15 April 2020

Panduan Menulis Laporan Perkhidmatan Oleh Guru Kaunseling Sewaktu PKP






Selamat malam!
Slot perkongsian saya hari ini mengenai rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sewaktu PKP. Wajib ke buat? Terpulang kepada arahan di sekolah masing-masing. Jika di sekolah saya, semua guru perlu membuat laporan ringkas tajuk, masa dan tugasan yang diberikan untuk menunjukkan ada work from home aktiviti pengajaran masih boleh dijalankan. 

Jadi bagi saya, guru kaunseling juga perlu menulis laporan kerana ini bukanlah seperti cuti sekolah penggal yang biasa yang memang kita tidak akan menulis pelaporan tetapi ini adalah tempoh yang mana work from home masih perlu dijalankan. Guru kaunseling boleh melakukan apa sahaja intervensi yang mampu dan dari 23 kaedah yang saya kongsikan sebelum ini, memang wow wow pelbagai kreativiti guru kaunseling dalam menjalankan intervensi kepada murid, guru malahan warga sekolah. Jika tidak boleh 23 kaedah, takkan satu kaedah pun kita tidak boleh jalankan dari rumah ? pertanyaan ini saya tinggalkan kepada guru kaunseling semula. 

Saya memang menulis rekod untuk eviden saya di masa akan datang maklumlah ingatan bukannya kuat untuk mengingati 100 % apa yang kita buat, maka laporan  perlu ditulis. Andaikata pentadbir inginkan semua guru menghantar laporan ringkas, maka saya sudah bersedia untuk dihantar. Jika tidak? Adakah sia sia laporan ini? 
Didalam surat perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga ada memaklumkan kerja guru kaunseling ini fleksible jadi jika ada sesi bimbingan dan kaunseling, masih lagi boleh di key in sebagai perkhidmatan dalam rekod sesi tahun ini. 

Apabila ada guru kaunseling mesej saya, bertanya bagaimana membuat laporan memandangkan sudah masuk pkp fasa 3, kerana ada pentadbir yang ingin laporan dari guru kaunseling juga. Dah alang alang sent pada gbk gbk lain utk rujukan menulis, saya sent kat blog ni terus untuk rujukan semua GBK. 

Saya berkongsi laporan saya dari fasa 1 lagi. Jika buku rekod anda tertinggal di sekolah, anda taip sahaja di komputer atau di memo telefon. 

Tarikh:
Masa
Aktiviti

Tidak perlu sama macam format saya, kerana saya irph dan hanya taip di sistem saya. Yang penting laporan anda. 


Saya beri 9 tips cara menulis laporan waktu PKP

1) Melaporkan bagaimana anda berhubung atau berbincang hal kerja?
Whatsapp, telegram, facebook messenger atau apa sahaja medium
( Sebelum PKP ini , kalau berbincang hal kerja kat telefon tak pernah nak tulis kat buku rekod ahaks..)

2) Fleksible dengan masa
Tulis masa tidak kira waktu pagi ke, malam ke, senja ke, subuh ke aktiviti bimbangan atau sesi kaunseling malahan apa shj intervensi yg dijalankan
(Sebelum PKP ini, laporan hanya mengikut masa kerja kita sahaja di sekolah. Lepas punch out dah tak tulis walau buat kerja luar waktu bertugas)

3) Nyatakan link jika anda menggunakan bahan intervensi dari link tertentu. Saya memang mempunyai sistem maka saya hanya menulis nama sistem kami berbanding linknya
(Sebelum PKP ini, jika saya beri link untuk menjawab psikometrik atau soal selidik untuk murid di rumah, tidak pernah ditulis dalam laporan hanya bila waktu intervensi bersemuka baru ditulis)

4) Yang gunakan google clasroom, tulis nama kod kelas eviden yang paling mudah senang nak rujuk bila nak buka
( Digital learning masih baru tetapi bila musim PKP ini KPM inginkan data bilangan guru yang log in, takkan lah sekadar log in sahaja kan....maka buatlah satu google classroom dari anda unit bimbingan kaunseling untuk murid. Jadi bila murid masuk kod kelas belajar dah alang alang dalam google classroom mereka boleh singgah ke GC kita. )

5) Apa sahaja info pencegahan dan perkembangan yang berkaitan dengan 4 bidang anda buat dalam bentuk poster, buletin, video dan sebarkan dalam group sekolah, group murid, laman rasmi sekolah atau media sosial sekolah atau media sosial anda jika setting public  maka ia salah satu intervensi anda
(Sebelum PKP ini, apa sahaja yang saya post di group sekolah, saya tidak lapor di buku rekod)

6) Laporkan apa shj cara anda mendapatkan klien dan data bil khidmat bimbangan kaunseling akan direkodkan.Walaupun bimbingan di whatsapp, telegram,berbalas email, berbalas di messenger. Namun laporan sesi bimbingan dan kaunseling perlu direkodkan mengikut penulisan rekod binbingan kaunseling secara berstruktur isu dibawa, perkara dibincangkan dan tindakan yg akan diambil.
( Sebelum PKP setiap minggu mencari klien BERSEMUKA untuk 5 sesi individu dan 1 sesi kelompok bagi mencapai KPI)

7) Kaedah mesyuarat menggunakan saluran apa?
skype, hangout. zoom, video call nyatakan (Sebelum PKP memang tidak pernah melaporkan mesy yg lain dari bersemuka)

8. Jika satu hari satu aktiviti sahaja yg dijalankan. Contoh menyebarkan info perkembangan psikososial dan sejahtera di waktu PKP..adalah tidak salah
( Sebelum PKP, dalam buku rekod mesti ada pelbagai aktiviti dalam sehari dari punch in hingga punch out) 

9. Andaikata TIADA intervensi pada hari tersebut , dan hanya membuat bahan bahan dan mencari bahan intervensi...pun boleh dilaporkan kerana anda akan melaporkan esoknya atau dalam minggu itu menyebarkan bahan intervensi yg anda buat pada hari ini. 

Selamat melaporkan 😊











P KP Fasa 3 bermula

15.04.2020 - 28.04.2020.                                

4 comments

salam cikgu.. boleh tak nak mintak softcopy untuk rekod ni?
kalau bayar pun xpa.

Salam. Saya ada sertakan soft copy pada entri blog saya berkaitan rekod harian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Fasa PKP

salam cikgu..saya xjumpa yg cikgu ckp utk softcopy tu..noleh tunjuk ajr x.

Salam
Link di bawah entri 18 /4/2020 untuk download softcopy

https://www.nurhaizachemat.com/2020/04/templet-buku-rekod-harian-guru.html

 

Telegram Channel