24 March 2019

Kursus PRS Tahap Bongsu 2019







Kursus PRS Tahap Bongsu 2019 diadakan semalam dengan 26 peserta. 
Guru guru kaunseling mengendalikannya. 

Antara aktivitinya ialah saya mengendalikan sesi mengenalkan diri dan konsep kendiri. Selepas mereka menperkenalkan diri,mereka dikehendaki untuk menyebut semula nama nama rakan mereka.Kemudian berkenalan dgn ahli yg sama bulan kelahiran dgn menyatakan tempat tinggal pula. 


 Seterusnya, saya menjalankan aktiviti konsep kendiri. Peserta diterangkan kelemahan dan kelebihan diri yg membentuk konsep kendiri murid. Peserta menerangkan kepada rakan-rakan dalam kumpulan mengenau kelebihan dan kelemahan mereka kpd kwn kwn.  Selepas itu,murid diuji dengan aktiviti kepekaan. 
Peserta dikehendaki berada dengan pasangan mereka dan memilih nombor. Saya akan menyebut nombor dan pasangan yang nombornya telah disebut dikehendaki mengangkat pasangannya.

 Slot seterusnya oleh Cikgu Raudzah menjalankan aktiviti asas komunikasi. Peserta dikehendaki berada dalam kumpulan dan melantik seorang ketua kumpulan. Selepas itu,ketua kumpulan dipanggil ke hadapan untuk diberi arahan oleh cikgu Raudzah. Ketua kumpulan memberi arahan kepada kumpulannya untuk membincang tajuk yang dapat memberi pengajaran. Setelah selesai berbincang,ketua kumpulan dikehendaki datang ke hadapan untuk berlakon,membentang atau bercerita tentang tajuk yang mereka telah ditugaskan. 

Seterusnya, cikgu Raudzah mengadakan aktiviti salasilah keluarga. Peserta dikehendaki untuk menulis salasilah keluarga mereka di atas kertas. Setelah selesai menulis salasilah keluarga,peserta dikehendaki menceritakan tentang salasilah keluarga mereka kepada rakan di hadapan.

Cikgu Rozi pula  menjalankan aktiviti persepsi rakan karib anda. Peserta dikehendaki berada di sebelah dengan pasangan mereka dan menulis persepsi terhadap rakannya. Setelah mereka selesai menulis persepsi terhadap rakan ,mereka hendaklah menampal di belakang rakannya. Rakannya tidak dibenarkan melihat apa yang ditulis oleh pasangannya itu.

 Akhir sekali, sesi fotografi. Setelah selesai sesi fotografi,peserta dibenarkan untuk bersurai.

Happy weekend
Congrats Aunty Mimi
Anak menantu baru
Sungai Petani































 

Telegram Channel