Total Pageviews

10 March 2020

Kertas Kerja Pameran Hal Ehwal Murid SMK Cheras 2020






Hari ni sedar tak sedar jln sana sini dari pukul 7 pagi hingga 3 petang...terus rasa sakit hingga sekarang penangan pameran HEM hari ini.

Memandangkan saban tahun kalau buat pameran PPDa pun yg dtg 2 hingga 3 booth pameran je saya usulkan menjadi pameran HEM agar lebih ramai dapat memanfaatkannya. Tahun ini tukar jadi pameran HEM dgm 8 booth dibuka .

Saya share kertas kerja di bawah

KERTAS KERJA
PAMERAN HAL EHWAL MURID
SMK CHERAS


1.0          PENGENALAN

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah aspek utama membantu pengurusan sekolah. Ia bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan dan kemenjadian sahsiah murid. Untuk membantu murid supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah, pelbagai perancangan disusun untuk memastikan sekolah dapat mencapai perancangan strategik dalam membantu kemenjadian sahsiah murid.
         
2.0          MATLAMAT
Mempromosikan aktiviti Hal Ehwal Murid berkaitan dengan disiplin, kaunseling, kebajikan, keselamatan, kesihatan, kebersihan dan keceriaan warga sekolah.

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh  : 10 Mac 2020 di Dewan SMK Cheras

4.0        SASARAN
Semua murid SMK Cheras
         
5.0      OBJEKTIF
1)         Mempromosikan aktiviti – aktiviti yang membantu terhadap meningkatkan keprihatinan murid terhadap kawalan disiplin diri, penjagaan sahsiah diri dan program 3K iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan.
2)         Melalui pameran dari pelbagai agensi, murid berpeluang mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan bertanya secara langsung kepada pempamer mengenai kemusykilan murid terhadap sesuatu topik yang di bawa.

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME
Output
Semua warga sekolah mendapatkan maklumat melalui pameran berimpak Hal Ehwal Murid
Outcome
Semua unit di bawah Hal Ehwal Murid mencapai KPI pelan strategik HEM.


7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN
          Sumber Kewangan
          Suwa                                 :                                                             = RM 500
         
         
          Perbelanjaan
         
          Makanan  = RM  10 x 30 orang                     = RM 300
          Hadiah kuiz                                  =                                                  = RM  100
          Kain rentang                                =                                                 = RM  100    


8.0      AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi               : Encik Jamil Bin Jamaludin
                                            Pengetua
          Naib Pengerusi       :Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                          Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
          Setiausaha              : Puan Murni Binti Mat Jali
          Naib Setiausaha      : Puan Nafsah Bt Mohd Shah
Penyelaras              : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

          SENARAI TUGAS AJK KERJA
         
AJK Banner
En Abdull Azis Bin Arbi

Menyediakan banner
AJK Makanan   
Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh/ Pn Haslina Hashim

Menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari untuk pempamer
AJK Persiapan Dewan
En Masrizal Bin Abu Bakar/ En Mohd Nidzam Bin Mohd Yusoff/ En Mohd Ikhwan Bin Che Muda
Menyediakan meja dan kerusi untuk pempamer
AJK Dokumentasi
Puan  Solehah Bt Ahmad/ Puan Murniyati Bt Masari
Menyediakan dokumentasi program dan menyerahkan kepada PK HEM
AJK Penilaian
Puan Ratna Dewi a/p Gopalakrishna/ Puan Nurul Shafini Bt Abdul Hadi/ Puan Zuhaida Bt Mohammad  

1.              Menyediakan borang penilaian program dan membuat analisa penilaian

Menyerahkan analisa kepada AJK Dokumentasi

AJK Jurugambar
Puan Norliza Binti Rafie/ Puan Zahirah Binti Abdul Halim

Mengambil gambar dan mencetak gambar serta menyerahkan kepada AJK Dokumentasi

AJK Buku Program
Puan Nafsah Binti Mohd Shah

Menyediakan buku program

AJK Kuiz Dan Hadiah
Puan Nor Afzani Shahidin
/ Puan Nurul Hamiza Binti Nodzari

Menyediakan kuiz dan hadiah pemenang kuiz
Mengendalikan majlis penyampaian hadiah pemenang

AJK Sijil & Cenderamata
Puan Amirah Binti Mohd Kamil/ Puan Atirah Binti Mohd Riduan

Menyediakan sijil pempamer dan cenderamata dari pihak sekolah
AJK Jemputan Pameran
Kesihatan: Cik Nor Afiqah Bt Mohd Sidek

PPDa    : Puan Mas Atikah Bt Zakaria

SPRM    : Puan Noor Nadiah Bt Tajuddin

Cegah Denggi: Puan Wong Mun Yee

Kebersihan 
                               Puan Nor Haizad Binti Mohd Taharim

Bebas Rokok:
Puan Nurazlina Bt Che Omar

Cegah Kebakaran : Puan Suhaibah Bt Mat

Disiplin/Polis         :
Puan Noraida Bt Mohamad @ Abdullah

Pameran Makanan Sihat
Puan Amira Bt Mamat

Pameran Sahsiah (Cafe@Teen)          :
Puan Normilah Binti Mohd Noh

Pameran Belia                           
Puan Salina Binti Mohd Isa

Pameran Minda Sihat               
Puan Rozinani Binti Awang
Menjemput pempamer

Memastikan bilangan pempamer bagi setiap pameran dan memaklumkan kepada AJK Makanan


9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN
          9.1      URUSETIA
                     Unit HEM
                                                             
          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN
                     Mengikut giliran kelas
8.30 - 9.00 pagi
Pendaftaran Dan Sarapan Pagi
9.00 pagi – 9.30 pagi
Penyampaian sijil dan cenderamata kepada pempamer oleh pengetua
9.30 pagi -10.30 pagi
Ting 1 & 2 Sesi Pagi
Ting 3 Imtiyaz, 3 Sapelele, 3 Gamelan
10.30 pagi -11.30 pagi
3A, 3B, 3G, 3J,3L,3M
4 Alpha, 4 Beta, 4 Al Farabi
11.30 pagi – 12.30 t/h
4 Al Khawarizmi, 4 Al Khindi, 4 Al Biruni,4 Ar Razi,4 Ibnu Rusyd, 4 Ibnu Sina, 5 Ar Razi,5 Ibnu Rusyd, 5 Ibnu Sina
12.30 t/h – 1.30 t/h
5 Al Farabi ,5 Al Khawarizmi, 5 Al Khindi, 5 Al Biruni, 5 Alpha, 5 Beta, 5 Gamma,
1.30 t/h – 2.30 petang
Semua Peralihan Dan Ting 1 Sesi Petang
2.30 – 3.30 petang
Semua Ting 2 Sesi Petang
3.30 – 4.00 petang
Mengemas dewan


10.0    PENGURUSAN RISIKO

           
Risiko

Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Pempamer tidak hadir di saat akhir

Masalah teknikal
Kelab Doktor Muda dan PRS akan bersedia untuk memenuhi tapak pameran.
Puan Nurhaiza


11.0    KAEDAH PEMANTAUAN
           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
            Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM
           
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program


12.0     PENUTUP

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif menyebarkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengurusan Hal Ehwal Murid kepada warga sekolah khususnya murid sekolah untuk mencapai pelan strategik Hal Ehwal Murid tahun 2020.

Ulasan
________________________________________________________________  
________________________________________________________________         
Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,



(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Jamil Bin Jamaludin)

Tahniah PK HEM
Naik pangkat ke SMK P Pudu





































































           


No comments: