28 March 2019

Konsultasi Halatuju Murid Selepas SPM




Menerima panggilan telefon sblm cuti sekolah dari IPG Ilmu Khas yg meminta bantuan untuk konsultasi kepada anak anak staf IPG yg inginkan bantuan bagaimana hala tuju selepas SPM.
Memandangkan kaunselor IPG sudah tidak berurusan dgn murid sekolah , jadi mereka bimbang jika tersalah memberikan maklumat, maklumlah sudah lama meninggalkan alam perguruan di sekolah.
Dengan senang hati saya menerimanya maklumlah tidak balik ke kampung jadi apa salahnya singgah ke IPG untuk membantu. Hari Khamis pukul 8.30 pagi, saya tiba di IPG dengan setting minda sesi konsultasi bersantai umpama srperti murid murid saya. Saya santai konsultasi bersama mereka tetapi layanan ketua unit psikologi kaunselingnya En Rajan memang tip top. Umpama saya penceramah seminar besar dilayannya siap ada breakfast, sesi perkenalan yang formal dan siap ada sijil lagi dan cenderamata dan token. 
Sesi konsultasi berjalan lancar dan seronok tgk ibu bapa yg menemani anak anak pun faham untuk halatuju anak anak yg seterusnya.
Officially sijil berhenti
From Kulim with no regret







 

Telegram Channel