Total Pageviews

9 March 2020

Skrip Juruacara Perasmian Minggu Hal Ehwal Murid SMK Cheras 2020


                                 



Ucapan perutusan dari Agensi Dadah dibacakan oleh Cikgu Marodzi


Hari ini sekolah mengadakan perasmian Minggu HEM, saya membantu AJK Gimik set up gimik. Idea datang tak sampai 24 jam huhu bila AJK Gimik maklumkan kepada saya yang rehersal mereka dengan gimik lain tidak berjaya dijalankan pada Jumaat lepas. Maka idea...oh idea....huhu saya akhirnya minta AJK Gimik beli ikan dan pandai-pandailah saya create idea dengan simbolik ikan itu untuk Minggu HEM. 

Kenapa ikan?  simbol ikan sebagai gimik yang bermaksud kesuburan dan kemakmuran dalam peradaban Mesopotamia dan China.  Dalam mitos Greco- Roman ikan merupakan simbol transformasi. Bersesuaian dengan peranan Unit Hal Ehwal Murid transformasi sahsiah murid ke arah kemenjadian murid meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan diri , sekolah dan komuniti.

Teks ucapan juruacara disediakan oleh saya dengan penyumbang utama pantun dan bahasa yang sedap sedap itu dari Afiqah Sidek :)


PELANCARAN MINGGU HAL EHWAL MURID
SESI 2020


GILIRAN
PERKARA
PENCERAHAN

Ucapan aluan pengerusi majlis

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis.

Merah pakaian berseri indah,
Bertemu saudara, sahabat lama,
Ucapan aluan pembuka madah,
Di dataran ceria kita bersama.


Assalamualikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Yang berusaha
Encik Jamil bin Jamaluddin
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras

Yang dihormati
Cik Lee Swee Ching
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

Pn. Nor Azlinda bt Hasmunih
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Solehah bt Ali
Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru ketua bidang, guru-guru disiplin, guru-guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Selamat datng ke
Majlis Pelancaran Minggu Hal Ehwal Murid SMK Cheras
sesi 2020.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat berkumpul pada pagi yang indah lagi ceria untuk bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.


Hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi menambah keberkatan majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Muhammad Farietz B Sharani
untuk memimpin bacan doa. Dipersilakan.




PERUTUSAN KETUA PENGARAH AADK
Agenda majlis diteruskan lagi dengan perutusan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Sempena Anti Dadah Kebangsaan tahun 2020 yang akan dibacakan oleh Encik Marodzi B Mehat

Dipersilakan.

IKRAR PPDa
Terima kasih diucapkan kepada En Marodzi B Mehat

Kini, majlis menjemput Saudari Nur Hana Humaira Binti  Rodzaini selaku Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya SMK Cheras untuk naik ke pentas bagi mengetuai bacaan ikrar Pendidikan Pencegahan Dadah. Dipersilakan.

Hadirin dipersilakan berdiri.


UCAPAN TUAN PENGETUA
Terima kasih diucapkan atas bacan ikrar sebentar tadi.

Remaja idola sikapnya beringat
Kerjakan yang baik tanpa alasan.
Sempurna acara dek kata keramat
Silalah tuan sampaikan pesan

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan

Yang berusaha
Encik Jamil bin Jamaluddin
Pengetua SMK Cheras

untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


GIMIK PELANCARAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapannya sebentar tadi.

Kini majlis menjemput tuan pengetua untuk merasmikan Minggu Hal Ehwal Murid dengan diiringi oleh Puan Norazlinda Bt Hasmunih selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Hadirin sekelian, gimik ikan dilepaskan ke dalam air melambangkan kesuburan dan kemakmuran dalam peradaban Mesopotamia dan China.  Dalam mitos Greco- Roman ikan merupakan simbol transformasi. Bersesuaian dengan peranan Unit Hal Ehwal Murid transformasi sahsiah murid ke arah kemenjadian murid meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan diri , sekolah dan komuniti.

Semoga program yang dirancang di bawah Hal Ehwal Murid sepanjang tahun ini berjaya meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan murid

PERSEMBAHAN
PPDa
Terima kasih kepada tuan pengetua.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Saudari Halimatul Nadirah Bt  Mohd Nasir selaku Ketua Pengawas SMK Cheras untuk memulakan persembahan.


AKTIVITI
Terima kasih diucapkan atas bacan ikrar sebentar tadi

Hadirin sekelian. Sukacitanya saya membacakan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Hal Ehwal Murid
1.     Isnin 9 Mac 2020: Ceramah PPDa untuk murid murid kelas 5 Ar Razi, 5 Ibnu Sina, 5 Ibnu Rusyd, 4 Ar Razi, 4 Ibnu Sina, 4 Ibnu Rusyd di dewan pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
2.     Selasa 10 Mac 2020: Pameran dan kuiz Hal Ehwal Murid di dewan pada pukul 8.30 pagi hingga 4 petang melibatkan pameran Minda Sihat, pameran pencegahan rokok dan vape, pameran kesihatan dan kebersihan, pameran ahli belia, pameran PPDa, pameran SPRM dan lain –lain.
3.     Rabu 11 Mac 2020: Ceramah Motivasi untuk semua murid tingkatan 3 dari pukul 8.00 pagi hingga 4 petang
4.     Khamis 12 Mac 2020: Ceramah Motivasi untuk semua murid tingkatan 5 dari pukul 8.00 pagi hingga 4 petang
5.     Jumaat 13 Mac 2020 : Program Sahsiah di dewan melibatkan semua murid aktiviti Pendidikan Moral SMK Cheras
6.     Berikut merupakan pertandingan yang boleh disertai murid anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Murid yang berminat boleh berjumpa dengan guru kaunseling puan Nurhaiza Bt Che Mat untuk mengambil borang penyertaan
-       Pertandingan Video Kreatif animasi Bebas Rokok dan Vape
-       Pertandingan Doodles Minda Sihat


PENUTUP
Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka tamatlah sudah Majlis Pelancaran Minggu Hal Ehwal Murid kita pada hari ini. Semoga semuanya mendapat manfaat. Pihak sekolah juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pengelola majlis yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

Saya serahkan kembali majlis kepada pengerusi majlis.
Sekian daripada kami;




One step ahead
Barisan Menteri Kabinet 2020
Tahniah Dr Radzi Menteri Pendidikan

Pengacara majlis oleh PRS




Bacaan ikrar diketuai oleh Hana Humairah


Bacaan ikrar benci dadah


Ucapan perasmian



Gimik membebaskan ikan


Menandatangani banner



Sajak dibacakan oleh ketua pengawas


Setiausaha sub unit HEM

Terima kasih PRS tolong cikgu









No comments: