Bulan puasa pun masih lagi kami meneruskan aktiviti Ziarah Cakna murid -murid SPM yang on off hadir ke sekolah padahal markah oral dan lisan akan dihantar pada minggu hadapan. Saya kongsikan antara modul menangani keciciran di sekolah saya. Bahagian bab pelan intervensi keibubapaan yang dijalankan di sekolah saya dan dimuatkan dalam modul pada tahun 2016. Pada tahun 2017 modul yang mempunyai 6 bahagian ini memenangi Pingat Perak Inovasi Modul Kaunseling Peringkat Kebangsaan dan tahun ini saya telah ISBN untuk hak cipta dan mendapat Pingat Emas Inovasi Modul Kaunseling Peringkat Antarabangsa anjuran PERKAMA.
PELAN
INTERVENSI IBU BAPA MURID BERISIKO KECICIRAN
ZOOM IN IBU BAPA
Matlamat
: Mendapatkan maklumat dari ibu bapa
mengenai punca murid
tidak hadir ke sekolah dan seterusnya menjalinkan kerjasama dengan
ibu bapa untuk membantu menangani permasalahan murid.
Strategi :
Konsultasi keibu bapaan bersemuka, telefon dan lawatan ke rumah
Objektif :
Agar
dapat mengenal pasti kerjasama bersama
ibu bapa bagi murid yang menyumbang kepada peratus kehadiran ke sekolah yang
rendah untuk diambil tindakan segera.
PELAN
INTERVENSI KONSULTASI KEIBUBAPAAN
BIL
|
PROSES
KERJA
|
TANGGUNGJAWAB
|
SASARAN
|
1
|
Mesyuarat
Jawatankuasa
|
PK
HEM
Guru
Kelas
Semua
guru kaunseling
|
AJK
|
2
|
Mengenalpasti
ibu bapa murid yang terlibat melalui buku kehadiran murid atau data
|
Guru
Kelas
Guru
Mentor
|
Ibu
bapa murid berisiko
|
3
|
Konsultasi
ibu bapa bersemuka
di
sekolah
|
Guru
Kaunseling
|
Ibu
bapa yang dapat dihubungi
|
4
|
Talian
Kasih bagi ibu bapa
iaitu
menghubungi ibu bapa melalui telefon
Cakna iaitu projek lawatan ke rumah
|
Guru
Kaunseling
|
Ibu
bapa dihubungi dengan telefon, perbincangan di sekolah dan lawatan ke rumah
|
AKTIVITI KONSULTASI KEIBUBAPAAN:
1) MEMBINA HUBUNGAN DAN KONTRAK
Peringkat membina hubungan dan penstrukturan
dijalankan.
Penstrukturan mengenai prosedur dan etika dalam
sesi kaunseling dan menjelaskan peranan ibu bapa untuk modul ini dan
tanggungjawab masing – masing.
Etika kerahsiaan dan bantuan dari guru kaunseling
untuk mendapatkan kerjasama ibu bapa
Peringkat mengenalpasti masalah
OBJEKTIF
1) Guru kaunseling dapat mengenal pasti
latar belakang keluarga
2) Guru kaunseling dapat menimbulkan
suasana rapport dengan ibu bapa agar
mendapat kerjasama sebagai satu
sistem sokongan ke arah tingkah laku positif
anak
LANGKAH – LANGKAH
1) Berkenalan dengan ibu bapa. Mengambil
maklumat biodata ibu bapa
2) Mengedarkan surat akujanji ibu bapa untuk memantau disiplin
anak
Rumusan
Melalui
sesi ini , ibu bapa dapat bekerjasama untuk memaklumkan mengenai pergerakan
anak dan tingkah laku anak yang boleh dibantu oleh guru kaunseling. Ibu bapa
juga perlu dilibatkan dalam kontrak agar dapat bertanggungjawab terhadap
pergerakan anak jika tidak ke sekolah.
