5 February 2020

Kertas Kerja Pelancaran Ziarah Cakna SMK Cheras 2020



Saya sertakan link mengenai surat Ziarah Cakna 

KERTAS KERJA
PELANCARAN ZIARAH CAKNA
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020


1.0      PENGENALAN
          Program Guru Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Y.B Menteri Pendidikan mengusulkan agar sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab melalui pelaksanaan Program Ziarah Cakna  dengan memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program ramah mesra, lawatan atau ziarah keluarga, sesi perkongsian masalah dan lain-lain.  Hasil dari keputusan mesyuarat ketua bahagian KPM bilangan 10/2018 iaitu pada 7 Disember 2018,Bahagian Pengurusan Sekolah Harian perlu menyelaraskan pelaksanaan program ziarah cakna ini secara meluas di semua sekolah di bawah KPM.

2.0       MATLAMAT
Memperkukuhkan konsep sekolah penyayang dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.

           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT    :           10 Februari 2020/ SMK Cheras/
                                                                       :           7.30 pagi hingga 9.00 pagi
          

           4.0       SASARAN                              :           Semua murid SMK Cheras




5.0       OBJEKTIF

1)    Menjalinkan ukhwah dengan keluarga murid untuk menujukkan empathi dan keprihatinan pihak sekolah dengan masalah murid
2)    Mengukuhkan nilai guru penyayang dengan saling bekerjasama antara guru dengan ibu bapa

6.0      KPI (Indikator Output Dan Outcome)

Output

Warga sekolah dapat menghayati nilai murni dalam amalan ziarah menziarahi kerana cakna dengan keadaan orang lain dalam pelbagai bentuk iaitu kerana sakit, masalah disiplin dan juga sahsiah terpuji murid.
Outcome
Ziarah dapat menjadi budaya dalam kalangan guru untuk mengambil cakna mengenai kehidupan murid dan menjalankan silaturahim dengan ibu bapa dengan lebih dekat dan mesra melalui lawatan ziarah cakna.

                                               
           
7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
SUMBER
BUTIRAN
JUMLAH
1
Kain rentang

SUWA

RM 100.00
2
Perkongsian Ziarah Cakna murid
SUWA

RM    50.00
3
Cenderamata
SUWA

RM    50.00

RM 200.00


           

8.0      JAWATANKUASA PROGRAM

          AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi               :          Encik Jamil Bin Jamaludin (Pengetua)
          Timbalan Pengerusi :         Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih(PK HEM)
          Setiausaha              :         Puan Nurhaiza Bt Che Mat

1
AJK Pengacara Majlis
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1.     1. Melantik pengacara majlis dan melatih
2.         pengacara majlis mengikut skrip
2
AJK Buku Program
Puan Nurazlina Bt Che Omar

3.     1. Menyediakan buku atur cara program.
4.      
       2. Mengedarkan buku atur cara kepada VIP
            dan tetamu
  4
AJK Backdrop
En Abdull Azis Bin Arbi

1.   Membina rekabentuk kain rentang dan menggantungkannya di Dataran Perhimpunan
5
AJK Peralatan & Siaraya
Pengawas

1.     Memastikan peralatan berfungsi dengan baik


6
AJK Jurufoto
En Rahimi Bin Abd Karim


1.     Mengambil gambar sepanjang program dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi

7
AJK Pelaporan
Puan Rozinani Bt Awang
1.     Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan

8
AJK Persiapan Tempat
En Masrizal Bin Abu Bakar
Pengawas Sekolah
1.  Menyusun atur kerusi untuk persiapan program.

        
9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

           




9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM


7.00 pagi
Penyediaan Persiapan Pentas


Nyanyian Lagu
Negaraku
Lagu sekolah

Bacaan doa

Ucapan Pengetua

Ucapan YDP PIBG

Gimik pelancaran dengan penyerahan memorandum kerjasama PIBG dengan pihak sekolah

Perkongsian kes: Kisah murid dari Ziarah Cakna guru ke rumah

Aktiviti Ziarah Cakna ke rumah murid terpilih



10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Dataran perhimpunan tidak dapat digunakan
Hujan lebat
Penggunaan di dewan
Guru bertugas


11.0     PENUTUP

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan
         
Disediakan oleh,                                                                 


(NURHAIZA BINTI CHE MAT)                                                      
Guru Kaunseling
Tarikh:


Ulasan:

________________________________________________________________ ________________________________________________________________


Diluluskan/Tidak diluluskan oleh,



(JAMIL BIN JAMALUDIN)
Pengetua
Tarikh:



Sekali sekala bila mentor bersuara..
Semoga anak-anak mendengar kata



         
         
         






 

Telegram Channel