9 February 2020

Kertas Kerja Program Pengantarabangsaan Dan Perkongsian Ilmu Ke Jepun




1.0       PENDAHULUAN
           
Program Pengantarabangsaan dan Perkongsian Ilmu  Ke Jepun Tahun 2020 merupakan
inisiatif Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras untuk mengadakan program pengantarabangsaan di Jepun sebagai projek pengantarabangsaan yang pertama melibatkan lawatan penandaaras kurikulum yang pertama bersama murid. Oleh kerana ia merupakan satu inisiatif sulung dari pihak sekolah, maka besar harapan untuk projek ini direalisasikan agar dapat menjadi pembuka jalan kepada projek tahunan pengantarabangsaan program Juara Permata SMK Cheras ke luar negeri mulai tahun 2020. Murid perintis projek ini merupakan murid Juara Permata dalam akademik, atau Permata dalam kokurikulum yang bermaksud kecemerlangan dalam akademik atau cemerlang dalam kokurikulum atau cemerlang dalam kedua-dua bidang kurikulum dan kokurikulum. Memandangkan ia merupakan projek perintis, pihak penganjur berharap mendapat sokongan dari pelbagai pihak khususnya PIBG, Alumni SMK Cheras, Pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebagai sebuah sekolah harian biasa, pihak penganjur memerlukan sokongan juga dari Biro Pendidikan Parlimen Bandar Tun Razak untuk menyokong usaha ini memandangkan sebagai sebuah projek sulung, sudah tentu cabaran merealisasikannya lebih mencabar bagi sebuah sekolah harian biasa.


2.0       MATLAMAT
           
            Program ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras tentang keunikan dan perbezaan pendidikan, budaya dan cara hidup masyarakat Jepun yang sangat berdisplin. Seterusnya dapat melahirkan murid – murid yang memiliki pengetahuan dan pengalaman di dalam melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah serta dapat membina kekuatan dan ketahanan diri dari aspek jasmani, emosi , rohani , intelek , dan sosial di samping berketrampilan serta mempunyai daya saing yang tinggi dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan. Program ini juga diharap mampu meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras dalam merealisasikan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang.

3.0       TARIKH / MASA / TEMPAT

                               
Tarikh              : 9 Julai 2020 hingga 14 Julai 2020.

Masa               :  Rujuk Jadual Program.

Tempat            : Osaka Dan Okayama


4.0       SASARAN

            Murid - murid Juara Permata SMK Cheras seramai 25 orang, pentadbir serta guru-guru

SMK Cheras seramai 4 orang




5.0       OBJEKTIF

5.1       Menjana murid-murid dan guru-guru dari kedua – dua negara supaya berdaya saing dan tahan lasak dalam menghadapi cabaran globalisasi.

5.2       Melebarkan peluang kepada guru-guru dan murid-murid untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran berfikir dengan membina rangkaian persahabatan melalui kerjasama pendidikan.

5.3       Mendedahkan murid-murid mengenai pendidikan, ekonomi, budaya, sejarah dan
masyarakat Jepun yang sangat berdisiplin tinggi.

                       
6.0       KPI

OUTPUT
25 orang murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum dapat meningkatkan motivasi dalam sahsiah dengan lebih berdisiplin sepanjang program dan berazam tinggi mencapai kecemerlangan
OUTCOME
25 orang murid yang terpilih sebagai peserta program berjaya melonjakkan kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum atau kedua=duanya sekali.


7.0       IMPLIKASI KEWANGAN
           
            7.1       Pendapatan
BIL
ITEM
HARGA
JUMLAH
SUMBER

1

Pengangkutan ( kapal terbang pergi dan balik ), makan , minum, insuran serta penginapan pelajar dan guru


RM 4850.00
x  30 orang

RM 145,500

Peserta Program
dan
Guru Pengiring

JUMLAH

RM 145,500




            7.2       Perbelanjaan
BIL
ITEM
HARGA
JUMLAH
SUMBER

1
Pengangkutan ( kapal terbang pergi dan balik ), makan , minum, insuran serta penginapan pelajar dan guru


RM 4850.00
-Ditentukan oleh pihak Mirai Educations & Services

RM 145,500

Peserta Program
dan
Guru Pengiring

JUMLAH

RM 145,500


8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

                        Pengerusi                    : En Jamil Bin Jamaludin
                                                              Pengetua
                       
                        Timbalan Pengerusi    : Cik Lee Swee Ching
                                                              Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

                        Penyelaras                  : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

                        Bendahari                    : 


AJK PELAKSANA
JAWATANKUASA
TUGASAN
STATUS PELAKSANAAN
Penyelaras

Puan Nurhaiza Binti Che Mat
§  Menyediakan nama peserta
§  Menyelia perjalanan sebelum, semasa dan selepas lawatan.
§  Menyerahkan laporan pendaftaran kepada JK Dokumentasi.

JK Fotografi dan Dokumentasi


§  Mengumpul maklumat dan foto untuk didokumentasikan.
§  Menyediakan dokumentasi program .

JK Disiplin dan Keselamatan




§  Mengawal disiplin murid sebelum, semasa dan selepas lawatan.
§  Memastikan disiplin murid terkawal semasa lawatan diadakan.






9.0       STRATEGI PELAKSANAAN


9.1 AKTIVITI / JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Jangka masa  : 6 Hari 4 Malam (9 Julai 2020 sehingga 14 Julai 2020)


HARI 1 ( 9 Julai 2020  - Khamis)

Masa
Aktiviti
9.00 malam
Berkumpul di KLIA 2
-kehadiran diambil.

11.00 malam  
Berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun.


HARI 2 ( 10 Julai 2020  - Jumaat)

Masa
Aktiviti
7.00 pagi
Dijangka tiba di Lapangan Terbang Kansai, Jepun.
9.00 pagi
Sarapan pagi
-Pengangkutan diurus oleh Mirai Educations & Services.
10.00 pagi
ISTANA OKAYAMA
-Pengangkutan diurus oleh Mirai Educations & Services.
12.00 tengahari
Solat dan taklimat oleh Mirai Educations & Services untuk lawatan ke sekolah di Jepun.
 Bertolak ke sekolah menengah di Jepun
-Pengangkutan diurus oleh Mirai Educations & Services.
12.30 tengahari hingga 5.30 petang
Tiba di sekolah menengah

Lawatan Rasmi (2 orang pentadbir dan 3 orang guru ada bersama-sama murid sepanjang hari di sekolah).Persembahan, aktiviti kurikulum dan kokurikulum serta pembentangan diadakan.


Pentadbir dan guru bertukar-tukar idea dengan guru-guru di mengenai amalan terbaik sekolah dari aspek pentadbiran, disiplin, kebersihan dan sebagainya.
6.00 petang
Pengalaman menginap di homestay bagi semua peserta. Pembelajaran kehidupan di Jepun bersama-sama keluarga angkat masing-masing.

8.00 malam

Guru mendaftar masuk hotel

HARI 3 ( 11 Julai 2020  - Sabtu)

Masa
Aktiviti

Sepanjang hari
Murid-murid menginap di homestay dan mempelajari kehidupan seharian masyarakat Jepun bersama dengan keluarga angkat masing-masing. Aktiviti bersama-sama keluarga angkat diurus sepenuhnya oleh keluarga angkat sendiri.


HARI 4 ( 3 Julai 2020  - Jumaat )

Masa
Aktiviti
 7.00 pagi
Guru makan sarapan pagi di  hotel.
Murid makan sarapan pagi bersama keluarga angkat masing-masing di rumah.

10.00 pagi

Homestay Farewell Ceremony di sekolah bersama-sama dengan keluarga angkat dan guru-guru serta murid-murid.




11.30 pagi

Guru-guru dan murid-murid bertolak ke Life Safety Learning Centre

-        Mempelajari bagaimana persediaan menghadapi bencana alam seperti banjir, gempa bumi, hujan lebat, tsunami dan kebakaran. Murid mempelajari langkah-langkah keselamatan melalui tayangan video, mengalami simulasi, merangkak dalam bilik yang mempunyai asap yang tebal yang dikendalikan oleh pasukan bomba yang terlatih.

-        Pengangkutan diurus oleh Mirai Educations & Services.


1.30 petang


Makan di restoran tempatan (HALAL).
-Pengangkutan diurus oleh Mirai Educations & Services.

Solat .
 
2.30 petang
Kobe Disaster Reduction Institute


7.30 petang


Berkumpul dan bergerak balik ke hotel.

8.30 petang


Makan malam di hotel.


HARI 5 ( 13 Julai 2020  - Isnin)

Masa
Aktiviti

7.00 pagi


Makan sarapan pagi di hotel.

9.30 pagi

Guru-guru dan murid-murid bertolak ke Universal Studio Japan

-Pengangkutan diurus oleh Mirai Educations & Services.


1.00 tengahari


Makan tengahari di restoran tempatan (HALAL).

Solat.

3.30 petang


Berkumpul dan bergerak balik ke hotel.


5.00 petang

Aktiviti Bebas.


7.30 pagi


Makan malam di hotel.

8.30 malam

Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun.

11.00 malam

Bertolak ke Malaysia

HARI 6 ( 14 Julai 2020  - Selasa )

Masa
Aktiviti

8.00 pagi
Tiba di KLIA 2


10.0     KAEDAH PEMANTAUAN

Pemerhatian dan borang refleksi program.


11.0     PENUTUP
           
            Program pengantarabangsaan ini diharap dapat membantu pihak sekolah mencapai matlamat yang dijangka memberi impak yang berkesan di dalam melahirkan generasi pemimpin muda yang dinamik dan inovatif. Ia sejajar dengan aspirasi negara untuk melahirkan barisan pemimpin pelapis yang cemerlang kearah meningkatkan tahap kemenjadian murid – murid  SMK Cheras



 

Disediakan oleh :                                                                               
                       
           
(NURHAIZA BT CHE MAT)                                    
Setiausaha,                                                                                      
Program Pengantarabangsaan                                                         
dan Perkongsian Ilmu ke Jepun,
SMK Cheras,Kuala Lumpur.                                                                                                
                                                                                                         
           
Tarikh: 13 Januari 2020.


                                                                                                                       
Ulasan :-
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Diluluskan / Tidak Diluluskan

(JAMIL BIN JAMALUDIN A.M.P )
Pengetua
SMK Cheras
Tarikh :



Metro Point
Ziarah Cakna prop 

















 

Telegram Channel