2) AKTIVITI TALIAN KASIH DAN CAKNA
Talian
Kasih ialah aktiviti menghubungi ibu bapa melalui panggilan telefon untuk
berbincang mengenai masalah anak. Guru kaunseling boleh juga menjemput ibu bapa
berbincang di sekolah. Jika tidak dapat menghubungi ibu
bapa melalui panggilan telefon, maka aktiviti lawatan akan dijalankan ke rumah
berdasarkan kepada alamat yang tertera sewaktu murid mendaftar masuk ke
sekolah.
Objektif : Ibu bapa dapat dihubungi untuk
berbincang masalah anak dan mengambil tindakan susulan oleh pihak sekolah
Langkah – langkah:
1) Perbincangan
dengan guru kelas mengenai murid yang ponteng atau tidak
hadir ke sekolah kerana alasan yang meragukan.
2) Guru
kelas akan menghubungi ibu bapa untuk mengetahui status ketidakhadiran anak dan meminta ibu
bapa untuk hadir ke sekolah untuk perbincangan dengan guru kaunseling.
3) Jika
guru kelas tidak dapat menghubungi ibu bapa, maka guru kaunseling akan membuat lawatan
ke rumah dan membuat laporan hasil perbincangan dengan ibu bapa. Tindakan
susulan akan diambil.
4) Bagi murid ponteng tegar amaran ketiga,
maka ibu bapa akan diberikan taklimat
dan akurjanji ibu bapa memahami mengenai akibat jika anak masih lagi
melanggar peraturan sekolah.
Rumusan :
Melalui
aktiviti Talian Kasih dan Ziarah Cakna ia menunjukkan bahawa
pihak sekolah akan bertindak sehingga ke rumah murid bagi mengesan murid
berpotensi keciciran sekolah. Ini kerana ada kes surat amaran yang dihantar
tidak diterima ibu bapa kerana murid sendiri yang mengambil surat dari peti
surat dan menyembunyikannya atau bertukar alamat tanpa memaklumkan kepada guru,
dan ada nombor telefon yang tidak dikemaskini dan menyulitkan menghubungi ibu
bapa. Aktiviti ini menyedarkan murid betapa serius pihak sekolah mengambil
tindakan dan dengan sendirinya murid yang tidak mahu melibatkan ibu bapa, akan
cuba hadir ke sekolah dan mengurangkan tingkah laku ponteng berterusan atau tidak ponteng ke sekolah lagi.
Objektif
1) Ibu bapa dapat memantau pergerakan dan disiplin anak di sekolah
2) Anak mengetahui bahawa pergerakan mereka dapat diketahui oleh ibu bapa
3) RUJUKAN KE AGENSI
YANG BERKAITAN
Guru
kaunseling perlu merujuk kes – kes masalah keluarga jika berkaitan dengan kes murid keciciran jika murid
adalah dalam kategori fakir miskin, kes penderaan
atau kes pengabaian. Jika berkaitan dengan masalah kewangan, murid akan dirujuk ke Unit Kebajikan Sekolah untuk dibantu manakala
jika berkaitan dengan kes pengabaian,
maka perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan
yang lain.
OBJEKTIF
1)
Merujuk kes murid bagi melindungi murid
ke tempat perlindungan yang lebih sesuai.
2)
Memberikan kepercayaan kepada ibu bapa bahawa kepentingan murid sebagai kanak-kanak yang mempunyai
hak mereka sendiri untuk dilindungi.
LANGKAH – LANGKAH
1) Mengenal pasti masalah murid yang
berisiko tinggi keciciran dari latar belakang
keluarga
2) Mengenal
pasti agensi yang perlu dirujuk untuk membantu murid berisiko tinggi keciciran
Senarai agensi luar yang
boleh dihubungi:
a) Jabatan Kebajikan Masyarakat
b) Polis Di Raja Malaysia
c) Pusat Pemulihan Akhlak
d) Pusat Perlindungan NGO mengikut agama murid
e) Majlis Agama Islam
RUMUSAN
Melalui
pengetahuan guru kaunseling mengenai agensi yang perlu dirujuk, maka guru
kaunseling dapat membantu isu kekeluargaan untuk ditangani oleh pihak lain yang
lebih profesional.