31 January 2019

Bengkel Kajian Tindakan Dan Amalan Terbaik Guru Kaunseling Pudu




Hari ini membimbing guru bimbingan dan kaunseling dari sekolah sekolah menengah Zon Pudu pula. Dijalankan di dewan sekolah saya untuk Bengkel Kajian Tindakan dan Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah. Saya membimbing untuk kajian tindakan yg praktikal dijalankan di sekolah dan masalah yg dihadapi oleh guru kaunseling terkini di sekolah masing masing.

Sambil membimbing saya meminta beberapa orang untuk membentangkan refleksi masalah untuk sama sama mengenalpasti adakah mereka dapat membuat refleksi yg betul.
Peserta dibimbing hingga penutup kertas cadangan kajian tindakan dan merujuk kepada handout yg diberikan.

Senangnya hati melihat guru kaunseling sudah dapat merangka kertas cadangan kajian tindakan.

Kemudian aktiviti amalan terbaik dijalankan mengikut format yg menyenangkan. Bukan menggunakan pemarkahan untuk pertandingan yg sememangnya agak advance tetapi menggunakan format yg memudahkan guru kaunseling membuat laporan dgn point point penting sahaja. Ini kerana amalan terbaik atau inovasi merupakan satu item yg wajib dijalankan oleh guru kaunseling dan mempunyai pemarkahan untuk penilaian kendiri guru kaunseling.

Setiap kali penerangan diberikan disertakan contoh dan perkongsian dari guru kaunseling lain juga. 
Tahniah kepada guru kaunseling yg berjaya menghasilkan draf penulisan kertas.cadangan kajian tindakan dan bonus tahniah apabila dapat diaplikasikan dalam bentuk amalan terbaik dan inovasi kaunseling.

It's hard to say goodbye




























 

Telegram Channel