29 April 2020

Skrip Ke Skrin: Rancangan Via Kaunselor

Skrip Ke Skrin: Rancangan Via Kaunselor



Namanya peluang dan rezeki... apabila Jumaat lepas team 1 untuk Slot Info Kaunseling di bawah BPSHb ke Bukit Kiara untuk mendengar taklimat bagaimana penerbitan dijalankan dan tugas yg terlibat sama ada penulis skrip, pereka grafik dan voice over. 

Kemudian 5 org GBK yang ada pada ketika itu diminta menyertai BPSK pula utk rancangan Via Kaunselor dan 5 slot diperuntukkan untuk GBK. Selebihnya adalah slot kaunselor kaunselor BPSK KPM. Maka dari job penulis skrip Info Kaunseling dapat job lain juga utk slot BPSK Rancangan Via Kaunselor. 

 Yang ini memang sendiri pilih tajuk. sendiri buat editing selepas dinilai. sendiri jadi artis dan sendiri pilih grafik. Mcm mcm pengalaman belajar benda baru...redah je. Maklumlah musim pkp try cari yg lebih berkaliber berada di luar kawasan dan ada yg sudah mempunyai komitmen lain sedangkan Isnin ni nak kena ke KPM dah. 

Maka dari Isnin hingga Rabu berulang alik saya ke BPSK KPM. 


Day 1
Taklimat Rancangan Via Kaunselor di BPSK KPM 

Penilaian skrip oleh panel dan membetulkan skrip







Day 2
Murnikan skrip bersama sama team 5 GBK dan En Pilus..dan mulakan latihan











Day 3: Masukkan grafik pada skrip dan present untuk keselarasan skrip dan grafik di hadapan panel 







Diajar cara presentation depan kamera






Happy birthday Afiqah 28.4.2020
Brownies kit kat and badam yummy
Fasa 4 PKP bermula....29.4.2020

26 April 2020

Aktiviti Majlis Guru Cemerlang WPKL Sepanjang PKP 4: Minggu 1

Aktiviti Majlis Guru Cemerlang WPKL Sepanjang PKP 4: Minggu 1

Selamat hari minggu...

Time PKP ini memang hari minggu ke...hari kerja ke...sama je saya rasa.
Saya nak kongsikan aktiviti kami team guru Cemerlang WPKL yang mengadakan online PdP untuk murid murid menggunakan meet .

Saya menggunakan youtube memandangkan sebaran aktiviti bimbingan saya melibatkan semua Peringkat. Komiten saya untuk Majlis Guru Cemerlang KlL bagi saya paling mencabar kerana kami bergerak sendiri tanpa team. Sediakan bahan sendiri, test kat meet sendiri, dan crosscheck guna app dengan kawan-kawan.

Saya kata mencabar...kerana saya perlu menetukan bahan saya sendiri, buat research sendiri, sediakan power point , buat skrip sendiri, buat video dan terbitkan sendiri ke youtube. Nampaknya berkurung lama menjadikan saya penyedia story board, penulis skrip dan penerbit..hahaa jadilah belajar sikit sikit lama -lama dapat direalisasikan juga.

Saya share link kawan-kawan saya guru cemerlang akademik KL yang menjalankan kelas online.
Walaupun ada murid berada  di luar KL, anda juga boleh menyertai kelas -kelas ini.

Link youtube saya untuk pkp 4 :minggu 1






Antara aktiviti MGC WPKL untuk minggu ini
Slm Tuan² & Puan² sekalian, Majlis Guru Cemerlang Kuala Lumpur akan mengadakan PdPc Dalam Talian Menggunakan Aplikasi Google Meet dan Youtube Kali ke-3 Bersama Guru² Cemerlang, Mantan Guru Cemerlang dan Guru² Berpengalaman Kuala Lumpur sempena PKP Fasa 3 dari 27-31 April 2020. 

Ini bagi memberi peluang kepada murid untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang berkesan bersama guru-guru subjek tertentu.

