20 February 2020

Majlis Apresiasi Guru Cemerlang WPKL




Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua :)
20022020 cantik date ini dan bertambah cantik apabila ada majlis apresiasi diadakan hari ini dengan tujuan untuk menghargai semua guru cemerlang di WPKL yang telah memberikan sumbangan dan pencapaian kpd nama KL sepanjang 2018 hingga 2019

Hari ini saya ke Hotel Le Quadri  di Taman Connought , KL yang berada dalam kampus UCSI . Majlis hari ini adalah inisiatif YDP Majlis Guru Cemerlang bagi sesi 2018/2019 iaitu Pn Lee Saw Im dan seterusnya mesyuarat agong dijalankan. Terima kasih UCSI yang sudi menaja tempat perjumpaan di hotel dan menaja makan tengah hari kami di hotel. Siap ada doorgift lagi untuk kami.

Kami semakin sedikit iaitu 18 orang tapi kami ada untuk menjalankan aktiviti di bawah Majlis Guru Cemerlang WPKL.

program dimulakan dengan ceramah dari prof Madya  Ir Dr Jimmy Mok Vee Hoong, Timbalan Naib Canselor , Hal Ehwal Akademik, pelajar dan alumni, UCSI UNiversity, KL dgn tajuk Gen Z psychology and what is the Current And Future Education Trend. Ceramah yang sangat informatif dan pengalaman hidupnya sendiri hingga membina jati diri nya sekarang, sangat terkesan di hati.

Bicara profesionalisme Transformasi peranan dalam menangani cabaran abad ke 21 oleh pengarah memberikan kesedaran tentang enting mendidik murid nilai dalam pengajaran abad ke 21 ini.









































 

Telegram Channel