17 February 2020

Skrip Juruacara Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri WPKL



Salam semua Hari Isnin yang cerah

Sekolah kami merupakan sekolah yang diplih oleh peringkat Jabatan Pendidikan WPKL sebagai tuan rumah pelancaran program jom ke sekolah pada hari ini. Memang meriah seawal pukul 6 pagi lagi sekolah dah meriah. Sembahyang subuh beramai -ramai dan memang meriah. Habis sembahyang Subuh kami ke pintu pagar sekolah untuk slot mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah.

Panjang betul barisan dengan PRS mengetuai barisan pintu pagar sekolah dikuti oleh pegawai pegawai JPN, PPD dan polis.

Slot di dewan bermula pukul 7.30 pagi sebaik sahaja loceng berbunyi. Ucapan dari pengarah JPWPKL dan

Gimik pelancaran boleh tonton di sini dan terima kasih Syed dan Hanif , PRS Tingkatan 5 saya yang menjadi pelakon.

Memandangkan saya bertugas sebagai AJK Dokumentasi maka saya kongsikan soft copy buku program, teks juruacara, teks perasmian Menteri Pendidikan dan layout dewan. Semoga dapat memberikan panduan untuk program yang akan datang. Hasil tangan AJK Kerja yang komited.
Di bawah ini saya kongsikan teks juruacara hasil skrip dari Cikgu Rita







MAJLIS PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT NEGERI

TARIKH                                                        : 17 FEBRUARI 2020
HARI                                                              : ISNIN
TEMPAT                                           : DEWAN KRISS MAS
DIRASMIKAN OLEH     : CP DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
PENGACARA                                               : PN RITA INDRAIANI BINTI SURIP           

Masa/ TURN
Cue
Ann 1

ADLIN

Sebelum VIP masuk dewan

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu para hadirin diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis para hadirin diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada pengaturcaraan senyap.

Apabila diumumkan ketibaan tetamu kehormat, para hadirin diminta berdiri dan terus berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Wilayah, dan Malaysia Bersih.

Para hadirin juga diminta untuk berdiri sewaktu tetamu kehormat meninggalkan dewan.

Masa
Cue
Ann 3

ADLIN

Ketibaan VVIP

Mengumumkan ketibaan

YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR

Dan

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


Serta para tetamu jemputan masuk ke dalam dewan.






Masa
Cue
Ann 4

ADLIN
Nyanyian lagu - Negaraku,
- Maju dan Sejahtera
-Malaysia Bersih


Majlis dimulakan dengan nyayian 3 buah lagu iaitu
lagu Negaraku, lagu Wilayah, dan Malaysia Bersih.


Para hadirin dipersilakan duduk


Masa
Cue
Ann 6

AYUNI
















































AYUNI
Ucapan alu-aluan pengacara majlis
Hadirin yang dihormati sekalian,

Jejaran mengkudu berhias kesuma,
Di celah angsana di Tanah Jawa,
Ucapan aluan pembuka bicara,
Di dewan gemilang kita bersua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera diucapkan kepada

1. YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR

2. YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

3. YANG DIHORMATI
DCP DATO’ YONG LEI CHOO
TIMBALAN KETUA POLIS KUALA LUMPUR

4. YANG BERUSAHA,
EN ZAINUDIN BIN MOHAMAD
TIMBALAN PENGARAH,
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

5. YANG BERUSAHA
TUAN HAJI AZUAR BIN HUSIN,
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BANGSAR PUDU


6. YANG BERUSAHA
EN JAMIL BIN JAMALUDIN
PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS

YANG DIHORMATI,

7. EN ABD RAZAK BIN TAIN
YDP PIBG SMK CHERAS

8. TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN,
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

9. KETUA-KETUA PENOLONG PENGARAH
 JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BANGSAR PUDU

10. KETUA-KETUA JABATAN KONTIGEN KUALA LUMPUR DAN KETUA POLIS DAERAH

11. WAKIL YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH

12. WAKIL PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

13. WAKIL-WAKIL KOMUNITI

14. GURU-GURU DAN

15. MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN

Assalamualaikum dan selamat datang kami ucapkan ke
MAJLIS PERMUAFAKATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA: PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2020

Program ini merupakan Program Kolaboratif Antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.





Masa
Cue
Ann 7

ADLIN

Bacaan doa.

Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di tanah merah,
Tangan diangkat merafak sembah,
Pada yang Esa kami berserah

Bagi menambah keberkatan majlis, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Mohd Fariez Bin Sharani  
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Masa
Cue
Ann 10

AYUNI

Ucapan Pn Maznah (VIP)
Amin amin ya rabbal a’lamin
Terima kasih diucapkan kepada Mohd Fariez Bin Sharani atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Masa
Cue
Ann 11

ADLIN

Ucapan oleh VVIP

Terima kasih diucapkan kepada
YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Atas ucapan sebentar itu tadi.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM,
KETUA POLIS KUALA LUMPUR
untuk memberikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Masa
Cue
Ann 13

AYUNI

VVIP bergerak ke bawah dewan








Gimik melengkapkan puzzle







Penyerahan Buku




Majlis diteruskan lagi dengan menjemput
YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM,
KETUA POLIS KUALA LUMPUR,

Dan

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

mengambil tempat di hadapan pentas bagi menyempurnakan Gimik pelancaran Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah.
Dipersilakan.

Demikianlah tadi telah sempurnanya gimik pelancaran Buku Panduan Perhubungan Sekolah.

Seterusnya, majlis mempersilakan
YANG DIHORMAT
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR,

Menyerahkan Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah kepada

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR
dan
YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Atas penyempurnaan gimik pelancaran Buku Panduan Perhubungan Sekolah itu tadi.






ADLIN
Gimik Jom  ke Sekolah
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sekarang marilah sama-sama kita saksikan Persembahan Multimedia dan seterusnya gimik Pelancaran Jom ke Sekolah

Demikianlah tadi dapat kita saksikan gimik Pelancaran Jom ke Sekolah bagi tahun 2020.
 
Masa
Cue
Ann

AYUNI

Penyampaian cenderamata



























SESI 1


Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderamata.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput

YANG BERUSAHA
EN JAMIL BIN JAMALUDIN
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras

Mengiringi

YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR

Dan

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

naik ke pentas bagi menyempurnakan acara penyampaian cenderamata.

Dipersilakan.


Dimulakan dengan penyampaian Papan Kenyataan Pencegahan Jenayah.

Untuk itu dipersilakan

YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR

Untuk menyampaikan Papan Kenyataan Pencegahan Jenayah kepada

YANG BERUSAHA
EN JAMIL BIN JAMALUDIN
PENGETUA SMK CHERAS

Dipersilakan.


ADLIN
SESI 2
Seterusnya ialah sesi penyampaian cenderamata daripada

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kepada

YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR
Dipersilakan.


AYUNI
SESI 3
Seterusnya ialah penyampaian cenderamata daripada

YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR

Kepada

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Dipersilakan.





ADLIN
SESI 4
Seterusnya dipersilakan

YANG BERUSAHA
EN JAMIL BIN JAMALUDIN
PENGETUA SMK CHERAS

bagi menyampaikan cenderamata kepada

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Dipersilakan.


AYUNI
SESI 5
Seterusnya dipersilakan

YANG BERUSAHA
EN JAMIL BIN JAMALUDIN
PENGETUA SMK CHERAS

bagi menyampaikan cenderamata kepada

YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR
Dipersilakan.


ADLIN
Sesi bergambar
(VVIP + VIP + PENGETUA) di ATAS pentas



Sesi bergambar
(VVIP + VIP + PENGETUA dan Warga dewan) di BAWAH pentas




Acara diteruskan lagi dengan Sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.





Seterusnya ialah sesi bergambar antara tetamu kehormat bersama sidang dewan.
Untuk itu dipersilakan,

YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR,

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Dan

YANG BERUSAHA
EN JAMIL BIN JAMALUDIN
PENGETUA SMK CHERAS
Mengambil tempat di bahagian hadapan dewan.
Dengan segala hormat dipersilakan.

Diminta para hadirin bergerak ke hadapan dewan bagi sesi bergambar bersama tetamu kehormat.


Masa
Cue
Ann

AYUNI

Penutup

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR,

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Serta kepada semua hadirin atas kesudian bergambar sebentar itu tadi.


Leka Bersiap si anak dara
Teruna tekun memasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Demikianlah tadi berakhirnya majlis kita pada pagi ini.
Sebelum mengundur diri, mewakili jawatankuasa pengelola , Pihak majlis menyusun jari memohon kemaafan atas kekurangan dan kelemahan yang berlaku sepanjang program berlangsung.
Semoga bersua kembali pada tahun hadapan.

Majlis seterusnya mempersilakan
YANG BERUSAHA
EN JAMIL BIN JAMALUDIN
PENGETUA SMK CHERAS

Untuk mengiringi


YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATUK SERI HAJI MAZLAN BIN LAZIM
KETUA POLIS KUALA LUMPUR,

DAN

YANG BERUSAHA
PN MAZNAH BINTI ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Ke tapak pameran di astaka.

Para hadirin dipersilakan untuk berdiri.
Dipersilakan.

Sekian, terima kasih.

Well done Cherasian
Unlocked potential



























































 

Telegram Channel