19 November 2019

Bengkel Pengucapan Awam Pemimpin Murid Anjuran DBP




Alhamdulillah rezeki bila DBP offer Bengkel Pengucapan Awam yang dijalankan di Dewan Bahasa Dan Pustaka 2019 dan disertai oleh 4 buah sekolah iaitu SM Agama WPKL . SM Sains Selangor, SMK Seri Tasik dan SMK Cheras. 

Bengkel untuk pemimpin sekolah yang terdiri dari pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, PRS, AJK Koperasi dan AJK Badan Dakwah Sekolah. Hampir kesemuanya ditaja iaitu makanan, tempat seminar dan jurulatih. Malahan sijil dan doorgift juga diperolehi oleh peserta. 

Mengasah skill komunikasi dan murid -murid perlu bercakap dan mengeluarkan idea dan suara. 
Antara aktiviti yang menarik ialah mewujudkan satu cerita dengan permulaan huruf A, B, C, D dan seterusnya. Rantaian cerita yang menarik diperolehi :)

Antara tips pengucapan awam ialah:
Proses pertukaran maklumat dari  dan idea antara dua atau lebih manusia untuk mencapai persetujuan bersama dan melaksanakan aktiviti aktiviti  ke arah pencapaian maklumat

Prinsip Ucapan
Kumpul -Susun- Ingat-Kuasai- Guna Bahasa Sesuai- Sampaikan

Pengucapan Berkesan
Jujur Dan IKhlas
Mahir
Berpengetahuan
Peka kepada reaksi
Yakin
Peka Kepada Situasi




Penulisan 
Perlu berfikir , menganalisis dan menyampaikan

Pengucap Yang Berkesan

Langkah Penyediaan Dan Persembahan
Kawal Gugup
Analisis Diri Situasi, khalayak
Kumpul Bahan
Rancang Pengenalan
Rancang Penutup


Unsur Bahasa Badan 
Penampilan Diri
Tempat Berucap
Posisi Tubuh
Penggunaan Rostrum
Mimik Muka
Pertmbungan Mata
Penggunaan Nota
Gerak Tangan

Prinsip Bahasa Badan:
Membantu pengucap dan tidak menonjol
Memberi penekanan maksud
Bersahaja, tidak dibuat buat
Bertepatan dari segi makna dan masa

Unsur Kawalan Suara
Kelantangan
Nada Suara
Kelajuan
Jeda
Lafaz Sebutan
Ulangan


Penceramah membahagikan peserta dari 4 buah sekolah kepada beberapa buah kumpulan. Setiap kumpulan dibahagikan kepada tajuk tertentu dan setiap peserta di dalam kumpulan tersebut perlu bercakap selama seminit terhadap tajuk yang diberi dan di sini saya dapat melihat setiap bakat pemimpin dari sekolah saya samaada boleh bercakap spontan atau tidak. Gugup atau tidak,


I need to protect my positive vibes 
Negative vibes brings toxic to me
Hopefully you realize who you are













































































 

Telegram Channel