5 September 2019

Pengajaran Dan Pembelajaran Topik Integriti




Salam semua
Topik relief kelas saya bagi Ogos dan September ialah integriti.
Apakah integriti?
Sesi soal jawab dgn murid. Ada yg kata sekolah integriti, ada yang kata jahat, ada yang kata tanggungjawab, ada kata banyak kali dengar tapi tak tau apa dan kenapa?
Lalu saya terangkan maksud integriti dgn bahasa yang mudah adalah tingkah laku yang mengikut norma dan nilai nilai hidup yg baik. Jika bertingkah laku yg tidak mengikut prinsip dan peraturan mengikut nilai yang baik, anda dikatakan tiada integriti. Orang yg berintegriti sentiasa mengamalkan sikap positif, berbuat baik tanpa mengharapkan pujian malahan bertingkah laku yang baik sentiasa walaupun ada perlakuan yang tidak dilihat orang.
Wah barulah murid boleh menyebut dengan baik apakah itu integriti dan apakah contoh integiriti
Menepati janji, mendengar kata, amanah, bertanggungjawab dan macam macam lagi yg keluar.
Dah faham saya minta mereka membuat kumpulan dgn ahli antara 4 hingga 5 orang. Saya bagi tugasan perbincangan dalam kumpulan.
Peranan anak yang berintegriti
Peranan ketua kelas yg berintegriti
Peranan kawan yg berintegriti
Peranan pengawas yg berintegriti
Peranan AJK Kokurikulum yg berintegriti dan macam macam tajuk lagi.
Murid berbincang dlm kumpulan dan menyenaraikan apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menghalang diri dari berperanan sebagai orang yg tidak berintegriti. Ini bagi membantu mereka berfikir dan mengenal pasti apakah tingkah laku yang tidak berintegriti dan langkah langkah mencegah dari melakukan tingkah laku tersebut.

4 hours meeting
I need french fries McD :) 









 

Telegram Channel