8 September 2019

Pingat Emas Antarabangsa: Buku Kaunseling Berfokus Kesihatan Mental Murid







Hari kedua simposium di mana Simposium yang terdiri dari peserta peserta Brunei, Malaysia , Filifina ini berfokuskan mengenai kesihatan mental dan intervensi di empat buah negara iaitu Filifina, Singapura, Indonesia dan Malaysia. Muka warga Brunei macam rupa orang dari negara Malaysia juga cuma apabila mereka bercakap ternyata orang Brunei kerana bercakap dalam slang BI dan BM. Satu pengalaman baru bagi saya. Di dalam simposium ini terdapat pertandingan inovasi dan kami menyertainya. Terima kasih PEKA Brunei dan PEKA Malaysia di atas penganjuran ini.

Pencapaian ini merupakan pingat emas kedua peringkat antarabangsa kami hadiahkan untuk sekolah untuk tahun 2019.  Tunggu tahun hadapan pula. Inovasi kami kali ini mengenai kaunseling berfokus murid kesihatan mental. Apabila menyediakan bahan untuk kaunseling berfokus psikososial kesihaan mental untuk penarafan kaunseling, saya mendapat idea untuk menjalankan inovasi bagi kesihatan mental memandangkan kami sudah menjalankan projek ini dari tahun 2012 lagi maka impak dari intervensi adalah tinggi. Apa yang saya buat?
Saya menerbitkan buku panduan intervensi kesihatan mental untuk guru kaunseling sekolah menggunakan empat pendekatan iaitu pencegahan, perkembangan, pemulihan malahan krisis dengan intervensi sebenar yang dijalankan di sekolah. Menggunakan kekuatan kajian tindakan pra post intervensi, kajian kes murid keciciran sekolah dan penulisan jurnal mengenai intervensi kesihatan mental yang digunakan untuk menangani murid ponteng sekolah. Data -data ditunjukkan dan bonus saya selaku fasilitator dan rujukan untuk kes menangani kesihatan mental murid di KL kerana kolaborasi dengan Klinik Kesihatan sejak tahun 2012 hingga kini.

KPI kami untuk tahun ini tercapai dengan pencapaian dalam inovasi dan lepas ini nak rehat dari pertandingan inovasi guru. Tunggu tahun hadapan pula. Manakala projek inovasi murid ada satu yang masih dalam proses untuk dipertandingkan pada akhir Sept ini.
Ya...hectic month dan peluang ke negara orang adalah satu coping skill juga...jalan jalan dan makan-makan sambil menimba ilmu :)

Kebetulan pula tajuk tajuk  pembentangan simpsium ini pada kali ini berkisar mengenai kesihatan mental murid.  Maka nampaknya menambat juri dari Singapura dan Brunei kerana pakar dengan tajuk ini iaitu Buku PROFOUND Kaunseling Berfokus Kesihatan Mental Murid.

Alhamdulillah terima kasih kepada penaja sebahagian yuran kami ke pertandingan ini dan simposium ini oleh Majlis Guru Kaunseling WPKL dan Kuala Lumpur Counselling Association. Kami sangat menghargainya.


pingat emas is a must!
2nd place is unpredictable :)








































  











































 

Telegram Channel