5 May 2019

Jemputan Penyertaan Persidangan Guru Malaysia Peringkat Kebangsaan




Hasil dari mesyuarat kedua persidangan guru peringkat kebangsaan yang akan di Kolej Antarabangsa YPC, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2019 nanti. Mesyuarat dan lawatan tapak pada hari Khamis lepas dan AJK menyambut sambutan hari guru dgn acara memotong kek dan jamuan makan kek sebelum mesyuarat bermula. Kami sempat juga meraikan mantan setiausaha kami Fadzlina yg kini bercuti sakit dan menyerahkan sumbangan dari ahli Majlis Guru Cemerlang WPKL kepadanya.


Persidangan ini terbuka kepada semua pendidik. Jika berminat menjadi peserta pun boleh, pembentang kertas kerja pun boleh dan pempamer pun boleh dengan bayaran RM 100 sebagai pempamer, RM 100 sebagai pembentang dan peserta dikenakan RM80 sahaja. Terdapat pembentangan selari di tiga buah bilik yang akan dibentangkan dari pelbagai kepakaran subjek. Oleh itu jika ada penyertaan dari guru guru yg berhasrat untuk menjadi pembentang juga, penyertaan masih terbuka untuk melengkapkan bilangan pembentang lagi. Sijil akan diberikan khas atas nama pembentang. Begitu juga dengan pempamer, hanya seorang sahaja yg akan dicetak namanya di atas sijil penyertaan sebagai pempamer.
Yuran merangkumi makanan dan sijil penyertaan. Kolej ini berdekatan dgn Hotel Maluri untuk kemudahan penginapan dan mempunyai parking yg luas. Stesen MRT dan LRT juga berhampiran dgn jarak berjalan kaki sahaja.
Jom beramai ramai tempah penyertaan anda.

Weekend 
Hi tea with sisters
PraRamadhan :)










2 comments

Assalamualaikum cg.. mntak maaf.. sy nk ttnye psal matriks.. klu kite dh dftar matriks, pstu nk kluar sbb dpt tawaran lain bleh ke? Klu bleh kne byr ke?

Waalaikummussalam
Jika anda mendapat tempat seperti asasi, IPG atau tawaran ke luar negeri anda boleh memohon untuk mendapatkan wang yang telah dibayar walaupun tidak sepenuhnya. Namun jika anda tanpa sebab munasabah untuk keluar dan memilih tempat belajar yang selain di atas seperti diploma atau sijil maka wang pendaftaarn tidak dipulangkan

 

Telegram Channel