24 August 2019

Kelab Kerjaya 7/2019: Transformasi Alam Sekitar









Sempena bulan kemerdekaan aktiviti kelab dan persatuan hari ini ialah berkaitan dgn Jalur Gemilang. Pertandingan menggunakan bahan kitar semula iaitu botol plastik untuk transformasikan menjadi bahan inovasi yg lain anjuran JK Kemerdekaan.
Dah alang alang AJK menyediakan laporan saya minta copy paste dlm blog saya sahaja :) Sila baca inovasi kami.
Pada hari Rabu bersamaan 21 Ogos 2019, telah diadakan Pertandingan Transformasi Alam Sekitar sempena bulan kemerdekaan. Semua kelab persatuan dikehendaki untuk menyertai pertandingan ini. Bahan yang digunakan dalam pertandingan ini ialah botol terpakai dan surat khabar. Semua kelab persatuan juga telah diberikan 4 spray berwarna iaitu merah, kuning, biru dan putih. Antara peraturan dalam pertandingan ini ialah ahli perserta perlu membina satu inovasi daripada bahan terpakai dan mewarnakan inovasi tersebut menggunakan penyembur yang diberi. Pertandingan ini berlangsung dari jam 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Terdapat beberapa kelab persatuan bergabung dengan kelab lain dalam menyertai pertandingan ini. Contohnya, Kelab Kerjaya telah bergabung dengan kelab Katering, kelab Pendidikam Islam dan juga kelab Pengguna dalam menjayakan pertandingan ini. Inovasi yang telah dilakukan oleh kelab2 tersebut ialah menghasilkan sebuah lampu daripada bahan2 terpakai. Perkara-perkara yang dilakukan dalam menghasilkan sebuah lampu ini ialah kesemua tapak2 botol dipotong dalam lingkungan ketinggian 3 cm. Kemudian tapak2 tersebut dicantum menggunakan stapler. Selepas mencantumkan tapak2 tersebut, tapak2 itu dilengkungkan sehingga separa bulatan. Langkah kedua, botol besar dilekatkan secara menegak di atas kotak. Peranan botol besar itu adalah sebagai tiang untuk lampu tersebut manakala kotak itu sebagai tapak tiang itu. Langkah ketiga, beberapa surat khabar dironyokkan sehingga sebuah sfera yang besar. Langkah ini dilakukan bertujuan sebagai sokongan untuk meletakkan tapak2 botol itu di atasnya.




















 

Telegram Channel