Terima kasih CEO jenama Canggih kerana
menyumbang beg laptop ini
Dialog bersama guru cemerlang JUSA C iaitu Puan Maisarah guru cemerlang Sejarah sangat inspirasikan saya. Recharge motivasi kerja dan semangat untuk berada di track ini dengan budaya kerja cemerlang.
Mengapa beban tugas GC banyak?
Kerana GC orang kepercayaan sekolah, bagaimana GC membawa diri dan membawa budaya kerja yang cemerlang memang menjadi kepercayaan kepada orang lain.
Yg menariknya tentang perjawatan guru cemerlang boleh mencecah ke JUSA C satu laluan yang tiada pada guru lantikan time based atau TBBK. Berangan itu percuma maka saya tanamkanlah tekad untuk capai gred itu sebelum bersara. :)
Inovasi perlu konsisten ada saja setiap tahun dan yang penting pembentangan mesti ada. Gunakan peluang sekali sekala terlibat dengan program antarabangsa ke luar negeri untuk bertukar pandangan.
Semakin tinggi gred guru cemerlang maka semakin dia perlu membantu tugas pentadbiran.
Semakin tinggi gred, semakin ramai yang perlu dibantu untuk tugas coaching.
Terima kasih atas ingatan dan motivasi
Kajang-Klang-Kajang-Bangi
Hectic long hours travel
I need peaceful day to break
GC adalah adiwira dan perlu sentiasa
mempunyai inovasi