Jangan lepaskan peluang ini. Kejayaan milik kita bersama.

Nama : HAIRUNNISA BINTI KHALID✅
Sekolah: MAKTAB TENTERA DIRAJA
Subjek : KIMIA
Topik : Jadual Berkala (Kumpulan 1 & 17)
Tingkatan : 4&5
Tarikh:  28 April 2020 (Selasa)
Masa: 11.00 am
Link : https://meet.google.com/ksd-egnq-ezx
Meeting Code: ksd-egnq-ezx

Nama : THUNG SU LING✅
Sekolah : SMK SENTUL UTAMA
Subjek : Kimia
Topik : Ikatan Kimia
Tingkatan : 4&5
Tarikh :  29 April 2020 (Rabu)
Masa : 3.00pm
Link: https://meet.google.com/phy-ndma-djp
Meeting Code: phy-ndma-djp

Nama : LATIFAH BTE HJ. ARSHAD
Sekolah : SMK SENTUL UTAMA
Subjek : Matematik
Topik : Penyelesaian Kaedah Matrik
Tingkatan 5
Tarikh : 29 April 2020 (Rabu)
Masa : 11.00am
Link : https://meet.google.com/ebd-fcoz-qrj
Meting code: ebd-fcoz-qrj

Nama : YONG GUAT BABY✅
Sekolah : SMK TAMAN MALURI
Subjek : GEOGRAFI
Topik : Hidupan Liar di Malaysia
Tingkatan : 3
Tarikh : 28 April 2020 (Selasa)
Masa : 3.00pm
Link : http://meet.google.com/tfo-jewu-rso
Meeting Code : tfo-jewu-rso

Nama : KU MAHANI BINTI KU MAT DESA✅
Sekolah : SMK ALAM DAMAI
Subjek : SAINS RUMAH TANGGA
Topik : Mendraf Pola Rompi @ Blaus
Tingkatan : 4 
Tarikh : 29 April 2020 (Rabu)
Masa : 10.30am
Link : https://meet.google.com/ryx-huku-whf
Meeting Code : ryx-huku-whf

Nama : HASLINDAR NOR BINTI ISMAIL✅
Sekolah: SMK SERI MULIA
Subjek : BAHASA MELAYU
Topik : KOMSAS
Tingkatan : 4 dan 5
Tarikh: 29 April 2020 (Rabu)
Masa: 12.00pm
Link: https://meet.google.com/tjo-atry-gvm
Meeting Code: tjo-atry-gvm

Nama : KUMARA KURU A/L BANGARO GOVINDASAMY✅
Sekolah : SMK TAMAN BUKIT MALURI
Subjek : PRINSIP PERAKAUNAN
Topik : PERUNTUKAN HUTANG RAGU
Tingkatan : 4 & 5
Tarikh : 30 April 2020 (Khamis)
Masa : 10.30am
Link : https://meet.google.com/euh-wwnk-zvu
Meeting Code: euh-wwnk-zvu

Nama : NURHAIZA BINTI CHE MAT✅
Sekolah : SMK CHERAS 
Subjek : Bimbingan Dan Kaunseling
Topik : Meningkatkan Gaya Daya Tindak Sepanjang PKP
Tingkatan : Semua murid sekolah menengah
Link :https://www.youtube.com/watch?v=FX8xFqnftno&t=4s

Nama: Hyacinth Foo MK
Sekolah : SMK SERI SENTOSA
Subjek : BAHASA INGGERIS
Topik :  Essay - Writing An Introduction
Ting : 4 dan 5
Tarikh : 30 Apr 2020
Masa: 2.00pm
Link : http://meet.google.com/zdg-ysnv-wun
Meeting Code: zdg-ysnv-wun

Nama : SHARIN HANUM AB RAHMAN ✅
Sekolah : SMK Aminuddin Baki
Topik : Jadual Berkala (Kala 3 & Unsur Peralihan)
Tingkatan : 4&5
Tarikh : 30 April 2020 (Khamis)
Masa: 2.00 - 3.00 pm
Link: https://meet.google.com/cot-azcb-mnj
Meeting code: cot-azcb-mnj

Nama : HAMZAISHAM BIN HAMZAH✅
Sekolah: SMK PUTERI TITIWANGSA
Subjek : KIMIA
Topik : Penamaan Alkena
Tingkatan : 5
Tarikh:  30 April 2020 (Khamis)
Masa: 11.00 am - 12.00 tghari
Link: https://meet.google.com/cab-opni-wrx
Meeting Code: cab-opni-wrx

Nama : HAMZAISHAM BIN HAMZAH✅
Sekolah: SMK PUTERI TITIWANGSA
Subjek : KIMIA
Topik : Penamaan Alkana
Tingkatan : 5
Tarikh:  27 April 2020 (Isnin)
Masa: 10.30 am - 11.30 am
Link: https://meet.google.com/cab-opni-wrx
Meeting Code: cab-opni-wrx




Done first script Info Kaunseling
Done script for Via Kaunselor


24 April 2020

Panduan Tulis Skrip Penerbitan Televisyen

Panduan Tulis Skrip Penerbitan Televisyen


Jumaat 1 Ramadhan

Keberkatan 1 Ramadhan , saya dapat keluar drive dan merasa pancaran cahaya matahari yang panas dan nyaman. Setelah 6 minggu tidak keluar rumah langsung, perasaan bercampur -campur. bawa kereta pun slow nak dapatkan balik keyakinan membawa kereta..melepasi 3 road block sampai juga ke Bukit Kiara.



Saya ke Bahagian Teknologi Pendidikan untuk projek kaunseling BPSH KPM bagi siaran televisyen. Saya ditugaskan sebagai penulis skrip infografik untuk siaran TV pendidikan  berdurasi 3 minit. Buat masa ini projek ini untuk 5 kali slot bergantung pada keadaan PKP semasa. Yang pergi ke taklimat ini adalah team untuk penerbitan 1 hingga 2 dulu. Hanya yang tinggal di KL, Selangor dan putrajaya datang ke mesyuarat ini. Team utama adalah pereka grafik, penulis skrip, voice over  dan verifikasi. Saya wakil untuk bahagian Penulisan Skrip. Ezalinda bahagian voice over, Kak Azita bahagian verifikasi team 1. Subhi bahagian verifikasi team 2 , Azli voice over team 2. pojek yang perlu diusahakan segera maka kami antara team terawal untuk rakaman segera projek penerbitan untuk slot kaunseling infografik.

Belajar tentang membina skrip dan kami dibenarkan share untuk panduan. Semoga mudah untuk dirujuk saya park slaid ini di sini. Semoga yang berminat dengan penulisan skrip juga dapat mendapat input berguna.




































Lesen memandu mati daaaa..
hikmah pkp baru sedar ..


23 April 2020

Meningkatkan Gaya Daya Tindak/ Coping Skill Semasa PKP

Meningkatkan Gaya Daya Tindak/ Coping Skill Semasa PKP

HUjan lebat selebat-lebatnya menyambut 1 Ramadhan
Alhamdulillah...
Semoga kita semua terutama guru -guru kaunseling  sama -sama kuat emosi dan mental membantu orang lain kerana itulah kerjaya kita membantu menguatkan emosi yang rebah dan mental yang penat 


perkongsian saya kali ini mengenai meningkatkan gaya daya tindak menggunakan teknik grounding dan teknik self talk. Saya menggunakan ujian gaya daya tindak untuk murid menyemak kekuatan dan aktiviti yang mereka gunakan adakah membantu atau sebaliknya. 
Daya gaya tindak yang membezakan masalah dan cabaran yang kita hadapi membawa kita kekal sejahtera atau kemurungan.

Kita yang pilih berdasarkan daya gaya tindak kita terhadap masalah itu.

Boleh klik youtube di bawah dan selamat menonton. 
https://www.youtube.com/watch?v=FX8xFqnftno&t=4s




Here and now
Don't delay your own happiness


22 April 2020

Panduan Bina Google Classroom Guru-Guru Kaunseling

Panduan Bina Google Classroom Guru-Guru Kaunseling




Rasa blur blur hari ini ..selepas menyiapkan jurnal untuk jurnal pendidikan dateline hari ini dan semalaman menyiapkan sambil menonton tv dari malam hingga ke senja gitu. 

Tapi dah janji dengan anak -anak buah guru kaunseling pudu untuk buat google classroom guru kaunseling, maka hari ini kita on je. Bengkel saya untuk guru kaunseling  nak belajar je saya on insha Allah time berkurung ni boleh bantu





Mengapa Google Classroom (GC)diperlukan ?
platform kementerian pendidikan maka wajiblah guna peluang yang ada cuma ada GBK tidak tahu aPa, mengapa dan bagaimana  membinanya untuk kelas guru kaunseling

Apa yang perlu ada
Bahan -bahan sebaran outreach kita 
Kuiz untuk murid pun boleh
Attachment pelbagai kaedah dalam 4 bidang kaunseling

Kaedah masuk 2 cara:
- masuk sekaligus macam macam ada
- Masuk sikit sikit dan buat iklan mellalui whatsapp mari mari hari ini cikgu nak bagi bahan.....

Bagaimana mebuka kelas untuk guru kaunseling
1.Anda menganggap google classroom (GC)ini macam bilik kaunseling anda, murid akan datang ke bilik anda. Begitulah konsep GC UBK ini, semakin banyak bahan anda semakin tertarikla murid ke situ dengan promosi anda

2. Anda boleh invite menggunakan email murid ke bilik kaunseling anda
atau memberi kod kelas kepada murid murid anda

3. Satu kod kelas GC boleh dikongsi dengan partner-partner yang ada di sekolah dan sama sama bertindak selaku admin dalam GC UBK. Siapa yang post bahan dalam GC itu masih lagi namanya yang naik sebagai penyumbang bahan. Maka ...apa yang penting? Kerjasama

4. Atau kita buka GC UBK dan invite partner bersama sebagai admin GC UBK. Dan partner pula buka GC prs dan invite kita admin bersama. 

Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada bagaimana akses murid anda terhadap internet dan bahan  dan bagaimana sambutan murid murid di sekolah terhadap bahan bahan online ini untuk diakses

Adakah wajib ?
Terpulang pada sekolah anda jika mewajibkan semua guru membuka kod kelas dan menggunakan platform google classroom maka wajib juga pada kita.

Jika suam suam kuku, nak buat takpe tak nak buat pun takpe...maka tepuklah dada tanya hati kerana ia adalah ALTERNATIF sahaja untuk pelbagaikan kaedah intervensi anda

Berapa kelas GC yang boleh dibuka oleh GBK

Cadangan
1) Buka kod kelas UBK satu sahaja dan murid diberi kod kelas anda
2) Buka 3 kod kelas iaitu  untuk prs, kod kelas untuk kelab kerjaya dan kod kelas untuk ubk so lebih khusus untuk kategori murid tersebut sahaja untuk aktiviti
3) Buka kod kelas UBK mengikut tingkatan ia bermakna ada 5 kod kelas

Jadi hari ini dan Isnin lepas, kami mengintai bahan bahan dalam kelas GC guru kaunseling yang lain untuk mendapat idea. 
Hahaha saya rasa GC dummy untuk coaching guru ini dipenuhi dengan student student saya yang terdiri dari guru-guru sahaja. 

Yang penting jangan takut dengan ICT, peganglah dan gunakanlah tanpa was was ahaks..
Yang murid suka dengan online, akan menyinggah atau sudi masuk kod kelas GC kita. Biarlah mula mula 1 then 2...dan lama lama berkembanglah ia. 



Hujan petang yang lebat..selebatnya
Gelapnya cuaca
Tetiba terasa bestnya mandi hujan....




 

Telegram Channel