Total Pageviews

23 June 2019

Majlis Perpisahan Cikgu Raudzah Binti A.Rahman



Minggu lepas dari hari Jumaat 21 Jun 2019, kami mengadakan pot luck jamuan perpisahan  Cikgu Raudzah di bilik kaunseling bersama ahli PRS pada pukul 12.30 tengah hari hingga 3 petang.  Jamuan dimulakan dengan aduan Pengerusi PRS dan diakhiri dengan ucapan dari Cikgu Raudzah sendiri.


Jamuan bersambung dengan pot luck guru -guru petang untuk meraikan Raudzah yang juga guru kaunseling sesi petang selama 5 tahun di SMK Cheras. Acara memotong kek selamat maju jaya dari saya dan Rozinani untuk Kak Raudzah . 

Keesokan harinya, majlis perpisahan guru -guru yang bertukar iaitu Pn Norliza Borhan , Ustaz Nasrun, Kak Raudzah, Cik Aizza (staf makmal) dan Linda (staf makmal) diraikan oleh Kelab Guru SMK Cheras . Majlis bermula seawal pukul 8.30 pagi kerana keadaaan hujan yang lebat dan tempat berucap ditukarkan ke dewan. 

Sebak dengar Kak Raudzah berucap dan lagi sebak majlis penyampaian hadiah sesi berpelukan dan bersalaman, Semoga ada rezeki kita jumpa lagi.

Habislah orang kuat saya dalam bidang teknologi maklumat, terutama Excell dan menyelenggara komputer  huhu semoga rakan sekerja yang baru menggatikan Cikgu Raudzah dapat semahir seperti Cikgu Raudzah. Jika tiada, saya kena memahirkan diri saya dengan menghadiri kursus dan bengkel. 

Sengaja memilih jam tangan untuk hadiah kenangannya kerana Rozi terdengar Kak Raudzah mengeluh jam tangannya rosak. Maka dapatlah satu jam tangan berkulit merah dari kami. Hug untuk akak dan flying kiss bila berjauhan :}

Rendang ayam pencen
Alhamdulillah everyone favourite
Alam Damai, Cheras.












































No comments: