Total Pageviews

25 September 2019

Bengkel Perancangan Strategik Kesihatan Mental, KPM


Hari ini 3 guru kaunseling berpecah 3 tempat. Saya di sini, Rozi di sekolah menyambut kehadiran tetamu guru kaunseling dari negeri Perak. Manakala Azlina menguruskan murid-murid ke seminar motivasi. Mujur juga ada guru kaunseling praktikal yg dapat membantu Rozinani di sekolah. 

Saya terlibat dgn bengkel menyediakan pelan strategik kesihatan mental bersama pegawai KPM, pegawai JPN, doktor psikiatris, kaunselor klinikal, pensyarah universiti , doktor kesihatan dan guru kaunseling. 

Ada 5 isu yg disenaraikan dan saya bersama Dr Haniza pensyarah UIA yg saya minat dari dulu kerana kami pernah beberapa kali bersama dalam bengkel. bidang Kepakarannya kesihatan mental dan juga dalam kes berkaitan kesedihan yg meratapi. Kali ini kami bersama dalam team Intervensi Gaya Daya Tindak dan Resilience membincangkan pelan strategik. 
Beliau lead kumpulan kami bagaimana persoalan persoalan dipecahkan kpd beberapa intervensi. Nampak mmg seorang pensyarah yg energetic.

Di sebelah petang pula berkesempatan satu meja dgn Dr Nirashikin org kuat progran Minda Sihat KKM yg pernah ke sekolah saya 


Tesco Kajang
Dinner with sleepy eyes



























No comments: