Pagi ini pelancaran Minggu PPDa sekolah. Memandangkan setiausaha PPDa cuti bersalin, maka setiausaha 2018 ambil alih dulu dan naib setiausaha adalah guru baru posting tak sampai sebulan rasanya dan tiba-tiba setiausaha pengganti pula cuti sakit, saya jadi bidan terjun sekejap take over bantu mana yang patut.
Pujian patut diberikan kepada guru baru posting bersama barisan kawan-kawannya yang membantu iaitu guru-guru praktikal bersama idea belon-belon yang mempunyai nama -nama dadah untuk gimiknya perlu diletupkan tanda benci dengan menggunakan tukul oleh pengetua dan polis perhubungan.
Bacaan ikrar yang diketuai oleh pengerusi PRS sekolah dan diikuti oleh pemimpin peminpin murid dan semua warga sekolah membaca ikrar anti dadah.
Persembahan puisi oleh murid kelas muzik yang sangat menarik.
Pelbagai aktiviti dirancang dalam minggu PPDa ini seperti kuiz VLE Frog, ceramah, pameran dan bacaan 5 minit anti dadah.
Take care Kak Raudzah
Semoga cepat sembuh
Ucapan perasmian
Gimik belon yang diletakkan dengan perkataan seperti dadah,inhalan,
jenis-jenis dadah dan pengetua dan polis akan mengetuk menggunakan
tukul agar belon belon tersebut pecah
Bersama barisan pentadbir
Pengacara majlis
Bacaan doa
Bacaan ikrar oleh ketua-ketua pemimpin murid