29 June 2019

RIMUP Hari Raya SMK Cheras 2019






Assalammualaikum dan masih mood raya maka saya ingin berkongsi suasana RIMUP Raya di sekolah saya  untuk tatapan pembaca blog saya. 
Saya kongsikan juga link video hasil kreativiti Cikgu Rahimi https://www.facebook.com/215788551958994/posts/1022758454595329?s=1650346288&v=e&sfns=mo
Selamat menonton. 

Tahun ini sederhana tapi meriah. ini kerana sambutan raya serentak dgn tarikh dialog prestasi dan kami ingin meminimumkan beban tugas AJK yg perlu mengendalikan kelas pula selepas itu. Maka tiada khemah khemah didirikan sebaliknya badan beruniform menghias booth booth gerai jualan di kantin yg ditagging mewakili 9 badan beruniform. 

Tahniah kpd pasukan Pandu Puteri johan booth terbaik, diikuti Pasukan Silat tempat kedua dan tempat ketiga ialah Puteri Islam. 

Aneka juadah disediakan sendiri oleh guru penasihat hasil ukhwah dan perbincangan bersama. Ada juga mengambil tempahan dari kantin. 

Persembahan dari setiap badan beruniform juga tidak dapat disediakan kerana memakan masa yg agak panjang padahal program RIMUP ini hanya berjalan selama sejam setengah sahaja. Tetapi kami membuka keahlian untuk sesiapa sahaja yg berminat menyanyi atau melakukan aktiviti persembahan untuk turut beraksi. 

Terima kasih kpd PIBG dan KSIB yang turun padang. Terima kasih Aiman atas kesudian bapanya membuka booth bergambar untuk kami berfoto dan mengambil gambar dgn kamera profesionalnya. 

Thanks for coming Adik
Happy birthday ayah
Semoga sihat hendaknya













































 

Telegram Channel