25 October 2018

Memori Fasilitator Kompetensi Guru Bimbingan Kaunseling DG44 dan DG48








Kenangan sepanjang bergelar fasilitator kompetensi guru bimbingan dan kaunseling DG44 dan DG 48 untuk KPM. Berakhir sudah program kompetensi utk tahun 2018 dan saya nak share pengalaman belakang tabir untuk dikenang. 

Di Kedah , pengalaman sudah lama tak naik ETS. Adoila nak cuak apabila jejak ke KL Sentral lagi 5 minit sahaja train nak sampai. 
Kali pertama bersama handle program dgn fasilitator dan ketika ini kami cuba menyesuaikan diri dgn personaliti masing masing. 


Di Selangor saya dapat menjenguk kawan kawan fasilitator pada hari terakhir untuk slot kajian tindakan. Sempena birthday Effa sempat kami meraikan sewaktu bersarapan pagi. 

Di Johor, di BTPN Johor yg bestnya malam terakhir kami dapat makan mee udang. Besar dan banyak betul udang dalam mee itu. Terima kasih Majlis Guru Kaunseling daerah ini yg belanja kami geng fasilitator makan. Signifikannya disini ialah pergi dan balik saya yang haru biru. Pergi naik flight seorang diri sebab kena pergi lewat dan balik pula dari kereta kak Julia kemudian bertukar kereta kak Zuraiyah dan kemudian kereta Khairil barulah sampai ke rumah untuk rushing ke KLCC pula untuk Anugerah mewakili MGK KL . 

Di Kelantan saya datang lewat, tidak dapat ke mana mana tetapi menyimpan kenangan manis apabila urusetia di sini menghadiahkan seorang sehelai kain batik dan di sini juga saya berjumpa dgn kawan sekuliah saya yang lama tidak berjumpa. Terima kasih Faizah hadiahkan kain ela untuk saya. Terharu betul. Terima kasih kepada Kak Azita yg menghadiahkan baju kelawar untuk setiap fasi perempuan..huhu. Birthday Kak Zuraiyah pula sempat lagi malam tu kami nyanyi lagu hari jadi untuknya.

Di Sabah yang bestnya tentulah makanan seafood. Dan memang saya akan mencari kerabu rumpai laut sedap tuuu..nak masak tak pandai. 
Dan yg mengharukan apabila kami dibawa ke Restoren Nelayan dan menyaksikan tarian dan bersama sama menyertai persembahan mereka dgn makanan yang sedap di Restoren Nelayan di bandar tersebut. Tidak sangka peserta peserta kompetensi Sabah sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk belanja geng fasilitator makan. Terima kasih ye. Di Pasar Filifina kami borong gelang tangan mutiara yang seragam untuk fasilitator perempuan. 

Di Perak kami menginap di BTPN Sg Buloh, malam hari ketiga kami ke Menara Condong Teluk Intan. Kali pertama saya ke sini. Orang begitu ramai rupanya ada perayaan kaum Cina dari suku apa saya tidak pasti. Mereka sembahyang dan perarakan dgn kereta berhias. Berpusing pusing posing kat Menara Condong ini nak dapatkan sudut terbaik hahaha.


Saya mengucapkan terima kasih atas layanan tuan rumah, maklumbalas yang positif dan kesediaan peserta menerima ilmu yg disampaikan. Semoga kita sama sama dapat memartabatkan profesion guru bimbingan dan kaunseling. 







































Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Kau ilhamku




 

Telegram Channel