan dan penyediaan jamuan makanan.


Outcome
Tiada masalah disiplin melibatkan perselisihan antara kaum.


7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil

Perkara

Harga

Jumlah

Sumber

1.

Makan minum murid

1000 orang x RM6.00

RM 6000.00

Kokurikulum-RM3000
Sivik-RM2000
SUWA-RM1000

2.
Hadiah Pertandingan
Hamper
Tempat pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga


3 unit x RM 70.00
3 unit x RM 60.00
3 unit x RM 40.00


RM 210.00
RM 180.00
RM 120.00
RM 510.00


SUWA
3.
Banner
1unit x RM 150.00
RM150.00
Kokurikulum

4.

Jamuan ibu bapa & guru

250 orang x RM 10.00

RM 2500.00

PIBG
5.
Belanja runcit

RM 100.00
PIBG





RM9280.00


           Sumber Pendapatan :
          Kokurikulum             :  RM 3150.00
          Sivik                          :   RM 2000.00
          SUWA                       :   RM 1510.00
          PIBG                          :  RM 2600.00
                                              
            Jumlah                      :  RM 9260.00                                                                           
    RIMUP HARI RAYA  2018                                           


8.0     AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               :          Puan Hajah Kamariah Bt Abu
          Timbalan Pengerusi:         Puan Maznah Bt Musa
           Naib Pengerusi      :               Cik Lee Swee Ching
                                             :           Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                                         Encik Raheman Ahmad                                  
          Setiausaha              :             Puan Nurhaiza Bt Che Mat
            Naib Setiausaha          :        Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh  
           Penyelaras               :           Cik Hufaidah Binti Zakaria



1
AJK JEMPUTAN

Puan Farah Hanum Bt Ramli (K)
Cik Nor Afiqah Bt Mohd Sidek


·      1. Menyediakan dan mengedarkan surat    
          jemputan kepada VIP
·     2. Mengedar surat jemputan kepada ibu
          bapa/murid dan tetamu yang terlibat
·     3  Memaklumkan kepada AJK Jamuan
      4. Mengesahkan kehadiran tetamu dan ibu
          bapa


2
AJK PENDAFTARAN

Puan Murniyati Binti Masari (K)
Pn Amila Binti Abdullah


1) Menyediakan borang kehadiran murid
2) Mengedarkan borang kepada semua guru kelas
3) Mengutip semula borang kehadiran untuk dibuat analisa oleh penyelaras badan beruniform
4) Penyelaras akan serahkan borang kepada guru penasihat untuk diambil kehadiran.


3
SAMBUTAN/PROTOKOL


Puan Salina Mohd Isa
Semua Ketua Bidang


·     1.  Menyambut ketibaan   
           tetamu
·     2. Memastikan kedudukan tempat duduk
           VIP, Pengetua, YDP PIBG dan PK  
           mengikut protokol
·     3. Mengedar buku aturcara kepada VIP,
          guru dan tetamu
·     4. Menyediakan buku pelawat dan   
          tandatangan VIP
4
AJK Pengacara Majlis
Puan Raudzah Bt Ab Rahman (K)

·     1. Bertindak selaku pengacara majlis
           sepanjang program diadakan
22   2. Mengenalpasti dan melatih pengacara murid
           untuk persembahan dan game show 



5
AJK Back Drop
En Abdul Aziz B Arbi

1.    Menyedia, memasang dan menurunkan backdrop



· 

  6
AJK Keceriaan Pentas
Pn Norhaniza Abd Jamil (K)
Cik Wong Mun Yee


1.   Menceriakan kawasan pentas
2.    Mengemas dan memulangkan peralatan yang dipinjam
7
AJK Majlis Perasmian Program
Puan Nafsah Binti Mohd Shah (K)
Puan Narinder Kaur a/p Peara Singh

·       1.  Merancang gimik pelancaran program
             bersama PK Kokurikulum
·       2.  Memastikan pelancaran berjalan lancar



8
AJK Guru Penasihat Badan Beruniform
PBSM :
 Pn Tipah Bt Ngah/ Pn Nor Afzani Bt Shahdin/ Pn Haliza Halid/ Puan Nor Hidayatul Akhmal

Pandu Puteri: Pn Kanagambigai a/p Ramoo / Pn Umizam Zaharah Bt Ismail/ Pn Faiza Mamat/ Pn Maizatul Akma Bt Mamat

 Kadet Bomba:
En Hazmer Mamat/En Mohd Nasrun B Ahmad / Pn Zahirah Bt Abdul Halim/ Pn Norazah Bt Aris

PKBM:
En Ahmad Firdaus Bin Mohamad Ya/ Pn Nor Zalifah Bt Hanafi/ En Ahmad Azran B Abdul Rahman/ Cik Hamizah Bt Md Aris

KRS:
En Nik Rahmat B Nik Mood/ Pn Amirah Bt Muhamed Kamil/Pn Aisyatul Nazliah Bt Abdul Rani/ Pn Noraida Bt Mohamad

Kadet Polis:
En Yahya Bin Mat Yasin/ Pn Solehah/ Pn Kamziyah Bt Mohd Yaman/ En Mohd Ikhwan Bin Che Muda



 Puteri Islam:
Pn Nor Haizad Bt Mohd Taharim/ Pn Hasma Zati Bt Hashim/ Pn Haslina Bt Hashim/ Puan Nurul Hamiza Bt Nodzeri

Seni Silat:
Pn Thahabian Bt Ab Rahman/Puan Nurul Shafini Bt Abdul Hadi/ Pn Murniyati Bt Masari

