28 August 2019

Slaid Penarafan Minda Sihat PROAKTIF





Salam Kota Kinabalu :)

Jika smlm slot saya berkaitan dgn kaunseling berfokus berimpak dan pada waktu malamnya saya berpeluang meloloskan diri ke medan selera seafood dibawa oleh mantan guru praktikal kaunseling di sekolah saya dahulu iaitu Nadiatul Farhana dan Ruby yg menyambung pelajarab ke SPADA di UMS.. 

Hari ini bimbingan mengendalikan program Minda Sihat di sekolah kepada guru guru bimbingan dan kaunseling daerah Kota Kinabalu, Sabah. 
Saya kongsikan Minda Sihat Proaktif merupakan satu penarafan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk sekolah rendah dan menengah. Saya kongsikan bagaimana program Minda Sihat boleh dijalankan dan apa keperluan yang ada dalam Minda Sihat tersebut.
Pendekatan pencegahan,
Pendekatan perkembangan
Pendekatan Pemulihan
Pendekatan Krisis
Pendekatan ini merupakan cara mendekati murid murid yg dikesan memperolehi teruk dan sangat teruk untuk saringan DASS. 

Di dalam blog saya juga ada kertas kerja program intervensi dijalankan dan rancangan tahunan dan takwim UBK jugs ada program kesihatan mental ini dinyatakan. Ini jelas menunjukkan bagaimana program Minda Sihat dijalankan dgn terancang di sekolah saya.

Dalam sesi soal jawab saya berkongsi bagaimana kami guru guru kaunseling mengendalikan kes histeria dan mematuhi SOP agar win win untuk mangsa dan pihak sekolah.  Boleh rujuk SOP dalam blog saya yg pernah saya muat naik sebelum.ini. 

Ada yg bertanya jika ada murid yg membunuh diri tetapi tiada langsung simptom dari murid tersebut dan semua rakam, guru dan ibu bapa sendiri mengaku tiada simptom ditunjukkan. Saya kongsikan bagaimana pentingnya perancangan UBK untuk pencegahan masalah mental . Iaitu ada eviden yg menunjukkan promosi kesihatan mental di sekolah, taklimat teknik menangani stres di perhimpunan sekolah atau ada poster poster kesihatan mental di sekolah dan disebarkan kpd murid. Sekurang kurangnya kita sudah membuat pencegahan awal. 

Saya menerangkan bahawa promosi Minda Sihat juga perlu dibuat di sekolah rendah cuma saringan Minda Sihat tidak dijalankan di sekolah rendah. 



Alhamdulillah 
Thank you MGKKK 

























 

Telegram Channel