7 September 2019

Edu Tech And Counselling Psychotherapy Innovation Int Symposium 2019




Hari ini bermula program
Educational Technology And Counseling Psychotherapy Innovation International  Symposium dan Education And Social Well Being Initiatives Meet The Challanges Of The Industrial Revolution 4.0 yang dijalankan di Brunei. Dianjurkan oleh PEKA Brunei dan pengurusan pertandingan inovasi diuruskan oleh PEKA Malaysia. Saya, Rozi dan Kak Raudzah tiba dari semalam. Kami mendaftar dari bulan April 2019 lagi untuk program ini dan sebab itu apabila Kak Raudzah bertukar ke sekolah lain di negeri Selangor tahun ini, Kak Raudzah masih tetap join program ini. Kami bertiga merupakan ahli seumur hidup untuk PEKA Malaysia sejak dua tahun lepas.

Bahasa Orang Brunei ini macam org Sabah plus Sarawak. Macam mana tu? Sebab tu susah nak faham hihi. Sebab tu mereka guna Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bila bercakap. 

Tentatif hari ini:
Perasmian  Dan Pembukaan Simposium 
Bacaan Al Quran beserta terjemahan. Sejuk hati tgk perasmian yg simple sahaja tetapi bermakna. Imam masjid membacakan Al Quran pembukaan majlis perasmian untuk keberkatan dan disusuli dgn terjemahannya oleh urusetia yang lain. 

Kata-kata Aluan
Ucaputama Khas Oleh Menteri Kesihatan Negara Brunei. 

Pelancaran Video aktiviti PEKA Malaysia dan PEKA Brunei. 

Penyampaian Cenderahati Kepada Pembentang Kertas Kerja

Bacaan Doa 

Ada sesi lawatan Menteri Kesihatan ke booth inovasi setiap peserta yg menyertai pertandingan inovasi. Kesempatan yang ada saya menerangkan mengenai program intervensi kesihatan mental yang dijalankan di sekolah. 

Kertas Kerja 2: Cikgu Ali Yusri B Abd Ghaffor iaitu Tugasan Kaunselor Menangani Anak Dan Keluarga Istimewa

Pembentangan Oleh En Saffuan Setiausaha PEKA Malaysia mengenai Depression

Kertas Kerja 2 : Dr Ifdil Dahlani
Terapi Satu Pendekatan Holistik Rawatan Pemulihan Kesejahteraan Psikologi

Malam kami dibawa makan malam di sebuah rumah guru kaunseling Brunei yg bertugas di seminar ini. Semoga murah rezeki puan..

Umbut pisang dan rebung Brunei :) 
Happy tummy 


















































 

Telegram Channel