Rakaman slot Via Kaunselor di Bukit Tiara. Giliran saya yang pertama, datang seawal pukul 7.50 pagi. Seramai 5 orang guru kaunseling sahaja yg terlibat dan majoritinya sampai 3 kali tarikh rakaman adalah kaunselor organisasi dari KPM.
Haaa..bermekap tebal dgn jurusolek profesional. Bab ni best haha..
Lepas tu, rehersal jap dengan setting studio bilik rakaman. Nampaknya kena tukar setting tudung huhu ada jalur biru so tembus cahaya sebab studio ni guna blue screen.
so kita belit belit stail lain tak bagi nampak warna biru di tudung. Baju pun masuk dalam bagi nampak comei gituww.
Sebelum masuk studio. Antara perkara penting yg perlu diingatkan:
Ni saya copy peringatan En Pilus kpd anak anak buah:
1. Berlatih menyampaikan info dengan tenang dan tidak perlu kejar masa bagi mengelakkan banyak kesilapan
2. Beri perhatian kepada nota, koma dan perenggan. Berhenti 1-3 detik
3. Intonasi bahasa harus cantik, jelas dan teratur
4. Hari ini berlatih depan cermin sehingga betul2 mantap
5. Skrip sudah ada dalam kepala(diingat)
6. Skrip, backdrop, power point Adakah SUDAH diserahkan kepada penerbit? Tindakan Cikgu Subhi
7. Esok datang awal di bilik latihan tempoh hari. Sebelum pukul 7.45 pagi untuk solekan awal. Solekan awal di rumah. BSTP akan touch up.
8. Cermin mata elakkan silau cahaya (pakai contact lens/cermin mata multi-coated)
9.Baju elakkan warna biru dan seangkatan dengannya
10. Elakkan tudung nipis dan terurai tepi supaya cahaya biru xtembus.
Orait dah rehersal, apa lagi ..kena start la. Masa ni ada seorang lagi artis yg masuk..rupanya bantu bahasa isyarat. Berhadapan dengan saya dan dia menggunakan skrip saya dan suara saya untuk bahasa isyarat tersebut.
Sebab itu saya tidak boleh bercakap laju. Kena ada sela 2 hingga 3 detik dan baru bersambung.
Oh depan saya ada dua kamera, saya kena pandang jari pengarah tersebut..kamera 1 atau kamera 2 yg close up. Atas kamera itu ada skrip saya yang dikawal oleh seorang juruteknik. So kalo agak agak lupa skrip, jeling sahajalah skrip atas kamera tu.
So action! Haa sekali jalan je...siap tanpa cut dari penerbit..hahaha bagi semangat terus kat guru kaunseling lain supaya jalan terus!!
Jom tengok belakang tabir cara mereka bekerja dan saya share skrip saya untuk tally dgn grafik dan kamera yg bergerak.
Dah selesai.apalagi...bergambar sakan adalah wajib meraikan settle juga set penggambaraan ini.
Terima kasih kepada semua yg sudi membantu melancarkan program rakaman hari ini. Buat BPSH En Saiful dan En Pilus dan yg mencadangkan nama saya, buat En Azli dan En Fauzi yang membantu rehersal saya dari prarakaman lagu membantutkan kelajuan saya agar sesuai dengan kelajuan yg dikehendaki penerbit..stress saya nak memperlahankan kelajuan saya bercakap hihi.
Terima kasih Subhi dan Padali yang membantu memurnikan grafik. Terima kasih kak Azita, Eza dan Kak Faizah yg sama sama saling menegur.
Syawal Ke 6
#rayadirumah
#rayaPKPB