Total Pageviews

31 March 2019

Pelancaran Meracik Purnama: Antologi Puisi Pengkarya Guru



Hobi saya menulis. Saya menulis mengenai satu puisi berkaitan murid saya di kota besar bandaraya. Saya hantar pada urusetia Dr Salleh yang menyelenggarakan buku puisi ini dan Lynn seorang yang masih komited dengan Majlis Buku. Mungkin sudah rezeki puisi saya terpilih untuk dimuatkan dalam projek ini. Bersama 99 pengkarya guru dgn 168 puisi yang layak untuk dimuatkan dalam koleksi ini. 

Saya bukan pandai mendeklamasi sajak. Maka apabila urusetia bertanya siapa yg ingin mendeklamasikan sajak, sudah tentu saya hanya sebagai orang yg menepuk tangan tanda sokongan kpd guru yg ingin mendeklamasikan puisi mereka ini di majlis pelancaran buku ini. 

Yang menariknya puisi saya, Afiqah dgn 3 sajaknya dan guru kanan Bahasa Malaysia sekolah saya juga Pn Noor Alamiyah dgn 2 sajaknya terpilih dalam buku ini. Dilancarkan dalam majlis yg gilang gemilang dan kami memakai baju tema warna putih dan tudung biru. 

Jika ada yg berminat untuk mendapatkan puisi tersebut boleh hubungi saya. 




31.03.2019
Thanks Khaty for the treat
Captain Marvel GSC Mytown :)





















28 March 2019

Konsultasi Halatuju Murid Selepas SPM




Menerima panggilan telefon sblm cuti sekolah dari IPG Ilmu Khas yg meminta bantuan untuk konsultasi kepada anak anak staf IPG yg inginkan bantuan bagaimana hala tuju selepas SPM.
Memandangkan kaunselor IPG sudah tidak berurusan dgn murid sekolah , jadi mereka bimbang jika tersalah memberikan maklumat, maklumlah sudah lama meninggalkan alam perguruan di sekolah.
Dengan senang hati saya menerimanya maklumlah tidak balik ke kampung jadi apa salahnya singgah ke IPG untuk membantu. Hari Khamis pukul 8.30 pagi, saya tiba di IPG dengan setting minda sesi konsultasi bersantai umpama srperti murid murid saya. Saya santai konsultasi bersama mereka tetapi layanan ketua unit psikologi kaunselingnya En Rajan memang tip top. Umpama saya penceramah seminar besar dilayannya siap ada breakfast, sesi perkenalan yang formal dan siap ada sijil lagi dan cenderamata dan token. 
Sesi konsultasi berjalan lancar dan seronok tgk ibu bapa yg menemani anak anak pun faham untuk halatuju anak anak yg seterusnya.
Officially sijil berhenti
From Kulim with no regret







27 March 2019

Membugar Guru Cemerlang



Terima kasih CEO jenama Canggih kerana 
menyumbang beg laptop ini




Dialog bersama guru cemerlang JUSA C iaitu Puan Maisarah guru cemerlang Sejarah sangat inspirasikan saya. Recharge motivasi kerja dan semangat untuk berada di track ini dengan budaya kerja cemerlang. 

Mengapa beban tugas GC banyak?
Kerana GC orang kepercayaan sekolah, bagaimana GC membawa diri dan membawa budaya kerja yang cemerlang memang menjadi kepercayaan kepada orang lain. 

Yg menariknya tentang perjawatan guru cemerlang boleh mencecah ke JUSA C satu laluan yang tiada pada guru lantikan time based atau TBBK.  Berangan itu percuma maka saya tanamkanlah tekad untuk capai gred itu sebelum bersara. :) 

Inovasi perlu konsisten ada saja setiap tahun dan yang penting pembentangan mesti ada. Gunakan peluang sekali sekala terlibat dengan program antarabangsa ke luar negeri untuk bertukar pandangan. 

Semakin tinggi gred guru cemerlang maka semakin dia perlu membantu tugas pentadbiran. 

Semakin tinggi gred, semakin ramai yang perlu dibantu untuk tugas coaching. 

Terima kasih atas ingatan dan motivasi


Kajang-Klang-Kajang-Bangi
Hectic long hours travel
I need  peaceful day to break




GC adalah adiwira dan perlu sentiasa
mempunyai inovasi