Total Pageviews

13 May 2020

Projek Info Inspirasi Kaunseling Untuk TV Pendidikan


Ni projek lain pula. Saya bertugas selaku penulis skrip untuk rancangan Info Inspirasi Kaunseling bagi rancangan pertama berdurasi 3 minit untuk TV Pendidikan. 

Bina skrip untuk tajuk Panduan Kekal Aktif Dan Positif dengan akronim KREATIF  dan dari situ guru yg in charge grafik akan cuba mengikut tema skrip. Skrip hampir berkali kali rasanya dah 6 kali kot diubah ubah untuk sesuaikn dengan suara VO. Kemudian ubah lagi ikut kesesuaian grafik. Ubah lagi utk dapatkan skrip yg sedap lagi dgn diedit oleh pegawai verifikasi En Pilus dan Kak Azita yg bantu selaraskan kami ahli team 1. Rasanya dah hampir tiga minggu berlalu dari hari pertama saya buat skrip dan semalam kami bermula membuat latihan keselarasan. 

Semalam  sejam setengah  dan hari ini sambung 2 jam lagi untuk keselarasan grafik, VO dan skrip. 
Banyak belajar ilmu baru. Cikgu Khairul Pulau Pinang yg aktif dgn fb live Pulau Pinang ni buat grafik guna power point. Hanya org yg bersabar betul boleh kerja tang grafik ni...byk benar nak diedit dan digerakkan . 

Ezalinda guru kaunseling dari KL yg merupakan voice over berlatih dan berlatih. Hopefully suara dia tak semakin serak sementara tunggu rakaman sebenar. 


Skrip saya untuk KREATIF ini
Salam Ramadhan..
Bermula PKP fasa 5

No comments: