Total Pageviews

11 February 2020

DOKUMENTASI PERASMIAN PROGRAM ZIARAH CAKNA FORMAT SPSK




Memnadangkan laporan dokumentasi perlu dihantar pada 14 Februari ini, saya kongsikan laporan dokumentasi format spsk saya yang telah siap dan saya kongsikan softcopy juga di sini. Sila klik

dokumentasi program perasmian ziarah cakna


1.0      PENGENALAN
          Program Guru Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Y.B Menteri Pendidikan mengusulkan agar sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab melalui pelaksanaan Program Ziarah Cakna  dengan memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program ramah mesra, lawatan atau ziarah keluarga, sesi perkongsian masalah dan lain-lain.   

2.0                      LATAR BELAKANG

2.1                 TARIKH PERLAKSANAAN

TARIKH/ MASA/ TEMPAT    :           10 Februari 2020/ SMK Cheras/
                                                                       :           7.30 pagi hingga 9.00 pagi
          

                       SASARAN                              :           Semua murid SMK Cheras


2.2       JAWATANKUASA PENGELOLA


Pengerusi               :          Encik Jamil Bin Jamaludin (Pengetua)
          Timbalan Pengerusi :         Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih(PK HEM)
          Setiausaha              :         Puan Nurhaiza Bt Che Mat

1
AJK Pengacara Majlis
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
PRS
1.     1. Melantik pengacara majlis dan melatih
2.         pengacara majlis mengikut skrip
2
AJK Buku Program
Puan Nurazlina Bt Che Omar

3.     1. Menyediakan buku atur cara program.
4.      
       2. Mengedarkan buku atur cara kepada VIP
            dan tetamu
  4
AJK Backdrop
En Abdull Azis Bin Arbi

1.   Membina rekabentuk kain rentang dan menggantungkannya di Dataran Perhimpunan
5
AJK Peralatan & Siaraya
Pengawas

1.     Memastikan peralatan berfungsi dengan baik


6
AJK Jurufoto
En Rahimi Bin Abd Karim


1.     Mengambil gambar sepanjang program dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi

7
AJK Pelaporan/ Dokumentasi
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1.     Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan

8
AJK Persiapan Tempat
En Masrizal Bin Abu Bakar
Pengawas Sekolah
1.  Menyusun atur kerusi untuk persiapan program.


2.3       OBJEKTIF

1)    Menjalinkan ukhwah dengan keluarga murid untuk menujukkan empathi dan keprihatinan pihak sekolah dengan masalah murid
2)    Mengukuhkan nilai guru penyayang dengan saling bekerjasama antara guru dengan ibu bapa

2.4 KAEDAH PERLAKSANAAN

      Taklimat

      Perkongsian pengalaman

      Ziarah

           
2.5     BAHAN /BAHAN ATAU PERALATAN YANG DIGUNAKAN
           
            Kek, buku, kotak kit
                                               

3.0       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM


7.30 pagi

Nyanyian Lagu
Negaraku
Lagu sekolah

Ucapan aluan oleh pengacara majlis iaitu ahli Pembimbing Rakan Sebaya iaitu Hur Hana Humaira Bt Rodzaini dan Ayuni Amanina Bt AB Aziz

Bacaan doa oleh Saudara Muhammad Farietz Bin Sharani

Ucapan Pengetua: En Jamil Bin Jamaludin

Ucapan YDP PIBG: En Abdul Razak Bin Tain dan seterusnya merasmikan Program Ziarah Cakna

Gimik pelancaran dengan penyerahan kit Ziarah Cakna tajaan PIBG kepada pihak sekolah oleh YDP PIBG

Penyampaian cenderamata kepada perasmi oleh pengetua

Perkongsian kes: Kisah murid dari Ziarah Cakna guru ke rumah oleh murid

Anugerah Inspirasi Ziarah Cakna yang disampaikan oleh pengetua kepada murid Saudara Muhafiz dari 5 Ar Razi
8.15 pagi
Jamuan makan
9.00 pagi
Aktiviti Ziarah Cakna ke rumah murid terpilih bersama pengetua, YDP PIBG, PK HEM dan seorang guru kaunseling di Shah Alam
10.00 pagi
Tiba di rumah murid untuk aktiviti beramah mesra dan bertanya khabar dengan murid bersama ibu dan bapanya bagi kes kategori sakit hingga menjejaskan kehadiran ke sekolah sejak tahun lepas. Namun beransur sembuh
11.00 pagi
Penyerahan sumbangan wang tunai, kek dan buku oleh pihak sekolah kepada murid untuk dokumentasi program.
12.00 tgh hari
Tiba di sekolah .



4.0           PENCAPAIAN PROGRAM

-        Sumbangan konsisten dari PIBG untuk aktiviti Ziarah Cakna setiap kali aktiviti lawatan ke rumah bersama PIBG
-        Mewujudkan anugerah khas Inspirasi Ziarah Cakna buat pengiktirafan murid yang berubah ke arah positif setelah Ziarah Cakna dijalankan
-        Murid dan guru mengetahui bahawa program Ziarah Cakna melibatkan sesiapa sahaja guru dan sasaran rumah murid adalah terdiri dari pelbagai kategori.

5.0     KEMAJUAN/ MASALAH PROGRAM

            KEMAJUAN PROGRAM
-           Program berjalan lancar dan cuaca adalah baik untuk meneruskan acara di tapak perhimpunan terbuka.
-           Murid yang menyampaikan perkongsian pengalaman Ziarah Cakna dapat mengatasi rasa gemuruhnya bercakap di khalayak ramai dan meneruskan perkongsiannya
-           Ibu bapa murid yang ingin menjalankan aktiviti Ziarah Cakna masih lagi sudi menerima kedatangan rombongan sekolah walaupun sudah dua kali ditunda.

            MASALAH / KEKANGAN PROGRAM
-           Pegawai Khas Sekolah yang dimaklumkan oleh pihak PPD akan hadir untuk perasmian program, tidak hadir bersama.
-           Hanya seorang sahaja wakil PIBG yang hadir bersama untuk Ziarah Cakna manakala limitasi masa menyebabkan seorang lagi wakil PIBG tidak sempat bersama.

6.0       CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
           
1)    Menjemput lebih ramai AJK PIBG untuk bersama-sama dalam majlis Ziarah Cakna dan memaklumkan sewaktu mesyuarat PIBG
2)    Membuat saringan rumah murid mengikut keutamaan kes atas rujukan dari guru kelas.


7.0     PENUTUP

Aktiviti yang dijalankan mencapai objektif program yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan lagi kehadiran murid ke sekolah.
         
Disediakan oleh,                                                                 


(NURHAIZA BINTI CHE MAT)                                                      
Guru Kaunseling


 First MC for Farhan

 Gambar -gambar


     

Ucapan Perasmian 

         
Pelancaran Kit Ziarah Cakna

Penyampaian Cenderamata
         
 
Anugerah Inspirasi Ziarah Cakna







No comments: