Total Pageviews

11 February 2020

Skrip Juruacara Pelancaran Kit Program Ziarah Cakna SMK Cheras



Pengedaran buku program

Perasmian Program Ziarah Cakna serentak satu Malaysia semalam. Terima kasih kepada barisan PRS saya yang membantu dari pengedaran buku program, susunan kerusi untuk guru, menjadi juruacara majlis, pembaca doa, menyampaikan cenderamata, jurukamera dan menyusun kembali peralatan majlis.

Idea gimik kotak Kit Ziarah Cakna ini terhasil 48 jam sebelum program. Saya beli satu kotak besar penuh love love gituww...dan letak reben di atasnya. Di dalamnya berisi item tajaan PIBG sewaktu Ziarah Cakna ke rumah murid bersama PIBG iaitu
1) Sumbangan wang tunai yang akan ditentukan berdasarkan kes iaitu kes kematian ibu atau bapa, musibah dan sebagainya
2) Buah tangan berupa makanan bagi kes yang melibatkan masalah disiplin atau sakit untuk perbincangan lanjut di rumah bersama ibu atau bapa
3)Barangan makanan seperti beras, roti dan biskut untuk ziarah keluarga fakir miskin
4) Kek bagi kategori meraikan kejayaan murid dalam akademik atau kokurikulum

YDP PIBG bersetuju dalam perbincangan di telefon dan hari ini saya berikan taklimat lagi. Terima kasih YDP PIBG En Abdul Razak B Tain atas sumbangan itu tadi.


Saya share skrip juruacara pelancaran Kit Ziarah Cakna.
SKRIP
CUE
Salutasi        tengok signal cikgu
Mega berarak indah berbalam ,
dipuput bayu ke pohon ara
pemanis kalam selamat malam
awal bismillah pembuka bicara
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada
Yang Berbahagia
En Abdul Razak Bin Tain selaku YDP PIBG

Yang Berusaha,
En Jamil Bin Jamaludin
Pengetua SMK Cheras

Penolong-Penolong Kanan
Guru-guru dan murid-murid sekelian

Farietz bersedia di tepi pentas
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Semoga majlis sentiasa diberkati

Majlis dengan sukacitanya menjemput Saudara Muhammad Farietz Bin Sharani untuk memimpin bacaan doa
Habis bacaan doa
Amin Amin Ya Rabbil Al Amin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Muhammad Farietz B Sharani atas bacaan doa itu tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua En Jamil Bin Jamaludin.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Selesai tuan pengetua berucap

Buah longan beli sekati
Beli bersama buah berangan
Pesanmu pengetua kami ingati
Jadi azimat buat pegangan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua En Jamil Bin Jamaludin atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan Oleh Yang Berbahagia Encik Abdul Razak Bin Tain, Yang Dipertua PIBG SMK Cheras menyampaikan ucap utama dan seterusnya merasmikan pelancaran Program Ziarah Cakna SMK Cheras.

Dengan segala hormatnya dipersilakan
 Selesai En Razak berucap
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Abdul Razak Bin Tain atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya, mempersilakan Yang Berusaha Pegawai Khas Sekolah, Puan Normah Bt A.Aziz ,Tuan Pengetua En Jamil Bin Jamaludin, dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn Norazlinda Bt Hasmunih untuk bersama-sama  Yang Dipertua PIBG untuk melancarkan Kit Ziarah Cakna iaitu barang –barang sumbangan PIBG sewaktu Program Ziarah Cakna.

Syazwin bersedia dengan gunting yang diletakkan reben atas dulang
Pentadbir sudah naik atas pentas
Dijemput Yang Dipertua PIBG melancarkan Kit Ziarah Cakna
Selepas YDP PIBG memotong reben ,

YDP mengeluarkan kit dari kotak berupa barang no 1 hingga 4

Kit Ziarah Cakna merupakan barang-barang sumbangan PIBG yang akan disumbangkan kepada murid sewaktu Ziarah Cakna ke rumah dijalankan oleh AJK PIBG bersama-sama pihak sekolah.
Antara kit tersebut ialah:
1)    Sumbangan wang tunai yang akan ditentukan berdasarkan kes iaitu kes kematian ibu atau bapa, musibah dan sebagainya
2)    Buah tangan berupa makanan bagi kes yang melibatkan masalah disiplin untuk perbincangan lanjut di rumah bersama ibu atau bapa
3)    Barangan makanan seperti beras, roti dan biskut untuk ziarah keluarga fakir miskin
4)    Kek bagi kategori meraikan kejayaan murid
Hadiah untuk YDP PiBG telah bersedia

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG, En Abdul Razak yang sudi merasmikan program dan melancarkan kit Ziarah Cakna
Sebagai tanda penghargaan atas kesudian menyempurnakan majlis Ziarah Cakna , dipersilakan tuan pengetua untuk menyampaikan cenderamata kepada YDP PIBG En Abdul Razak Bin Tain
Majlis mempersilakan tetamu dan jemputan untuk mengambil tempat masing – masing bagi meneruskan aturcara.
Semua pentadbir duduk
Hadirin sekelian,
Dengan ini tibalah slot perkongsian dari murid inspirasi Ziarah Cakna. iaitu satu anugerah yang diberikan kepada murid yang pernah diziarahi oleh guru dan membincangkan mengenai prestasi murid dengan ibu bapa di rumah. Murid kategori murid  keciciran ini berjaya menghadapi zaman kesukarannya apabila hubungan guru dan ibu bapa yang saling mengambil tahu untuk memberikan sokongan kepada murid hingga murid berjaya menghadapi masalahnya dan mempunyai kehadiran ke sekolah yang semakin baik.
Beliau yang dimaksudkan ialah ________
dari tingkatan ______

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
___ stay atas pentas

Terima kasih diucapkan kepada Saudara ________atas perkongsian sebenar mengenai impak Ziarah Cakna terhadapnya. Semoga perkongsian ini memberikan pengajaran buat semua warga SMK Cheras.
Majlis dengan sukacitanya menjemput pengetua En Jamil Bin Jamaludin untuk menyampaikan  Anugerah Inspirasi Ziarah Cakna kepada Saudara ______
Selesai ___ dapat hadiah
Terima kasih buat tuan pengetua
Tinggi sungguh pohon cemara
Tegak merimbun di tengah kota
Tersalah terkasar butir bicara
Sepuluh jari maaf dipinta

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Perasmian Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah tahun 2020.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera

morning
breakfast homemade
nasi lemak in the house :)
Bacaan doa

Ucapan tuan pengetua


Ucapan YDP PIBG

Pelancaran Kit Ziarah Cakna
roti, biskut, beras atau bahan dapur kes rumah kurang berkemampuan

Kit Ziarah Cakna
Kek meraikan kejayaan murid

Terima kasih YDP PIBG



Perkongsian pengalaman Anugerah Inspirasi Murid Ziarah Cakna

Penganugerahan Inspirasi Ziarah Cakna




Barisan PRS yang membantu
Ke Shah Alam menziarahi murid yang tiga tahun di SMK Cheras dan menghidap sakit
kritikal ketika itu. Berpindah ke Shah Alam tahun ini dan rombongan kami menyampaikan sumbangan warga sekolah yang tidak sempat diserahkan tahun lepas 

Happy birthday Fara

Sumbangan dari warga sekolah






No comments: