4 December 2018

Amalan Terbaik Disiplin Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2018



Johan





Projek “1M1P”
Meningkatkan Kehadiran Murid Asli Ke Sekolah

Muhammad Iqbal Zahanuddin
Sekolah Kebangsaan Menson, Cameron Highlands
m.iqbal.zahanuddin@gmail.com

Program memupuk Kesedaran murid terhadap pentingnya hadir ke sekolah. Data kehadiran murid tiga tahun kebelakang (2015-2017) dirujuk sebelum melakukan kajian ini. Hasil dapatan mendapati kehadiran murid-murid orang asli di sekolah ini di bawah 90%. Responden kajian melibatkan semua murid. Instrumen analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Hasil dapatkan kajian menunjukkan peningkatan peratusan kehadiran yang signiikan dalam kalangan murid melalui projek “1 Murid 1 Polybag (1M1P)”. Bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah memerlukan kejasama pelbagai pihak dan menggunakan kaedah yang dekat dengan jiwa mereka iaitu dengan pelaksanaan aktiviti pertanian disamping menekankan aspek disiplin dan manusiawi. Diharapkan dengan pelaksanaan kajian ini dapat merealisasi hasrat pengurusan sekolah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah serta membentuk kemenjadian murid.
Kata Kunci: Polybag, Tanaman, Pertanian, Kehadiran, Manusiawi, Minat, Murid Asli.





Naib Johan


Klik link video ini untuk menonton Amalan Terbaik SK Binjai


An-Nur Magnetic Alteration Centre (AMAC)
Meningkatkan Nilai Tanggungjawab Murid
Widawati Busrah
SK Kebangsaan Binjai, Kemaman, Terengganu
TBA2005@moe.edu.my


An-Nur Magnetic Alteration Centre ataupun AMAC yang diperkenalkan Unit Disiplin Sekolah merupakan 
sebuah amalan yang menjadikan An-Nur Centre sebagai sebuah Magnet Transformasi Murid yang 
menerapkan nilai penyayang serta tanggungjawab khususnya terhadap sesuatu barangan melalui 
aktiviti-aktiviti yang disediakan di An-Nur Centre. Antara isu utama yang timbul di SK Binjai termasuklah 
kekerapan masalah salah laku vandalisme yang tinggi dan tidak signiikan sehingga akhir tahun 2016 
berbanding tahun sebelumnya lantas menjejaskan imej dan mewujudkan persekitaran sekolah yang tidak 
kondusif malah secara tidak langsung meningkatkan kadar rekod disiplin sekolah. Kajian ini terlebih dahulu 
mengkaji punca berlakunya salah laku vandalisme dalam kalangan murid dan didapati kurangnya nilai 
penyayang dan tangggungjawab. Maka, amalan AMAC menjadi solusi bagi merealisasikan impian sekolah 
dengan mencatatkan penurunan kes salahlaku vandalisme semenjak Amalan AMAC mula direncanakan.
Kata Kunci: Amalan, AMAC, Penyayang, Tanggungjawab, Vandalisme


Ketiga


Klik video ini Amalan Terbaik SMART Boy
Program “Smart Boy” 
Meningkatkan Ketrampilan Diri Murid
Norulhuda Yaakob , Suamani Sahabudin
Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya, Kedah
nhuda306@gmail.com

Program membudayakan 512 murid lelaki tahap dua agar sentiasa mempunyai ketrampilan yang kemas. Ini kerana murid lelaki selalu tidak  memakai tali pinggang, setokin, tali leher dan berambut panjang. Program ini berjaya menyemai kesedaran yang positif dalam kalangan murid tersebut.



SAGUHATI KE 4


Super Aspirasi (SUAP) #dirikubegituberharga
Meningkatkan Disiplin Murid
Nur Saadah Johri , Raihani Esa
Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu, Johor
serinailofar@gmail.com

Berdasarkan kes disiplin, conteng, kehadiran ke sekolah yang rendah, vandalism merupakan kes yang tertinggi di sekolah ini.Program SUAP dilaksanakan untuk semua warga sekolah. Menggunakan teknik force ranking mengenalpasti kes yang tinggi. Disokong dengan teori REBT, model ABC dan Strategi Lautan Biru untuk melaksanakan program ini yang berjaya mengurangkan conteng dan meningkatkan kehadiran dan pencapaian akademik.




SAGUHATI KELIMA
Maaf saya tidak jumpa gambar pameran dan link ini saya ambil yang sama dengan amalan terbaik kaunseling sekolah rendah dari sekolah yang sama dan tajuk yang sama. Namun untuk amalan terbaik kaunseling menerima tempat ke 4.

Program Agro Kidz
Sekolah Kebangsaan Pa’ Pura

Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap disiplin dan mewujudkan iklim sekolah yang harmoni, 
tenang dan ceria menghijau. Program Agro Kidz dipilih dan diangkat sebagai amalan terbaik untuk membantu isu ini. Amalan ini diterapkan agar murid rasa lebih bersemangat dan seronok serta membangkitkan perasaan tidak sabar untuk datang ke sekolah kerana mereka ada tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Kajian ringkas telah dibuat bagi melihat perubahan sikap murid-murid sebelum dan selepas program ini dilancarkan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perubahan positif pada tingkah laku murid. 
Kata Kunci : Agro, Sikap, Tanggungjawab





SAGUHATI KEENAM

Maaf saya tidak jumpa gambar pameran dan link video.
ArrowGo
Program Murid Hadir Awal Ke Sekolah

Ruzita Kamaruddin, Noor Azreena A Aziz, Mohammad Bidin
Sekolah Kebangsaan Keru, Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus
skkeru5003@gmail.com

Program yang berjaya meningkatkan kehadiran awal murid kesekolah. Dari sampel kajian 95 murid, 10 orang terpilih melalui pemerhatian dan temubual untuk mengenalpasti faktor lewat. Melalui peneguhan positif lucky draw berjaya menurunkan kadar lewat ke sekolah.



PoliceEvo PG 13
But kids yg guide ibu :)



 

Telegram Channel