25 March 2019

Persidangan Majlis Guru Cemerlang Malaysia 2019





3 hari di cuti sekolah dan saya menghadiri Seminar Transformasi Pendidikan Era Digital nun jauh di Kompleks Rakan Muda Klang Selangor. Berada dalam kalangan guru guru cemerlang seluruh Malaysia 0memamg auranya lain sekali. Tiada keluhan kerana berseminar cuti sekolah dan tiada yang membawang hal hal yang negatif. Lebih terbuka bercerita projek atau program pembangunan.
Saya suka post hari ini mengenai  sewaktu ucapan perasmian tentang 3 perkara yang diamanatkan oleh Menteri Pendidikan yang disampaikan hasrat itu dengan jelas oleh perasmi iaitu Timbalan Pengarah Selangor iaitu
1) pendidikan berkaitan nilai
Guru cemerlang melahirkan roh dan penghayatan kpd rakan di sekolah dan sayang pada sekolah tersebut. Guru memberikan kasih sayang dan memahami jiwa murid

2) ketinggian kualiti
Kualiti hadir bersama usaha dengan komitmen semua pihak terutama diri. Pendidikan untuk semua tanggungjawab bersama. Berusaha menambah ilmu sesuai dengan perkembangan terbaru. Ilmu berterusan dicari untuk kecemerlangan diri. Peranan guru cemerlang untuk dilaksanakan sbg negotiation dan konsultasi.Kompetensi guru berkaitan dengan perkembangan pendidikan skrg. Menggunakan kaedah baru dgn ilmu untuk penghayatan dan kemahiran  

3) punca kuasa atau atonomi pada sekolah

Slot ceramah kedua berkaitan PLC dan taklimat ketiga mengenai halatuju guru cemerlang dan urusan pemangkuan. Wah..fast lane Guru Cemerlang untuk mohon JUSA C. Banyak kuota untuk guru cemerlang tetapi byk yg belum diisi. Memandangkan penilaian adalah bagi yang layak untuk menjaga kualiti guru cemerlang, maka jika tidak layak kuota itu tidak diisi juga. Yang penting isi borang ye cikgu cikgu barulah boleh dinilai. Jika layak bonus..jika tidak layak kita boleh tengok penambahbaikannya di mana. 

Thanks Kak Latipah
Kajang-Klang-Kajang
















 

Telegram Channel