Pengakap: Cik Aida Azlina Bt Ramli/ Pn Zuhaida Bt Mohammad/ Pn Laili Azuwa Bt Tamrin/ Pn Nurul Arina Bt Asha’ari




1.  Mengambil bancian kehadiran murid ke
      sekolah pada hari tersebut
3.    Berbincang dengan murid tema, hiasan stesen masing-masing dan pertandingan yang dijalankan
4.    Menyampaikan maklumat mengenai aturcara program, menu dan sebagainya
5.    Memastikan AJK Badan Beruniform dapat menjalankan tugas
6.    Memastikan pasukan masing-masing dapat mengemas semula stesen masing-masing
9
Persembahan

Puan Norlaili Ani (K)
Puan Norhana Bt Taufik


1.Mengadakan selingan persembahan selama 1jam 30 min.
2. Memilih peserta dan menyusun persembahan
2. Persembahan santai
10
Buku Atur Cara
Pn Zuhaida Mohamad (K)
Pn Siti Amrah Binti Mohd Idris
1.    Menyediakan buku atur cara program
2.    Mengedarkan buku atur cara kepada VIP dan tetamu

11
Siaraya
En. Balasegar a/l Muniandy(K)
En Azrin Bin U Mat


1.    Memastikan peralatan berfungsi dengan baik
2.    Memutarkan lagu hari raya dan lagu yang sesuai



12
Disiplin Dan Lalu Lintas

En. Mohd Noor b Mat Deris (K)
En Chan Yoong Keong
Pn Noraida Mohamed



1.    Memastikan tempat meletakkan kereta
2.    Memastikan disiplin terkawal supaya majlis dapat berjalan dengan lancar
13
Peralatan
En Amiruddin Bin Mohd Yusoff (K)
En Masrizal Bin Abu Bakar
En Mohd Nidzam Bin Mohd Yusoff
En Mohd Rizal Bin Mat Salim
1.      Menyediakan peralatan khemah yang diperlukan untuk program
2.      Memohon pinjaman peralatan untuk kelicinan program
3.      Menyediakan kerusi


14
AJK Stesen Makanan Guru/PIBG

PIBG
Pn Murni Mat Jali (K)
Pn Usha Kumari a/p Ramu
Pn Suhaily Bt Mohammad Nazri
AJK Ibu Bapa
Kelab Guru
Puan Norliza Borhan  (K)          
Pn Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
Cik Lie Kiet Wei
Cik Tuong Loy Mui
1.    Membuat tempahan makanan berdasarkan bajet
2.    Menyediakan menu dan stesen makanan untuk guru / PIBG/ ibu bapa

15
AJK Makanan Murid
Pn Aziyanti Bt Abu Khanipah (K)
Puan Sharihan Bt Shaari
Pn Normilah Binti Mohd


1.    Membantu pengagihan makanan utama ke badan – badan beruniform berjalan lancar
2.    Membuat tempahan makanan
3.    Membuat agihan peruntukan makanan
4.     Mengagihkan peralatan/keperluan jamuan.

16

JURUFOTO
Puan Norliza Rafie (K)
AJK Majalah Sekolah


1.    Mengambil gambar sepanjang program dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi

17
Dokumentasi

Puan Nor Azah Binti Aris (K)
Pn Hashida Bt Md Isa
Puan Nurul Saadah


1.    Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan
2.    Membukukan maklumat dan gambar yang terpilih
3.    Menilai majlis yang telah dijalankan dengan menggunakan borang yang disediakan
4.    Menyerahkan dokumentasi kepada Penolong Kanan untuk disimpan ( 2 minggu selepas )

18










19

Kebersihan/Keceriaan
Puan Roszita Binti Md Toff (K)
En Marodzi B Mehat




1.    Memantau kebersihan kawasan sekolah
2.    Menghubungi pekerja pembersihan bagi memastikan tempat pembuangan sampah bersih dan tidak berbau pada hari program
3.    Memastikan kawasan sekolah bersih
sebelum dan selepas majlis



Teks Ucapan

Pn.Soraya Abdul Rafar (VIP)
Pn Atirah Riduan (Pengetua)



1. Menyediakan teks ucapan
2. Menyerahkan teks ucapan kepada PK
Kokurikulum untuk semakan
3. Menyerahkan tekas ucapan kepada VIP.
4. Sediakan satu salinan teks ucapan dalam folder untuk diletakkan di rostrum.

20
Penyampaian Hadiah
Nor Zalifah  Binti Hanafi (K)
Pn Umizam Zaharah Binti Ismail

1. Mengurus penyampaian hadiah.
2. Menyediakan hadiah untuk game show



9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN
           
9.1       URUS SETIA
           
            Unit Kokurikulum


9.2     TENTATIF PROGRAM

10.00 pagi                     : Berkumpul di dewan
10.10 pagi                     : Ucapan perasmian                         
10.30 pagi                    :  Jamuan makan
                                     :  Persembahan
                                        Penyampaian hadiah                                                                                 
11. 40 tengah hari       :  Gotong royong mengemas kawasan
12.30 tengah hari        :  Bersurai


10.0     PENGURUSAN RISIKO

           
Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab

Kemalangan

Kecuaian

Menghubungi ibu bapa

Guru bertugas


11.0     PENUTUP

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan pelajar.
Ulasan
________________________________________________________________  
________________________________________________________________           
Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)



Syawal terakhir
Semoga bertemu lagi..















 

Telegram Channel